Setiap kali melihat anak membesar, perasaan sebak pasti akan dirasai oleh setiap ibu bapa. Lagi-lagi bila dulunya anak itu seorang yang manja, kini dah pandai berdikari dan boleh diharap.
Sama juga situasinya pada pelakon Norman Hakim apabila anak daranya, Marissa Dania kini telah genap 17 tahun usianya.
Marissa adalah anak perempuan Norman dengan bekas isteri pertamanya, Abby Abadi. Seperti yang ramai sedia maklum, walaupun Norman dan Abby sudah membina kehidupan baru, namun masing-masing tetap menjaga hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak.
Hubungan mesra antara dua keluarga ini satu kelebihan buat anak-anak mereka dan ramai yang kagum melihat keakraban dan sikap sporting satu sama lain.
Menerusi perkongsian video di instagram Norman, momen yang cukup menyentuh hati dimana pelukan dan kucupan seorang ayah pada Marissa Dania sungguh sebak sempena hari lahirnya.
Dalam video itu, walaupun malu-malu, kelihatan Marissa Dania dirai dengan penuh kasih sayang oleh papanya.
Ni la my ‘tanggecey’ @marissadania_ yang saya sambut lahirnya dalam kereta 17 tahun lepas. Setiap tahun rasa macam baru je semalam ‘scene’ @mamayebbyyabadi berjuang lahirkan ‘tanggecey’ ni berlaku. Dan kereta ni jugaklah yang hari-hari ulang alik hantar ‘tanggecey’ papa dan adik- beradik yang lain pergi balik sekolah.
Ads
Adik dah besar tapi tetap baby kat mata & hati papa. Adik sangat matang dari usia.Adik sangat penyayang dan kadang2 sikit2 garang untuk survival. Papa sayang adik sangat2. Hari2 papa tak pernah lelah doa segala yang terbaik utk adik & anak2 papa yang lain. Bf adik pun papa sayang mcm anak sendiri. Papa nak dia sama2 belajar erti kasih sayang dari papa, cinta pertama adik ni.
Percayalah dengan kasih sayang, kita mampu takluk jiwa dengan izinNya. Dengan kasih sayang jugak,kita mampu takluk akhirat & dunia dengan izinNya.Itu peninggalan papa buat kesayangan papa semua.
Semoga ‘tanggecey’ papa sentiasa dalam lindungan, rahmat & kasih sayangNya sepanjang masa Aamiin Ya Rabb. Adik perlukan doa-doa papa, mama, mummy, abah untuk barakah duniawi, sama seperti kami perlukan doa-doa adik & anak-anak kami semua ketika saat terputus kami dengan alam duniawi sebagai bekalan ukhrawi.
Sementara itu, dalam satu video lain yang dikongsikan Norman, mereka sekeluarga meraikan ulang tahun kelahiran Dania di salah sebuah restoran dengan kehadiran semua ahli keluarga.
Dalam video itu, terukir senyuman di wajah Dania setelah dikelilingi, papa, mama, mummy dan abah serentak.
“Alhamdulillah syukur nikmat. Terima kasih Allah s.w.t Maha Perancang untuk segalanya. Kasih sayang permata paling bernilai mengatasi harta & wang ringgit. Itulah nikmat berkasih sayang keranaNya,” tulis Norman.
Sementara itu, di ruangan komen ramai yang tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini.
Ads
“Sebak…. It’s good to share the kindness. Moga Allah membuka mata kita semua supaya tak putus kasih sayang keluarga ❤️”
“Untung dia dapat 2 mak 2 ayah yang baik dan sayangkan dia😍happy family❤️semoga jdi ank yang baik solehah berjasa pada mak ayah..diorang dah buat yang terbaik untuk anak2..best je tengok semua baik-baik je walaupun bekas suami isteri kan🥰”
“Alhamdulillah… Anak-anak bahagia dengan orang tua yang Always ada. Itulah keluarga… Lebih bernilai dari wang ringgit”
Cantik persis ibu! Itulah yang boleh dikatakan mengenai Engku Aleesya, anak tunggal pelakon, Erra Fazira yang kini sudah pun menginjak usia remaja.
Menerusi satu perkongsian akaun Tik Tok, kemunculan anak kesayangan Erra Fazira yang cantik dan tersenyum malu bila dirakam wajahnya.
Lebih mencuri tumpuan, Aleesya yang kini berusia 14 tahun itu tidak mengenakan sebarang solekan pada wajahnya sekaligus mempamerkan kejelitaan semula jadi seperti ibunya.
Tampil ringkas dengan hanya berseluar denim dan top putih, gaya Aleesya menyerlahkan lagi keremajaannya. Ringkas tapi cantik.
Rata-rata warganet menyatakan kecantikan yang dimiliki Aleesya diwarisi dari kecantikan asli ibunya yang menjadi idaman ramai suatu ketika dahulu.
Baru-baru ini anak pelakon jelita, Diana Dianelle dijangkiti demam. Sebagai seorang ibu, Diana sebolehnya mahu mengelak pengambilan ubat ketika anak-anaknya kurang sihat. Berkongsi tentang caranya menurunkan suhu Ahmad dan Aurora, semoga cara Diana ini dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain juga.
Diana memberitahu suhu kedua-dua anaknya mencecah 39 darjah selsius tetapi tiada batuk atau selesema. Katanya lagi, Aurora lebih tenang walaupun tidak sihat. Manakala Ahmad lebih manja dan ada mengadu sakit kepala sejak hari pertama demam. Suhu badan yang tinggi menyebabkan Ahmad sakit kepala. Tidak terus memberi ubat kepada anaknya, Diana memberitahu yang dia menggunakan skrub berasaskan garam yang dibuatnya sendiri dan ditaburkan ke dalam tab mandi.
Kemudian Diana mengarahkan kedua-dua anaknya untuk berendam di dalam air suam yang dicampurkan dengan skrub tadi seama 10-15 minit untuk kurangkan panas badan. Dia kemudiannya mengambil semula suhu anak-anaknya untuk pastikan cara itu berkesan.
Biasanya dengan cara berendam dalam air suam bercampur skrub garam tadi dapat menurunkan suhu Ahmad dan Aurora sekitar 37-38 darjah selsius.
Ubat tetap tidak diberi kerana Diana menambah vitamin ke dalam tubuh anaknya dengan sayuran. Katanya lagi, dia tidak memberi anaknya makan terlalu banyak kerana tubuh sedang melawan virus demam. Dia hanya memebri anaknya makanan mudah hadam. Setiap hari pada waktu siang dan malam, Diana akan lulurkan minyak kelapa yang dicampur dengan peppermint, frankincense dan habbatus sauda pada telapak kaki, belakang badan dan dada anak-anaknya.
Menurutnya lagi, ini caranya merawat demam biasa tanpa perlu bergantung pada ubat. Pun begitu, Diana sempat menasihatkan agar bawa anak berjumpa doktor jika demam tidak kebah selebah tiga atau empat hari.
Elok juga jika tidak terlalu bergantung kepada ubat. Pada penulis, jika demamnya tidak terlalu serius, boleh Mama cuba cara Diana ini. Lebih selamat kerana semuanya menggunakan bahan semula jadi. Selagi ia tidak memudaratkan, tak salah mencuba kan?
Sebuah video tular memaparkan pasangan itu kembali ke KPTM untuk mengambil barangan milik anak tunggal mereka.
Melangkah masuk ke bilik kediaman arwah, si ibu tidak mampu menahan sebak mengingatkan itulah tempat terakhir anaknya sebelum ‘pulang’ ke alam abadi.
Bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu dan ayah yang memegang bantal tempat anaknya tidur buat kali terakhir.
Demikian ujian yang perlu dihadapi pasangan suami isteri, Naemah dan suami, Che Lokman yang kehilangan permata hati tunggal, Iman Balqis Che Lokman yang merupakan pelajar Kolej Profesional MARA, Bandar Penawar (KPMBP), Johor.
Pemergian Iman pada Jumaat, 9 Mei dalam tidur terus diingati. Baharu dihantar untuk pulang kampus pada Ahad, lima hari kemudian mereka terpaksa akuranak kesayangan dijemput kembali oleh Maha Pencipta tanpa sebarang petanda.
“Ibu akan belajar ikhlas pulangkan pinjaman yang paling cantik, paling baik dan paling sempurna ini kepada Maha Pemberi.
“9 Mei 2025, saat dan ketika ibu dan ayah takkan lupakan sampai bila-bila. Ibu di pejabat terima panggilan maklumkan Iman tidak bangun-bangun.
“Ibu rasa dunia berhenti berputar, detik nafas ibu kosong. Ayah kuat, boleh pandu kereta dari Putrajaya balik Bangi terus ke Johor. Ibu tak sangka ayah sekuat itu. Lama dik untuk sampai berjumpa bidadari syurga kami yang cantik.
“Bila sampai di hospital baru rasa longlai, tapi ibu kuatkan diri. Ibu nak jalan cepat-cepat untuk jumpa Iman. Kami peluk Iman.
Titik terendah dalam hidup ibu apabila nampak sekujur tubuh anak tidak bernyawa menyambut ketibaan kami. Ibu ayah peluk dan usap kepala, gosok tangan Iman. Tetapi pelukan kami tidak berbalas.
“Dulu selepas Iman dilahirkan pertama kali ibu mandikanmu dengan gembira, untuk terakhir ini ibu mandikan Iman dengan air mata berjuraian.
“Putihnya anak ibu. Kulit putih bersih seperti sedang tidur.
“ALLAH tunjukkan kebesarannya. Meninggal dalam tidur pada hari Jumaat. Tiada sakit apa-apa dan sebelum tidur riang gembira bersama kawan-kawan.
“Semoga bidadari syurga ibu ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga syurga tempatmu anak tunggal kesayanganku,” kongsinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.