Umur bayi semakin bertambah. Berat badan anda pun bertambah jua. Nampak gaya ia seperti sukar kembali kepada berat asal sebelum hamil.
Usah khuatir kerana situasi sebegini dihadapi oleh kebanyakan ibu selepas bersalin. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda sukar menurunkan berat badan.
Sekiranya anda sudah mengamalkan pelbagai tip mengurangkan berat badan tetapi ia tidak berkesan, itu bererti anda ada melakukan satu atau kesemua perkara berikut.
1. Elak bersarapan pagi
Makan sarapan membekalkan tenaga. Ia penting untuk anda memulakan hari dan kekal cergas sepanjang masa. Malah, dengan mengambil sarapan pagi jua membantu metabolisme tubuh berfungsi dengan lebih efisyen.
Apabila ada bayi, anda mungkin kesuntukan masa menguruskan suami, anak dan urusan rumah tangga. Anda perlu ingat, tidak perlu ambil sarapan pagi yang mewah. Cukup sekadar semangkuk oat atau dua keping roti mahupun sandwic telur bersama buah-buahan kering.
2. Terlupa makan
Bila terlalu banyak urusan yang perlu dilaksanakan, maka anda menjadi sangat sibuk kerana mahu menyelesaikannya dengan sempurna. Malangnya, kadang-kadang anda terlupa untuk makan.
Ads
Mungkin juga anda beranggapan dengan tidak makan pada waktu makan yang sepatutnya anda dapat mengurangkan kalori dan seterusnya menurunkan berat badan. Salah tanggapan sebegitu.
Apabila kerap melakukan perkara sebegini, anda sebenarnya akan berasa sangat lapar apabila urusan kerja mula kendur dan akhirnya menjamah makanan dalam jumlah yang lebih banyak daripada yang patut diambil.
3. Makan makanan anak
Apabila anak tidak habis makan, anda berasa sayang dan tidak mahu membazir lalu memakannya. Tindakan ini menjadikan anda makan dua kali tanpa disedari.
Jadi, sebaik-baiknya kurangkan sikap mahu menghabiskan makanan anak. Jika makanan itu masih elok, mungkin ia boleh disimpan dan dimakan semula pada waktu yang lainnya.
Ads
4. Makan tengah malam
Selepas berhempas pulas menguruskan hal rumah tangga sebaik pulang dari tempat kerja, anda berupaya menarik nafas lega dan mula berasa lapar. Namun, ketika itu sudah hampir tengah malam.
Ketahuilah, amalan makan tengah malam adalah antara penyebab yang mudah menyebabkan anda menambahkan berat badan. Jika berasa lapar ketika ini, cuba ambil makanan berkhasiat seperti salad, buah atau yogurt. Paling tidak pun, anda boleh minum susu.
5. Makan sambil berdiri
Ads
Sibuk melayan kerenah anak tetapi pada masa yang sama, perut sudah berkeroncong. Oleh kerana tidak mahu diri kelaparan, maka anda pun makan sambil berdiri.
Ada satu kajian menyatakan bahawa amalan makan sambil berdiri tidak baik kerana ia boleh menjadi punca kepada amalan makan berlebihan tanpa disedari.
6. Tidak cukup tidur
Apabila ada anak kecil, sudah menjadi sesuatu yang norma bila si ibu mengalami masalah tidak cukup tidur.
Malah ada kajian membuktikan bahawa apabila tidur tergangu, paras kortisol meningkat lalu menyebabkan metabolisme tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik semasa membakar kalori.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doktor di India melahirkan kebimbangan mengenai penemuan virus baharu yang digelar ‘demam tomato’ yang menjangkiti puluhan kanak-kanak di negara ini.
Jangkitan itu dikesan sejak Mei lalu, di selatan Kerala dan dikhuatiri sebagai varian baharu bagi penyakit tangan, kaki dan mulut.
Sehingga kini, seramai 82 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dikesan mempunyai demam tomato dan 26 mangsa lain berusia sehingga 10 tahun berisiko dijangkiti.
Jangkitan itu mendapat nama tersebut kerana berpunca dari demam menyebabkan lepuh merah yang menyakitkan di seluruh badan pesakit dan kemudian menggelembung menjadi sebesar saiz tomato secara beransur-ansur.
Difahamkan, kebanyakan pesakit juga mengalami demam panas dan sakit sendi yang teruk, keletihan serta cirit-birit.
“Demam ini sangat mudah berjangkit dan boleh merebak ke populasi dewasa jika wabak semasa tidak dikawal. Wabak ini muncul ketika dunia sedang bergelut dengan cacar monyet.
“Kanak-kanak lebih berisiko terdedah kepada demam tomato kerana jangkitan virus adalah perkara biasa dalam kumpulan umur ini serta penyebarannya melalui hubungan rapat.
“Mereka juga terdedah kepada jangkitan ini melalui penggunaan lampin, menyentuh permukaan tidak bersih serta memasukkan sebarang benda terus ke dalam mulut,” kata pakar perubatan menerusi jurnal perubatan The Lancet.
Buat masa sekarang tiada ujian atau rawatan khusus menangani virus tersebut.
Pakar perubatan berkata, semua pesakit perlu diasingkan selama lima hingga tujuh hari dari permulaan simptom dan diarahkan berehat, minum banyak cecair dan mengambil paracetamol.
Virus itu pertama kali dikesan di Kollam, timur Kerala 6 Mei lalu, dan kes terakhir dilaporkan pada 26 Julai.
Alhamdulillah selepas melalui pengalaman mengandung selama 9 bulan, wanita bertubuh genit, Syakila Norazma yang pernah tular di media sosial sebelum ini kerana saiz badannya seperti kanak-kanak sekolah rendah telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 25 Januari lalu.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, wanita yang mesra disapa Yaya itu mengucapkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulung seberat 2.35 kilogram, jam 1.47 petang itu berjalan dengan lancar.
“Terima kasih yang mendoakan kami..”
@buyahhhcinta hati ibu daddy. terima kasih yg mendoakan kami. alhamdulillah selamat melahirkan semalam 25/1 , 1:47pm baby boy🥰♬ suara asli – rafaaldiansyah
Dalam video berdurasi 17 saat itu memaparkan momen indah Yaya bersama suaminya Muhammad serta bunyi tangisan anak mereka yang belum didedahkan wajahnya.
Sebelum ini, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bersalin sebulan lebih awal secara pembedahan berikutan faktor fizikalnya berketinggian 119 sentimeter dan keadaan bayi yang besar.
“Ramai tanya saya kenapa bedah, bukan normal? Sebab ketinggian tak cukup dan bayi besar berusia 34 minggu dan berat 2.2 kg dah. Nak bersalin normal pun memang tak boleh dengan keadaan fizikal saya,” katanya.
Dalam satu lagi perkongsian videonya juga, Yaya akui dia berasa seolah-olah seperti tak percaya lagi dah ada bayi.
@buyahhh rasa mcm xcaye pun ade , lepas je ibu besalin ibu tgok adik ibu nangis. nangis tanda bahagia, tq daddy @azry.vs__ ♬ original sound – 𝔐𝔖ℌ 𝔈𝔡𝔦𝔱𝔰⚡️
“Lepas je ibu bersalin ibu tengok adik ibu nangis. Nangis tanda bahagia, tq daddy tunggu ibu dari awal sampai adik keluar..
Sebelum ini, kisah pasangan ini menjadi perhatian netizen apabila ramai mengagumi suami Yaya yang menerima diri Yaya seadanya tanpa memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi segala puji bagi Allah yang Maha Esa. Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs (7.31malam).
“Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, doktor-doktor dan nurse-nurse yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta.
“Saya amat menghargainya hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin,” kongsinya.
Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra berkongsi berita kehamilan anak pertama mereka setelah usia kandungan memasuki trimester ketiga.
Sebelum itu Sheera berkongsi pada Nona patutnya due date awal bulan 6, tapi bila pergi hospital untuk check up doktor kata kandungan dah cukup bulan. Air ketuban macam dah kurang jadi takut risiko. Disebabkan itu doktor buat keputusan untuk induce dan bersalin awal.
Sheera dikurniakan cahaya mata selepas setahun berkahwin.
Terdahulu dalam satu perkongsian Sheera, anak kepada aktres Aznah Hamid ini dilihat berkongsi foto terlibat dengan penggambaran drama Gerak Khas Undercover ketika sedang sarat hamil. Nampak semangatnya cukup luar biasa!
Untuk rekod Sheera dan suami mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2021. Tahniah untuk Sheera dan suami. Tak sabar nak tengok muka baby H. Mesti cantik macam mommynya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.