Patutlah dia cepat tertidur masa menyusu malam! Rupanya ada penyebab yang membuatkan bayi mudah tertidur. Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya dan sesuai dengan masanya.

Susu Ibu Waktu Malam Bantu Anak Tidur Lena & Tak Meragam? Betul Ke?

Pernah tak dengar bahawa susu ibu yang diperah pada waktu malam atau dinihari akan menyebabkan  bayi mengantuk? Setiap spesies mamalia menghasilkan susu unik tersendiri memenuhi keperluan nutrien anaknya. Prinsip ini dikenali sebagai biologi khusus susu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia dan menghasilkan susu ibu yang sempurna untuk keperluan anaknya.

HORMON

Antara keunikan susu ibu adalah ia mengandungi hormon-hormon tertentu. Antaranya ialah hormon melatonin.  Hormon ini di rembes pada waktu malam oleh orang dewasa dan bukannya bayi. Ia memberikan kesan hipnosis yang membuatkan bayi relaks dan juga kesan merehatkan otot-otot di usus.

IKLAN

Ada kemungkinan bahawa susu ibu , yang mengandungi melatonin memberikan kesan sedatif yang membuatkan bayi rasa mengantuk (berfungsi membantunya tidur dengan nyenyak) dan mengurangkan terjadinya kembung perut. Hebatnya Ciptaan Allah!

Susu Ibu Waktu Malam Bantu Anak Tidur Lena & Tak Meragam? Betul Ke?

KURANGKAN BAYI MERAGAM

IKLAN

Untuk pengetahuan anda, penyusuan eksklusif  juga boleh mengurangkan bayi meragam. Ia juga boleh mengurangkan rasa cepat marah atau kembung perut kepada si kecil serta cenderung untuk tidur pada waktu malam lebih panjang. Susu ibu (pada waktu malam) mengandungi paras melatonin yang tinggi, sedangkan formula tidak. Dalam kajian itu juga, didapati bahawa melatonin yang dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu memainkan peranan dalam meningkatkan tidur dan mengurangkan kolik pada bayi menyusu berbanding yang diberi susu formula.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa bayi akan kelihatan lebih mengantuk dan kurang aktif apabila meminum susu perahan yang diperah pada waktu malam atau dinihari ( sebagai contoh semasa bekerja syif malam).

MUDAH UNTUK TERTIDUR

IKLAN

Seperkara lagi, ialah bayi yang menyusu terus daripada payudara, dia akan kelihatan mengantuk dan mudah untuk tertidur. Ini disebabkan oleh hormone cholecystokinine (CCK) iaitu sejenis hormon yang meningkatkan penghadaman, memberikan kesan seperti ubat pelali dan rasa kekenyangan dan tenang kepada si manja. Semasa menyusu, rembesan CCK oleh kedua-dua ibu dan bayi menghasilkan rasa mengantuk.

BANTU BAYI TIDUR NYENYAK

Tahap CCK bayi memuncak sebanyak dua kali selepas penyusuan . Puncak pertama berlaku sebaik sahaja selepas penyusuan. Ia memuncak lagi 30 hingga 60 minit kemudian yang mungkin selepas susu tersebut sampai ke saluran usus.

Tahap CCK bayi akan menurun selepas 10 minit selepas penyusuan. Hal ini yang menyebabkan bayi tersedar semula untuk menyusu semula sama ada daripada payu dara sebelah lagi atau daripada payudara yang sama untuk mendapatkan susu yang kaya dengan lemak (hindmilk). Tunggu 30 minit selepas menyusukannya sebelum meletakkan bayi ke katilnya  membantu bayi untuk tidur lena.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI