Sebagai seorang ibu, memang lazim jika ada perasaan “takut’ atau “bimbang” dengan apa yang anak lakukan. Lebih- lebih lagi jika anak seorang yang sangat aktif dan sangat berani untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baharu. Ramai ibu tidak suka melihat anak mereka meneroka dunia luar di usia yang kecil kerana bimbang akan memudaratkan anak mereka.
Tetapi, ibu perlu tahu bahawa anak yang aktif dan berani sangat bagus untuk perkembangan otaknya. Melalui aktiviti yang dilakukan, anak dapat merangsang segala deria yang ada dan dapat membuatkan anak peka dengan keadaan sekeliling. Jadi, ibu tak perlu terlalu takut untuk melepaskan anak dari teroka dunia luar.
Menurut Wawa Shauqi, ketakutan para ibu haruslah dikawal. Jangan biarkan ketakutan itu menghalang keinginan anak daripada mencuba dan menyekat keperluan mereka untuk meneroka. Jangan sampai anak kurang kemahiran dan kecekapan badan sampai dewasa.
Menurut beliau lagi, terdapat tujuh perkara yang tak sepatutnya para ibu larang untuk anak buat. Berikut merupakan perkara- perkara yang mendatangkan kebaikan sekiranya anak- anak cuba teroka.
MAIN TANAH
Sumber foto: Facebook Wawa Shauqi
– Ransang sensori (tactile) anak.
– Anak dapat sumber Vitamin D dari cahaya matahari (jaga mood).
– Boost immune system.
Cadangan:
– Pantau seadanya.
– Sediakan baju yang sesuai.
– Untuk anak yang penggeli, boleh expose sikit demi sedikit.
– Avoid high chemical soils.
– Bersihkan diri selepas bermain.
– Tunggu anak dah habis fasa masuk barang ke mulut.
CONTENG DINDING
Sumber foto: Facebook Wawa Shauqi
– Menguatkan otot dan sendi bahu.
– Tingkatkan kemahiran koordinasi Bilateral, Midline Crossing dan koordinasi tangan – mata.
– Tambahkan kejituan dan kawalan tangan; baik untuk kemahiran menulis.
Cadangan:
– Lekatkan kertas mahjong/ white board sticker di dinding.
– Sediakan ruang dinding khas/ bukan semua dinding boleh conteng.
MENYEPAH
– Elak kebergantungan anak pada gajet untuk isi kebosanan.
– Menggalakkan kreativiti.
– Tingkatkan kemahiran kognitif dan penyelesaian masalah.
Cadangan:
– Set peraturan untuk kemas selepas bermain.
– Sediakan alatan/ permainan yang sesuai.
– Sediakan ruang khas sebagai boundary.
MELOMPAT DAN BERLARI- LARI:
– Baik untuk sensori vestibular dan proprioceptive (sendi dan keseimbangan).
– Meningkatkan koordinasi badan dan membaiki postur.
– Jantung sihat dan metabolism tinggi.
– Otot teras yang kuat.
Cadangan:
– Belikan trampoline supaya anak tak melompat di atas sofa atau katil.
MEMANJAT
– Membina kekuatan otot, sendi dan tulang.
– Kuatkan otot teras, otot bahu, dan jemari.
– Sangat baik untuk kemahiran menulis.
– Baik untuk vestibular dan proprioceptive.
– Membina keyakinan diri dan keberanian mengambil risiko.
– Mudah cope dengan stress dan anxiety.
– Koordinasi, kekuatan, dan fleksibiliti badan.
Cadangan:
– Pantau anak.
– Sediakan tempat yang selamat.
‘MENGGANGGU MASA MEMASAK’
– Belajar tentang tanggungjawab.
– Bonding dan connection dengan mak; tambah vocab dan kemahiran berkomunikasi.
– Merangsang deria sentuhan dan rasa.
– Latih focus dan dengan arahan.
– Fine motor skill dan manipulative skill.
Cadangan:
– Beri anak peluang untuk cedok beras, basuh beras, bedakkan ikan, koyakkan sayur, gaulkan bahan, sukat air dan sebagainya.
– Jangan takut beri anak mencuba, pantau sahaja dengan baik.
MENGGANGGU AYAH BERTUKANG
– Menguatkan role model seorang ayah.
– Tingkatkan koordinasi mata – tangan dan kemahiran manipulative (anak cekap).
– Connection dan bonding bersama ayah.
– Membina perhubungan yang sihat untuk kesihatan mental anak dan elak anak terlibat dalam masalah sosial.
Cadangan:
– Modelkan cara yang selamat.
– Bombing dan bantu anak.
– Lower your expectation.
– Expect imperfection.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak nak situasi perang mulut dengan anak kecil, guna teknik rundingan. Maksudnya kita perlu berunding dengan anak-anak apabila wujudnya ‘pertembungan keinginan’ antara kita dengan mereka. Kita nak anak berkongsi cookies dengan adiknya, tetapi dia nak bolot semua cookies dia.
Kita nak ajak dia balik rumah dari playground sebab hari dah senja, dia masih nak main tanpa peduli jam berapa. Biasalah kan, situasi macam ni.
Dalam situasi wujudnya ‘pertembungan keinginan’ antara kita dengan anak-anak, perkara PALING UTAMA untuk DIELAKKAN adalah MEMBERI ARAHAN.
Apa kata praktikkan perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah ini yang boleh membantu ibu bapa untuk menangani anak yang mempunyai ciri tersebut.
Contoh:
“Kakak, kongsi biskut dengan adik. Kakak 5, Adik 5.” Atau, “Kakak, turun gelongsor sekarang. Kita nak balik dah.”
Selalunya, respond anak-anak. Dia akan BALAS semula arahan kita yang seakan-akan menunjukkan mereka ini sedang MEMBANGKANG kita. Maka, saat ini mulalah situasi perang mulut pula dengan anak-anak, kan?
“Kakak nak makan semua. Tak nak kongsi dengan adik.” Atau, “Kakak nak main lagi. Tak nak balik!”
Biasa, kan?
Di sinilah kita perlu belajar SKILL BERUNDING dengan anak-anak. Iaitu skill untuk buat anak-anak MENURUT arahan kita TANPA anak sedar bahawa dia sedang bertindak selari dengan keinginan/arahan kita.
Perkara paling asas kita kena ingat tentang RUNDINGAN ini ialah:
Elakkan memberi arahan
Kenapa? Memulakan dialog dengan arahan menjurus PERBUALAN KE ARAH KOMUNIKASI 1 HALA semata-mata. Kerana itu, arahan ni cenderung untuk mencetuskan PERBALAHAN atau PERTIKAIAN!
Jadi, jangan mulakan komunikasi kita dengan arahan, sebaliknya mulakan dengan BERTANYA SOALAN.
Mesti jelas dan faham, bahawa berunding adalah untuk MAKE AGREEMENT, bukan MAKE ARGUMENT.
PASTIKAN kita susun komunikasi kita dalam FRASA RUNDINGAN, dan bukan FRASA ARAHAN yang menyumbang kepada PERTIKAIAN (argument).
Contoh:
“Kakak, kita bagi adik 5 cookies, dan Kakak ambil 5 cookies. Kita kongsi, boleh?”
“Alaa.. Kakak tak nak kongsi. Kakak nak seorang. Ibu beli lah yang lain untuk adik. Ni semua kakak nak seorang.”
“Oh, kakak nak makan seorang? Setahu Ibu yang dah lama kenal Kakak ni, kakak kan kakak yang penyayang dengan Adik. Kakak suka berkongsi makanan dengan adik. Ibu macam tak percaya Kakak nak makan semua tu, it doesn’t sounds like you. Are you sure you want to have it all alone? A good girl like Kakak, tak pernah lupa untuk berkongsi, kan?
Guna Pendekatan Pujian
Dalam membina rundingan, kita masukkan elemen pujian, elemen approval kepada anak-anak. Dan elemen inilah yang akan membuatkan anak BERSETUJU dengan keinginan/arahan/rundingan kita dengan mudah.
Ada sesetengah kanak-kanak, di tahap ini dia sudah ‘lembut’ dan rundingan damai kita berjaya. Ada setengah kanak-kanak, tak cukup semudah ini. Perlukan SKILL yang lebih besar dan tricky. Dia tetap dengan ‘keputusan’ dia.
“Kakak tak nak kongsi jugak! Nak makan seorang. Biarlah adik tak dapat cookies.”
Di saat elemen emosi dan approval tak jalan, kita tukar elemen lain.
“Ok, Ibu setuju. Kakak boleh tak nak share cookies dengan adik kali ni. Tapi, Kakak juga kena bersetuju kalau next time Ibu belikan adik cookies sedap-sedap, Adik tak kongsi dengan Kakak? Kakak setuju macam ni?”
Elemen apa yang boleh kita guna di sini? Elemen LOGIK.
Logik mudah. What you give, you get back. Atau apa jua logik mudah lainnya. Selalunya, anak-anak ini karakter dominan mereka antara dua inilah.
Sama ada mudah digerakkan dengan PUJIAN, atau mudah digerakkan dengan LOGIK FIKIRAN.
Kisarkan dialog dan rundingan kita, di sekitar dua elemen ini. InshaALLAH, lama kelamaan, kita dapati langsung tidak susah lagi untuk kita berunding dengan anak dan buat mereka bersetuju dengan kita, inshaALLAH.
Kalau logik kali ni juga tidak berkesan, dan anak-anak berkeras tak mahu capai kata ‘persetujuan’. Maka, cuba teknik pujukan pula. Kalau teknik pujukan tidak berjaya, cuba teknik meminta keputusan pula.
Kalau semua teknik tidak berjaya, IT IS OKAY TO FAIL IN YOUR NEGOTIATION. Tidak dalam semua keadaan, rundingan kita berjaya.
Walaupun ia rundingan yang tidak berjaya, YAKINLAH, KITA TELAH MENGAJAR SUATU PERKARA yang amat berharga kepada anak kita. Dialog-dialog matang kita secara tidak langsung sedang mendidik fikiran dan perasaannya.
InshaALLAH, jika lebih KERAP kita tinggalkan teknik ARAHAN dan gunakan teknik RUNDINGAN, lama-kelamaan anak kita akan membentuk sikap TOLERANSI dan DIPLOMASI yang tinggi dengan orang lain.
Tegas Dengan Arahan
Adakah setiap masa perlu berunding dan tidak gunakan teknik arahan? Tidak.
Ada kalanya, bertegas dengan arahan itu perlu. Kalau anak-anak dibesarkan sebagai anak yang tak boleh menerima arahan, INI MUSIBAH. Dia juga tidak akan dapat menjadi manusia yang boleh handle rejection atau handle perbezaan. Kerana itu, bukan setiap masa perlu berunding sentiasa dengan anak. Ada ketikanya, perlu juga memberi arahan.
Cuma, prinsipnya adalah berbeza. Seni berunding, lain caranya. Prinsip mengarah, juga lain caranya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata anak kecil tak mengalami stres? Mungkin kita yang tidak perasan kerana kita terlalu sibuk menguruskan keluarga setiap hari.
Menurut Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, hampir 1juta orang kanak-kanak di Malaysia mengalami stres. Beliau menjelaskan bahawa hal ini amat membimbangkan memandangkan 90% bahagian otak terbentuk dari 0 hingga 6 tahun. Manakala 10% lagi, yang melibatkan kognitif akan mula terbentuk pada umur 7 tahun, sehinggalah anak anda berumur 23 tahun.
Oleh itu, penting untuk kita mengesan tanda stres pada anak, terutamanya anak-anak di bawah usia 6 tahun.
Berikut adalah 7 tanda stres pada kanak-kanak yang tak patut dipandang ringan oleh ibu bapa yang dikongsikan oleh zuriat.my
Semenjak kebelakangan ini, adakah anak anda kerap menjerit ketakutan atau mengigau dalam tidur? Mimpi ngeri sekali-sekala adalah biasa. Tetapi jika terlalu kerap, ia mungkin tanda stres disebabkan suatu kejadian sehingga menyebabkan trauma seperti dibuli atau terlihat kemalangan.
Pujuk anak untuk berkongsi pengalaman tersebut dan bantu mereka untuk melupakan kejadian tersebut.
Salah satu tanda stres pada anak adalah dia akan melakukan tabiat baru yang tidak pernah dia buat sebelum ini. Antaranya ialah perbuatan berulang-ulang seperti mengigit kuku atau memintal-mintal rambut. Apabila anak mulakan tabiat buruk ini, jangan terus melenting.
Cuba cari waktu yang sesuai untuk mendalami hati anak. Perlahan-lahan tanyakan anak jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran mereka. Ceritakan juga masalah anda pada zaman kanak-kanak contohnya pada mereka supaya mereka faham yang orang lain juga punya masalah. Dengan cara ini, akan akan lebih terbuka untuk bercerita.
Anak yang mengalami tekanan cenderung untuk mengasingkan diri dari ahli keluarga lain. Mereka tidak seceria dulu dan lebih suka bersendirian di dalam bilik. Mereka juga lebih sukar untuk menceritakan masalah yang dihadapi. Mereka mungkin mengalami konflik dengan ahli keluarga lain atau di sekolah.
Jangan biarkan anak bersendirian. Libatkan anak dalam setiap perbualan dan perbincangan keluarga. Ajak dia turut serta dalam aktiviti keluarga.
Sesetengah anak sulung mungkin akan mula bertindak kasar apabila mereka mendapat adik baru. Stres boleh menjadi punca kepada perangai agresif tersebut. Selain menggigit, menendang atau memukul, mereka juga lebih kerap bercakap dengan nada yang lebih nyaring, kurang sopan dan tidak mendengar cakap.
Kita sebagai ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik pada mulanya. Tenangkan anak dan jadi pendengar yang baik untuknya. Berikan ruang untuk anak meluahkan perasaan.
Rimas betul jika anak kita suka berkepit dengan kita tidak kira masa. Sebelum ini jika kita tinggalkan sekejap ok je. Tetapi sejak kebelakangan ini, ditinggalkan sekejap, terus merengek tak tentu pasal. Macam bayi kecil pula!
Namun, jangan terlalu cepat marahkan anak. Cuba cari puncanya kerana anak yang berkelakuan begini mungkin sedang mengalami penyesuaian diri pada persekitaran yang berubah.
Perubahan lain yang terjadi pada anak adalah mereka lebih cepat emosional. Walaupun dalam perkara kecil seperti tidak boleh mengikat tali kasut sudah boleh membuatkan anak naik angin. Anak juga lebih mudah putus asa.
Perkara ini berlaku apabila anak terlalu ingin mencapai kesempurnaan (perfectionist) dan gagal menyenangkan hati kita. Hal ini mungkin terjadi kerana mereka juga ingin menyerlah seperti adik-beradik yang lain atau kita sebagai ibu bapa terlalu mendesak anak. Bina keyakinan diri pada anak dan jangan terlalu mendesak melebihi kemampuan mereka.
Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran si anak sehingga menyebabkan pencapaiannya di sekolah merosot. Dia juga sukar untuk menumpukan perhatian ketika membuat kerja rumah. Barangkali ada masalah dengan rakan sekelas atau mungkin masalah itu datang daripada kita sendiri.
Jika masalah ini berlarutan, berbincanglah dengan anak. Capai satu penyelesaian.
ANAK-ANAK PERLUKAN PERHATIAN DAN KASIH SAYANG
Walaupun dunia anak-anak semakin canggih pada hari ini, tiada satu apa pun yang dapat menggantikan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, hargailah masa berkualiti bersama anak dan jangan hanya menumpukan kepada akademik atau prestasi pendidikan mereka sahaja.
Sebaliknya, didik mereka menjadi insan yang seimbang, terapkan nilai-nilai positif, dan beri masa untuk mereka menjadi kanak-kanak sebenar!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sukar nak faham perangai anak umur 2 tahun terutama bila mereka tantrum. Tapi ayah terutamanya jangan cepat marah sebaliknya kena sabar dan pujuk si kecil.
“Kenapa tak dengar cakap papa ni. Kan papa suruh diam. Jangan nangis lagi. Degil ya!” marah si ayah pada anaknya berusia 2 tahun yang buat perangai lepas tu sengaja menangis kuat-kuat.
Mesti ramai ayah yang bersikap begini kan? Menggunakan kuasa veto seorang ayah untuk mengawal si anak yang baru berusia tak lebih 3 tahun daripada berbuat nakal. Kekerapan si kecil buat perangai dan kuat mengamuk, benar-benar menguji kesabaran ayah. Tapi puas dimarah dan dipukul, anak tetap tak makan saman. Betulkah cara didikan tersebut?
Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.
Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; “sampai bila fasa ni Ibu?” Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.
Jangan cepat melabel anak itu dengan label yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, ‘budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!
“Tak boleh marah ke Ibu?” tanyanya lagi…” marah berpatutanlah jika perlu sangat api perlu faham anak pada usia ini belum faham pun.
Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him, jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia ini akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh.
It is just a phase so chill a little bit.
“Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu.” sambungnya lagi. Jawapan Ibu, “siapa kata?”
“Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc. Itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum. Emak ayah dulu pun tahu dan ramai di antara mereka sangat sabar. Mereka sering berkata…ala budak…kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar. Itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak. Nak pilih contoh yang mana?” tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.
Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu. Kata-kata akhir seorang tu… “Eh, banyak kena tahu ni….besar tanggung-jawab ni.” Nanti Ibu cerita lagi boleh?” Ibu mengangguk bersyukur.
Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para ayah yang sentiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.
Faham fasa anak kecil
Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.
Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.
Kenapa?
Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun.
Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti.
Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).
Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!
Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya. Wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?
Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura-kura masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu. Penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.
Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum. Bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut “Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”
Wahai ayah-ayah semua, gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini. You show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlakmu.
Orang akan kata kita manjakan anak. Itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu, dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke. Sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu.
Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Air kosong bayi bawah 6 bulan boleh menyebabkan keracunan air, hiponatremia dan sawan. Ketahui sebab bayi tidak memerlukan air kosong serta waktu yang sesuai untuk mula minum air.