Cara pemakanan, teknik mengepam dan ‘mindset’ yang betul sangat penting untuk ibu menyusu di bulan Ramadan nanti. Ada yang risau susu akan drop dan mungkin cepat lapar selepas mengepam atau menyusukan anak.
Bagaimanapun, ada beberapa cara yang boleh dilakukan ikut kesesuaian badan ibu untuk pastikan kekal bertenaga dan dapat terus membekalkan susu.
Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom caranya menghasilkan pengeluaran susu dan bertenaga boleh dicuba ketika waktu bersahur.
Pengalaman saya bila sahur makan berat seperti nasi, pukul 10 pagi bila tengah mengepam tu terasa juga berkeroncong perut. Menggigil lapar pun ya juga.
Jadi saya suka gantikan dengan oat, kurma dan susu. Paling favourite, susu + kurma blend! Smoothie yang menyedapkan dan in shaa Allah sampai pukul 2 petang tu boleh maintain lagi turun naik tangga.
Ads
Kebetulan pula kat pasar raya sejak bulan Mac hari tu dah mula jual kurma, terus saya beli buat stok.
Biasanya saya guna dua bahan je.
1. Susu segar 2. Kurma 3 biji
Ads
Lepas tu blend. Saya suka guna air sejuk untuk blend. Rasa segar sampai ke perut. Bilangan kurma tu bolehlah adjust ikut kesesuaian.
Mak-mak yang tak berapa gemar minum susu atau makan kurma bolehlah cuba kaedah ni. Biasanya bila cuba, ramai yang boleh terima.
Ads
Rasa macam susu farm fresh perisa kurma tu tau. Hehe. Selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemakanan yang sebenar bermula dari rumah. Tanggungjawab mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat jatuh di bahu ibu bapa. Ibu bapa yang mencorakkan pemakanan dan kesihatan anak-anak dan memberi ilmu tentang pemakanan sihat buat mereka.
Jika tidak mengamalkan pemakanan yang sebenar dan pemakanan yang sihat, kesihatan anak juga yang menjadi taruhan. Seperti perkongsian doktor ini, dia hampir terkejut melihat keputusan ujian darah anak yang baru berusia 9 tahun. Rupanya corak pemakanan yang ‘bahaya’ dan tidak seimbang antara faktor masalah kesihatan yang dihadapi oleh anak ini.
Terkejut saya tengok keputusan ujian darah pesakit yang baru berumur 9 tahun. Saya kata pada ibunya, “apa yang anak akak sukaaaa sangat makan setiap hari. Boleh akak cerita gaya pemakanan anak kat saya, apa dia makan pagi, petang dan malam. Kita cuba check, kat mana yang perlu dibetulkan.”
Burger M*D, setiap pagi atau petang, sejak umur 6 tahun. Megi setiap malam wajib 2 bungkus. Seminggu banyak kali makan chicken chop kat kedai western.
Keropok kentang setiap hari mesti ambil. Burger gerai tepi jalan, sekali makan terus 2 biji dia boleh habis.
Nasi makan sehari sekali saja, itupun sikit sangat. Air putih, jarang nampak dia minum. Air manis, air bergas selalu ada dalam peti sejuk.
Aiskrim, setiap hari mesti makan.
MasyaAllahhh. Terkejut betul saya dengar.
Saya kata, “takpe kak, masih belum terlambat. Alhamdulillah Allah lorongkan akak untuk datang ke klinik, buat medical check up untuk anak. Adik nampak okay je macam takde masalah kesihatan apa, nampak sihat je dia. Tapi dalam badan dia kita tak tahu kan.”
Makanan ultra prosessed, ini yang adik suka makan.
Apa itu makanan ultra processed?
Makanan yang telah melalui pelbagai jenis proses untuk menjadikan ia ‘makanan’, pelbagai bahan tambahan ditambah, pelbagai nutrisi yang sepatutnya ada dibuang. Jadilah ia makanan yang anak kita suka sangat makan, walaupun tiada langsung nutrisi yang tinggal.
Saya kongsikan di sini, supaya kita sama-sama dapat belajar dari kisah adik ini.
Bukan untuk salahkan adik kecil umur 9 tahun, sebab dia betul-betul tak tahu yang makanan itu tak elok pun untuk diri dia.
Bukan juga untuk kita salahkan ibu ayahnya, sebab ibu ayahnya pun tak tahu sekadar mana makanan proses itu membahayakan kesihatan anak mereka.
Elakkan dengan sebaiknya, apa saja jenis makanan ultra processed dari anak-anak kita.
Makanan dan minuman ini, mungkin asalnya dari bahan ramuan yang okay. Tapi bila ditambah pemanis tiruan, MSG tiruan, perasa tiruan, pewarna makanan, aditif dan pengawet, maka terjadilah ia makanan ultra processed yang akan burukkan keadaan kesihatan anak-anak kita jika diambil secara berterusan tanpa kawalan.
Walaupun ada banyak kemungkinan kolesterol adik ini tinggi, dan bukan semata-mata hanya sebab makanan yang diambil, tetapi tetap makanan ultra processed bukan suatu makanan yang baik untuk diambil setiap hari.
Boleh ya, sama-sama kita cuba cari jalan untuk hilangkan ketagihan anak kita dengan makanan ultra processed.
Ramai tahu bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik sepanjang zaman. Susu ibu merupakan susu yang lengkap penuh nutrisi, zat dan vitamin adalah sangat penting untuk tumbesaran bayi.
Susu ibu dihasilkan daripada payudara mengikut keperluan bayi sendiri dari semasa ke semasa. Menurut kajian, susu ibu juga mempunyai antibodi semulajadi yang dapat membantu bayi-bayi melawan penyakit.
Untuk mendapatkan hasil susu yang terbaik, ibu seharusnya mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Jadi ibu bolehlah menambah beberapa makanan ini dalam menu seharian anda.
Sebenarnya ada banyak jenis makanan yang boleh jadi penggalak susu (galactogogue).
Menurut Kaunselor Laktasi, Nad Masrom menu sayur-sayuran yang biasa kita makan itu sebenarnya penggalak susu yang cukup membantu ibu memperbanyakkan susu.
Berikut antara perkongsian Puan Nad.
In shaa Allah sayur-sayuran ini boleh menjadi penggalak susu yang baik.
Menu ni disediakan oleh mak mertua Kak Nad sewaktu berpantang dan memang sayur-sayuran ini mengikut kajian boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
Paling penting mommies kenalah jaga jadual mengepam, minum air secukupnya pada waktu malam, jaga emosi dan pastikan ambil pemakanan yang seimbang.
Tip masak cekodok pisang, elok bulat cantik bentuknya. Cekodok pisang sudah wujud sejak zaman dahulu dan menjadi sebahagian daripada warisan kulinari masyarakat Melayu. Dikatakan kuih ini tercipta sebagai cara untuk mengelakkan pembaziran pisang yang terlalu masak.
Dengan hanya mencampurkan pisang yang sudah lembik dengan tepung, sedikit gula, dan garam, terhasillah cekodok pisang yang enak dan mudah dibuat.
Keunikan cekodok pisang terletak pada kesederhanaan bahan-bahannya. Ia tidak memerlukan bahan yang mahal atau rumit. Malah, ramai orang mempunyai resipi turun-temurun yang mereka ikuti, menjadikan setiap cekodok pisang mempunyai rasa yang sedikit berbeza mengikut cara penyediaannya.
Sebenarnya nak dapat cekodok pisang yang bulat cantik ada caranya. Dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak boleh ikut cara ini ya.
Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
7 biji pisang (lebih pun boleh)
1 1/2 cawan gula (ikut citarasa)
2 sk soda
2 sk garam
3 cawan air
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masukkan soda bikarbonat dalam tepung dan gaul rata. Ketepikan.
2. Kisar pisang, gula dan garam.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.
4. Bancuhan macam buat cekodok biasa, jangan terlalu cair.
5. Tip untuk dapatkan cekodok yang bulat, masak dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali (penggunaan soda bikarbonat juga akan buat cekodok jadi bulat)