Pemergian anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Mohd Firdaus Sulaiman, 32, yang mengalami cedera parah selepas terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat benar-benar buatkan ramai yang bersimpati pada isteri dan anak arwah.

“Syahid Buat Abang, Awak Ajar Saya Kuat.” Luah Isteri Anggota Bomba Maut Bertugas

Arwah telah meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.

“Abang ajar saya jadi kuat”

Menerusi luahan hati Nurul Jannah di facebooknya, dia memaklumkan yang jenazah allahyarham suaminya sudah selamat dikebumikan.

Menurut Jannah, di sebalik kesedihannya, dia tetap berbangga dengan arwah suami kerana tahu yang allahyarham pergi dalam keadaan syahid.

“Terima kasih jadikan saya BIDADARI AWAK..”

Malah Nurul Jannah turut akui sangat bangga menjadi isteri kepada seorang anggota bomba dan seorang suami yang terlalu baik. Walaupun sedar yang suaminya sudah meninggal dunia, namun kasih sayang lelaki itu sangat besar dan tiada galang gantinya.

IKLAN

Dia yang redha dengan pemergian suami tersayang menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat arwah yang mengajarnya untuk menjadi seorang wanita yang kuat.

Seronok dapat hantar awak tanpa air mata sehingga ke liang lahad.. TERLALU RAMAI SAYANGKAN AWAK.. Sepanjang jalan awak dikelilingi kawan yang ramai.

Terima kasih jadikan saya BIDADARI AWAK.. Saya redha dengan segalanya.. Hembusan nafas terakhir awak di sisi saya. AWAK SYAHID SAYANG.. I’m gonna miss u abang.. Cinta awak pada saya tiada ganti tau. Terima kasih ajarkan saya jadi KUAT.

Terdahulu, Nurul Jannah ada memuat naik beberapa gambar bacaan yassin yang diadakan bagi mendoakan kesejahteraan suami selepas mengetahui allahyarham mengalami kecederaan ketika sedang bertugas memadamkan kebakaran.

IKLAN

Sebelum ini media melaporkan kejadian pada Sabtu jam 10 pagi itu telah mengakibatkan seorang anggota bomba dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah, manakala seorang lagi anggota bomba melecur akibat terkena letupan sewaktu operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat,

Mangsa adalah Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52; Mohd Firdaus dan anggota ERT kilang Mohamad Azuraini Mahrani, 40.

Kesan letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah, manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan,.

Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala Syed Putra menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

IKLAN

Kredit: Harian Metro, Facebook Mem Jannah

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

“Syahid Buat Abang, Awak Ajar Saya Kuat.” Luah Isteri Anggota Bomba Maut Bertugas

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI