Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan suami isteri yang sweet dan masing-masing satu kepala. Memiliki sepasang cahaya mata yang comel buatkan semua netizen geram.
Bagi yang selalu mengikuti perkembangan suami isteri ini, pasti seronok tenngok gelagat Aeril yang selalu menyakat Wawa. Tak kiralah waktu serius atau santai.
Menerusi perkongsian Wawa dalam instagramnya, dia menyatakan perangai anak lelakinya Ahmad Fakharuddin Attar sama dengan Aeril.
“Perangai, cara jalan, muka pun semuanya macam Aeril. Orang kata copy paste.
Ads
“Harapnya lepas ni Attar dapat jadi suami dan ayah yang baik macam ayah apabila besar nanti.
“Cuma kalau boleh jangan ikut perangai ayah yang asyik nak menyakat isteri sepanjang masa,” kongsi Wawa.
Jangan penat nak jawab soalan anak. Ibu ayah kena faham masa inilah otak anak sedang belajar sesuatu yang baru.
Anak yang lahir dibekalkan dengan sifat ingin tahu secara semula jadi. Sifat ini yang mendorong mereka untuk meneroka dan belajar tentang apa-apa saja yang ada di sekeliling mereka.
Apabila mereka sudah pandai bercakap dan berkomunikasi, anak-anak akan menjadi manusia yang banyak bertanya. Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak bertanya 288 soalan sehari. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada usia kanak-kanak dan jantina. Kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun adalah yang paling banyak sekali bertanya iaitu 390 soalan sehari.
Dalam keadaan kita yang sibuk dan kepenatan sudah tentu kita rasa rimas dengan soalan-soalan tersebut lebih-lebih lagi soalan yang sama berulang kali. Jika tidak dijawab, mereka tidak akan berhenti bertanya. Sedangkan apabila sudah dijawab pun, kadang-kadang mereka akan berulang tanya soalan yang sama. Jika diherdik, kita tahu bahawa itu tidak bagus kerana boleh membunuh sifat ingin tahu mereka.
Sesungguhnya anak-anak yang banyak bertanya menunjukkan mereka berkembang dengan sihat. Itu menunjukkan mereka berminat untuk mengetahui tentang persekitaran dan dunia di sekeliling mereka dan adalah penting untuk kita tidak menyekat rasa ingin tahu tersebut.
Cuma kadang-kadang anak bertanya bertalu-talu semata-mata untuk tagih perhatian daripada ibu bapa. Soalan yang sama ditanya, jawapan telah diberi berkali-kali tapi mereka masih tidak berpuas hati. Untuk situasi begini, ada dua cara layanan yang boleh kita berikan.
“Mama, kenapa Along tak boleh makan gula-gula?”
“Along fikir kenapa mama tak benarkan along makan gula-gula?”
Selagi mampu, layanlah pertanyaan anak dengan baik. Jika kita betul-betul tidak berkemampuan untuk menjawab samada kerana kita keletihan, sibuk atau kita tidak mempunyai jawapan kepada soalan mereka, terangkan kepada mereka dengan jelas.
Beritahu mereka bahawa kita akan menjawab soalan mereka apabila kita bertenaga semula atau apabila selesai kerja atau apabila kita sudah ada jawapan untuk soalan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sememangnya melakukan aktiviti belajar dan bermain secara postif merupakan salah satu cara untuk merangsang perkembangan minda anak-anak. Namun pengambilan makanan secara sihat terutama buah-buahan penting untuk meningkatkan perkembangan dan kecerdasan otak anak-anak. Jika perkembangan otak terganggu, ia akan mengurangkan daya memori yang boleh mengganggu pembelajaran anak-anak.
Jom cuba antara ‘brain foof’ ini untuk rangsang otak anak-anak anda. Berikut beberapa buah yang dikenal pasti boleh membantu meningkatkan kecerdasan otak anak.
1. BLUEBERRY
Buah ini sangat baik untuk perkembangan otak anak, dan juga meningkatkan daya ingat. Ia mengandungi zat yang membantu melindungi otak dari stress oksidatif (oxidative stress). Malah membina daya tahan daripada serangan penyakit, elok untuk pencernaan, memelihara struktur dan kekuatan tulang. Buah ini kaya dengan vitamin C, Zat Besi, Kalsium, Magnesium, dan Vitamin K .
2.APRIKOT
Buah aprikot merupakan salah satu buah yang diperkaya vitamin A dan E. Buah ini memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk meningkatkan fungsi penglihatan serta meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
3. DELIMA
Delima (pomegranate) mengandung zat gizi yang melindungi sel-sel otak terhadap kerosakan radikal bebas, daya tahan penyakit serta dapat mengurangkan batuk dan asma. Ia juga sebagai ejen anti-radangan yang hebat serta bertindak sebagai ajen imunisasi dalam tubuh. Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
4. EPAL
Buah ini merupakan salah satu buah yang baik untuk kecerdasan otak anak. Hal ini karena kandungan zat quercetin yang mampu melindungi sel pada otak dari serangan radikal bebas. Malah memiliki kandungan kaya akan vitamin, terutama vitamin A, B1, B2, dan C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi, fosfor, serta yodium yang sangat penting guna perkembangan anak iaitu pertumbuhan tulang, organ, kulit dan darah.
5. KURMA
Buah Kurma ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang dan membentuk minda anak-anak yang cerdas.
6. ANGGUR
Anak-anak tentu suka makan anggur kerana rasanya manis. Lebih menarik anggur hitam, anggur ungu, dan anggur merah semuanya mengandung quercetin dan anthocyanin yang diketahui membantu menyihatkan otak dan meningkatkan memori. Malah ia mengandungi zat amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk membantu merangsang minda.
7. STRAWBERI
Bestnya makan stawberi yang dicelup dengan coklat cair. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat dalam buah strawberi membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi anak-anak tetap sihat, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan. Ia juga menjadi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengapa kanak-kanak mempunyai tabiat mengorek hidung? Sama seperti tabiat yang lain, tabiat mengorek hidung adalah biasa dilakukan ketika kanak-kanak berasa bosan atau ingin tahu. Kadangkala, ia juga berlaku kerana kanak-kanak itu sedang berasa cemas. Sama seperti tabiat menghisap ibu jari, menggigit kuku atau menyimpul rambut, mengorek hidung merupakan tabiat yang seringkali dilakukan tanpa disedari.
Alahan akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah untuk mempunyai tabiat mengorek hidung. Ini disebabkan oleh mukus dan hingus yang tersekat di dalam hidung mereka. Dalam beberapa kes yang lain, faktor persekitaran juga akan membuat kanak-kanak mempunyai tabiat ini. Contohnya adalah penggunaan penyaman udara. Ia akan mengeringkan saluran nasal lalu menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa.
Kebanyakan tabiat akan kekal sehingga mereka dewasa namun bukan tabiat ini. Kanak-kanak akan berhenti melakukannya apabila dewasa kelak. Mereka akan berhenti disebabkan oleh kesedaran diri sendiri ataupun tekanan daripada rakan-rakan mereka.
Apa yang anda boleh lakukan jika anak anda mempunyai tabiat mengorek hidung?
1. Jangan kritik
Walaupun anda tidak selesa dengan tabiat anda ini, anda tidak patut memberi sebarang komen. Memaksa mereka untuk berhenti tidak akan membantu kerana anak anda sendiri mungkin tidak sedar akan tabiatnya. Selain itu, meletakkan tekanan ke atas mereka mungkin akan mendatangkan implikasi yang lain. Anak anda akan melihat tabiat ini sebagai jenaka untuk mengusik anda. Lebih kuat anda memaksa, lebih kuat mereka mengusik hidung sendiri.
Sesetengah ibu bapa akan menggunakan beberapa teknik yang lain seperti menampal kain pembalut pada jari anak untuk membuat mereka tidak selesa melakukan tabiat ini. Namun begitu, ini lebih berbentuk seperti hukuman. Sebaiknya, ajar anak anda untuk menghembus hidung mereka daripada mengoreknya.
2. Beri anak anda alternatif
Jika anda seakan dapat menjangka waktu dan tempat anak anda gemar mengorek hidung, cuba alihkan perhatian mereka dengan memberikan sebarang objek untuk dipegang oleh mereka.
3. Beri perhatian kepada anak anda
Jika anak anda terlalu asyik mengorek hidung dan tidak sengaja mencederakan diri sendiri, bawa anak berjumpa doktor. Pastikan tabiat mereka itu hanyalah satu tabiat semata dan bukannya berkaitan dengan sebarang kondisi kesihatan mereka.
4. Bersabar
Semasa mereka membesar, anak anda mungkin akan mula mempunyai minat dan akhirnya tidak lagi mempunyai tabiat mengorek hidung. Apabila mereka mula bersekolah pula, mereka pasti akan berhenti melakukannya supaya tidak menjadi bahan ketawa di dalam bilik darjah.
Air kosong bayi bawah 6 bulan boleh menyebabkan keracunan air, hiponatremia dan sawan. Ketahui sebab bayi tidak memerlukan air kosong serta waktu yang sesuai untuk mula minum air.