Susu sikit? Mommies jangan panik. Mommies perlu tahu saiz perut bayi yang baru dilahirkan hanya sebesar buah ceri?

Dan percayakah mommies bila mommies perah susu selepas kelahiran, yang keluar hanyalah kolostrum dan jumlahnya adakalanya hanya beberapa titik sahaja dan selalunya tak sampai 1oz pun.

Jadi, mommies jangan panik. Susukan sahaja bayi mengikut demand bayi. Biasanya bayi yang baru lahir akan menyusu setiap 1 jam mengikut permintaan. Jadi mommies tak perlu panik nak terus perah untuk kumpul stok.

14 hari pertama, mommies teruskan sahaja direct feeding untuk beri peluang mommies adapt dengan bayi, betulkan latch position, beri rasa selesa dan selamat kepada bayi dan in shaa Allah demand bayi akan bertambah mengikut saiz perutnya yang semakin membesar.

Susu Ibu Cukup Untuk Bayi. Cumanya Mama Yang Risau Bayi LaparSelepas 14 hari, barulah mommies boleh tumpukan kepada matlamat mommies untuk kumpul stok. Jadi tak adalah mommies rasa terkejut, stress dan panik bila lihat susu yang diperah tak sampai 1oz.

Hasil perahan setiap mommies juga adalah berbeza. Jangan bandingkan hasil kita dengan orang lain. Macam saya, sampai baby berusia 27 hari, sekali perahan hanya dapat 2oz sahaja dan selepas itu barulah hasil perahan meningkat kepada 3oz dan seterusnya 4-5oz.

Hasil perahan ini juga bergantung kepada keperluan dan saiz perut bayi. Dan setiap keperluan bayi adalah berbeza, maka hasil perahan juga boleh jadi berbeza.

IKLAN

Sekali pun mommies hanya dapat 2oz sekali perah, dan sekiranya mommies perah 3x sehari. Mommies boleh buat pengiraan hasil perahan mommies untuk anggarkan sama ada stok mommies mencukupi atau tidak untuk keperluan bila mommies sudah bekerja nanti.

✅3 x 2oz = 6oz sehari
✅6oz X 30 hari = 180oz

Kalau baby mommies hanya perlukan 2oz sekali minum dan minum 4x sehari

IKLAN

✅2oz x 4 = 8oz

Dan hasil perahan sebulan tadi ialah 180oz.

✅Maka, 180oz bahagi 8oz = 22.5 hari

IKLAN

So nampak tak, walaupun hasil perahan sedikit, tapi mencukupi untuk keperluan bayi selama 22 hari. Ini saya beri contoh keadaan saya dahulu, sekali perah hanya dapat 2oz sahaja. Dan keperluan bayi akan meningkat seiring dengan pertambahan usia dan saiz perutnya juga.

Susu Ibu Cukup Untuk Bayi. Cumanya Mama Yang Risau Bayi LaparKalau mommies dapat 5-8oz untuk sekali sesi perahan, mommies boleh buat anggaran seperti ini juga. Paling penting mommies jaga jadual pam, makan dan minum air yang mencukupi, tidak stress, belum hamil dan tidak period, in shaa Allah susu dan stok mommies akan mencukupi.

So mommies jangan panik bila lihat hasil perahan tak sebanyak orang lain ya. Guna kalkulator untuk kira dahulu. Yakinlah bahawa Allah akan beri kecukupan kepada kita mengikut keperluan bayi masing-masing ?

Semoga tips ringkas ini dapat membantu mommies yang resah kerana susu sikit.

Sumber: FEED by Ummi Najla

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI