
Bagi meraikan kejayaan membantu pasangan suami isteri menyambung zuriat mereka, Sunway Medical Centre menerusi Sunway Fertility Centre (SFC) meraikan lebih 1100 orang kanak-kanak IVF.
Majlis yang begitu meriah dan gamat itu diadakan di Lotus Hall, Sunway Medical Centre (Sunway City) pada Ahad lalu dengan menghimpunkan bayi-bayi IVF.
Majlis perasmian ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Fertility Centre, Woon Ming Ming serta doktor-doktor pakar kesuburan lain.
Majlis ini bukan hanya diadakan di Sunway Fertility Centre (SFC) bahkan turut sama meraikan bayi IVF di Sunway Fertility Centre Kuching.
Pada majlis itu, kesemua bayi IVF bersama ibu bapa mereka turut memotong kek bersaiz gergasi yang ditempah khas untuk bayi-bayi comel ini.
Selain itu, sesi perkongsian ibu bapa yang sudi berkongsikan kejayaan mereka pastinya memberi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk mencuba mendapatkan zuriat.
Pencapaian Sunway Medical Centre ini menandakan satu mercu tanda penting dalam usaha berterusan mereka untuk menyediakan rawatan kesuburan dan merealisasikan impian keibubapaan menjadi kenyataan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI