Keibubapaan

Syifa Melvin Sedih Lihat Reaksi Saif Pada Adik, “Abang Tetap Cinta Hati Pertama Ibu”

Share

Menjadi ibu kepada dua orang anak bukanlah satu perjalanan yang mudah, apatah lagi apabila perlu membahagikan kasih sayang yang selama ini tertumpu kepada seorang sahaja. Itulah realiti yang dikongsikan oleh pempengaruh dan juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid, iaitu Syifa Melvin, apabila berkongsi kisah penerimaan anak sulungnya, Saif Sulaiman, yang kini berusia tiga tahun, terhadap kehadiran adik baru dalam keluarga mereka.

Penerimaan Anak Sulung Bukan Perkara Mudah

Dalam perkongsiannya, Syifa mengakui penerimaan Saif terhadap adiknya masih baru dan tidak begitu mesra. Walaupun Saif faham bahawa ibunya perlu ke hospital dan menjalani pembedahan atau “potong perut” untuk melahirkan adiknya, namun situasi sebenar di wad sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepada anak kecil itu.

Menurut Syifa, ketika berada di dalam wad, Saif kelihatan seperti menjauhkan diri. Dengan kehadiran ahli keluarga dan suasana yang tidak biasa, Saif dilihat seolah-olah tidak mahu melihat adiknya dan tidak mendekati ibunya seperti selalu.

“Penerimaan Saif masih ego. Dia faham ibu pergi potong perut, tapi dalam ward ada family Syifa , dia mcm tak mahu tengok lagi adik dia.

“Dia tak datang dekat Syifa pun, sedih ibu tapi selalunya biasa je kan benda tu,” tulisnya di Thread.

Sebagai seorang ibu, perubahan tingkah laku itu amat dirasai. Anak yang sebelum ini manja, kerap memeluk dan tidak pernah lekang daripada sisi, tiba-tiba kelihatan dingin. Perasaan sayu dan bersalah bercampur menjadi satu, sesuatu yang hanya mampu difahami oleh mereka yang bergelar ibu.

“Abang Tetap Cinta Hati Pertama Ibu”

Namun begitu kata Syifa dia cuba menenangkan diri sendiri dan menganggap reaksi Saif adalah perkara biasa malah mahu memberikan sedikit ruang buat anak kesayangannya itu cuba menyesuaikan diri.

Pun begitu apa yang paling menyentuh hati ramai ibu adalah cara Syifa meluahkan rasa cintanya kepada Saif. Walaupun berdepan momen yang menyedihkan dan mencabar emosi, beliau tetap menegaskan bahawa anak sulungnya akan sentiasa menjadi cinta hati pertamanya.

“Abang tetap cinta hati pertama ibu, my manja boy,” tulisnya ringkas.

 

 

View on Threads

 

Terdahulu Syifa Melvin selamat melahirkan anak keduanya pada tarikh begitu cantik, 26 Januari 2026. Syifa dan Safawi yang mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 November 2022 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Saif Sulaiman 3 tahun dan seorang bayi perempuan.

 

 

Published by
SRM