
mf822-02124117,
Isu susu formula dan susu full cream kembali hangat diperkatakan ibu bapa di media sosial. Semuanya tercetus apabila perkongsian pakar kesihatan terkenal, Dr. Suriyakhatun, menjadi tular dan membuka mata ramai. Dalam penjelasan beliau, satu perkara utama yang ditegaskan ialah:
Kanak-kanak berusia lebih setahun sebenarnya sudah tidak memerlukan susu formula. Ya, termasuklah follow-on milk, toddler milk dan growing-up milk.
Penjelasan ini bukan sekadar pandangan peribadi, tetapi selari dengan saranan WHO, KKM serta badan pediatrik antarabangsa. Perubahan ini mungkin mengejutkan ramai ibu ayah, namun sebab-sebabnya sangat penting untuk difahami.
Menurut Dr. Suriyakhatun, anak yang sudah melepasi usia 12 bulan lebih sesuai diberikan susu full cream
, atau susu berasaskan tumbuhan tanpa gula tambahan sekiranya mempunyai alahan.Mengapa?
Kerana pada usia ini, makanan sebenar sudah menjadi sumber nutrisi utama. Susu pula hanyalah pelengkap.
Inilah isu paling membimbangkan. Kebanyakan susu formula ditambah sukrosa, maltodekstrin dan sirap jagung.
Semua ini digunakan untuk menjadikan susu lebih sedap. Namun kandungan gula boleh mencecah 12g bagi setiap 100ml, jumlah yang sangat tinggi untuk kanak-kanak kecil.
Kesan jangka panjang gula berlebihan:
❌ Gigi cepat rosak
❌ Ketagihan makanan manis
❌ Risiko obesiti
❌ Risiko diabetes kanak-kanak
Sebaliknya, susu full cream hanya mengandungi gula semula jadi laktosa, lebih rendah dan selamat.
Susu formula menggunakan lemak diproses daripada minyak sayuran. Susu full cream pula mengandungi lemak asli seperti CLA dan butirat.
Dua nutrien ini penting untuk perkembangan otak, hormon dan saraf kanak-kanak.
Kajian PATURE (2021) juga menunjukkan kanak-kanak yang minum susu penuh lemak sebenarnya lebih kurus dan mempunyai risiko obesiti lebih rendah berbanding mereka yang minum susu rendah lemak.
Otak anak memerlukan lemak tepu dan kolesterol untuk membina myelin (lapisan saraf). Sebab itu pakar mengesyorkan susu full cream sekurang-kurangnya sehingga usia 2 tahun, malah ramai mencadangkan sehingga 5–7 tahun.
Susu ibu mengandungi HMO iaitu prebiotik semula jadi yang menghasilkan bakteria baik dalam usus. Susu formula hampir tidak mempunyai HMO.
Kesan ketidakseimbangan microbiome:
❌ Risiko alahan
❌ Ekzema
❌ Asma
❌ Obesiti
❌ Penyakit usus kronik
Berita baiknya, usus anak biasanya pulih dalam 1–3 bulan selepas berhenti susu formula.
Dr. Suriyakhatun mencadangkan:
🥛 350–500 ml sehari
🥛 Beri selepas makan, bukan sebelum, supaya anak tak hilang selera
🥛 Pilih unsweetened jika susu plant-based
Tular di komen media sosial, pakar pemakanan dan ibu bapa turut berkongsi pengalaman:
“Terbaik Dr. I’m one of the dietitian support this.” – Nur Aisyah
“Paediatrician pun sarankan stop FM selepas 12 bulan.” – Bathra D’silva
“Di New York pun sama, terus full cream selepas usia setahun.” – Azliana Jusnida
“Anak lebih jarang sakit dan makan lebih berselera.” – Cik Puan Ueya
Selepas usia setahun, susu formula bukan lagi keperluan untuk anak. Yang mereka perlukan ialah:
✔ Susu full cream
✔ Alternatif plant-based tanpa gula tambahan
✔ Makanan seimbang setiap hari
Ibu ayah, ilmu dan pilihan yang tepat dapat membantu anak membesar lebih sihat, aktif dan cerdas. Pa&Ma sentiasa bersama anda dalam perjalanan membesarkan si manja tersayang! 💛
BACA LAGI : Khasiat Susu Ibu: 14 Manfaat Luar Biasa Untuk Bayi Yang Setiap Mama Wajib Tahu
Sumber: Facebook Dr. Suriyakhatun