
Anak gajah jantan berusia lima tahun yang dilaporkan maut tu dikatakan sempat bermain riang dengan ibunya tak lama sebelum kejadian. Lokasi tragedi berlaku di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.
Menerusi satu video tular yang dimuat naik oleh @_zaquan_, didakwa kelihatan anak gajah itu sempat dirakam bermain di tepi jalan bersama ibunya.
Ketika itu, beberapa kenderaan termasuk milik perakam berhenti beri laluan untuk dua beranak gajah tu melintas.
Sambil lalu perlahan, kamera sempat merakam gelagat si kecil yang bermain-main di celah daun dan pokok namun tidak disangka, itulah momen terakhir dia kelihatan hidup.
Video tu kini meraih lebih 1.3 juta tontonan, 72,800 tanda suka, dan 10,200 perkongsian
Ramai yang sebak tengok momen tu daripada comel dan riang, bertukar tragedi yang menyayat hati.
@__zaquan__ Ni anak gajah yg kene langar smlm,masa lalu dia main tepi jalan je dgn mak dia #jalangerik #anakgajah #fyp ♬ bunyi asal – __Zaquan__
Meninjau di ruangan komen rata-rata meluah rasa sebak melihat momen terakhir itu.
“Sunyi Ibu Malam Ni…”
“Sunyi dah ibu dia mlm ni. setiap mlm ditemani ank dia.”
“Dia tak tau tulah moment terakhir bersama ibunya”
“semoga baby gajah tuu bahagia kat sana”
Untuk info, video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu memaparkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam yang dipercayai melanggar mati anak gajah jantan hingga terperosok di bawah kenderaan berat tersebut di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli sehingga mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.
Sumber: __zaquan__