Perkara yang kita risaukan apabila anak menyusu adalah tersedak susu kan? Bahkan sudah banyak kes bayi atau anak kecil mengalaminya sehingga menyebabkan maut. Memang menakutkan! Namun seandainya diberikan peluang kedua, sudah tentu ia akan menjadi pengajaran paling bermakna buat mama papa yang mengalaminya.

Seperti yang dikongsikan oleh Zuraini Awang ini apabila anak kecilnya yang berusia setahun lebih tersedak susu ketika sedang tidur. Cerita ibu ini, anaknya yang bernama Fatimah ini menangis kerana mahu susu. Jadi, si ibu pun menyusukan anaknya sambil berbaring.

Artikel Menarik: [Melompat-Lompat tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ibu Ini Selamatkan Nyawa Anaknya]

Ikuti perkongsian penuh ibu ini;

Allah hu akhbar Fatimah hampir2 hilang nyawa jam 4pagi..
Tersedak susu..😭😭😭 Allah maha besar dah selamatkan fatimah😔
Allah kejut kan ibu dan papa 😔😔
Allah bagi ibu peluang ke2 untuk bersama Fatimah 😭😭😭
Terima kasih ya Allah 😩
Please ibu2 saya nak share…
Fatimah Tersedak susu ibu yerr..
Bukan susu botol😔😔

Lingkungan 4pagi Fatimah menangis nak susu..
Ibu bagi susu badan sambil baring..
Ibu rasa agak lama dah sangat minum susu…
Terus ibu cabut dan dalam samar2 gelap hanya lampu aircond jer menyala…
Dan ibu tertidur…
(ya Allah masa menulis ni naik hbs meremang bulu Roma ibu… Xsanggup ibu nak tulis.. Ibu xkuat😭😭😭)
Ibu xtau berapa lama ibu tertidur dan ibu xtau kenapa tiba2 ibu rasa nak buka mata nak tengok Fatimah…

Ibu buka mata perhatikan wajah Fatimah…
Ya Allah kenapa mata Fatimah buka…Tapi Fatimah diam jerr..
Biasa dia akan menangis kalau tak cukup susu…
Mata Fatimah besar tengok pada ibu…
Diam jerr..

Artikel Menarik: [“Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya.” Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengar Anak Bercakap]

Pelik sangat pandangan mata Fatimah (besar mata hitam dia xberkelip tengok atas)…
Terus ibu sentuh kepala ya Allah panas…
Memang Fatimah mula deman maghrib tadi…
Terus ibu jerit papa adik panas…
Ibu berlari buat susu…
Letak ubat deman dalam susu…
Sebab Fatimah tak nak minum ubat direct…
Fatimah tak nak susu botol….
Dia tolak susu…
Ibu buka lampu…
Ya Allah biru bibir adik…
Adik xbergerak
Mata adik besar pandang kami…

Susu Keluar Dari Hidung, Anak Tersedak Masa Tidur. Detik Cemas Seorang Ibu!

Terus ibu lari masuk bilik ambik kain napkin dan basahkan Nak bagi suhu adik turun dengan cepat…
Bila dah basahkan…
Letak atas kepala…
Adik masih biru….
Ibu bagi arahan
Papa buka baju adik…
Nak ambik air suam…
Nak lap dengan air suam
Berlari ibu ke dapur…
Pada Fikirkan ibu mungkin adik sejuk…
Sebab tu biru…
Tapi adik xbergerak…
Tak menangis
Bibir adik makin biru…
Papa buka baju adik
Papa dukung adik…
Goncang2…
Goncang2 dalam keadaan mulut biru tiada respon..
Hanya mata hitam besar tengok pada kami…

Mula susu keluar ikut hidung….
Susu pekat sangat macam Gam yang
MELELEH KEDUA-DUA DARI HIDUNG ADIK….
Terus panik…
YA Allah adik Tersedak susu ibu jerit…
Papa tunggang adik tepuk belakang
Papa jolok mulut…
Adik Dah mula kacip gigi…
Gigit jari papa….
Adik muntah..
Dan baru bunyi suara….
Allah hu akhbar….
Lega ibu bunyi suara adik menangis Tapi tak kuat sangat…
Ibu siap2 Nak. Pergi hospital…
Jam 4.30pagi
Terus pergi hospital Lati Pasir Mas…
Cek oksigen 96…
Fatimah mengigil sejuk campur deman…
Doktor Masukan ubat ikut bontot…
Siap cek up semua, berjalan ke kereta baru dengar adik sendawa 2kali….

Artikel Menarik: [Dah Nikah, Tapi Tak Sempat Buat Majlis. Tangguh-Tangguh Akhirnya Bersanding Dengan Anak Kembar!]

Susu Keluar Dari Hidung, Anak Tersedak Masa Tidur. Detik Cemas Seorang Ibu!

Ya Allah bodohnya ibu…
Ibu ingatkan baby je boleh Tersedak susu…
Rupanya umur setahun lebih pom masuk boleh tersedak susu…
Semua salah ibu… Ibu ambik mudah je menyusu sambil baring…
Kepala setara dengan badan…
Allah bagi ibu peluang ke2 jaga adik…
Ibu akan hati2 lepas ni…
Balik hospital ibu menangis tak henti2…
Ibu terbayang wajah adik masa adik minta pertolongan ibu…
Ibu tak terus angkat adik…
Ibu cerita ni untuk ingatan kita semua…
Ibu dah serik…
Terima kasih Ya Allah selamatkan Asfa Fatimah Aisyeguel Binti Mohd Rizalman untuk kami.

1 YEAR 1 Month 15Days
20hb 9 2021
4.30 pagi

Memang menakutkan kalau tiba-tiba terjadi pada kita kan? Tak apalah kalau kita mengantuk macam mana pun, bangunlah untuk kita susukan anak. Sekurang-kurangnya kita boleh pastikan keadaan anak okay sebelum tidur semula. Semoga perkongsian dari ibu dapat memberi iktibar dan menjadi peringatan kepada kita semua.

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Susu Keluar Dari Hidung, Anak Tersedak Masa Tidur. Detik Cemas Seorang Ibu!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI