Tiga tahun menanti anak, Mohamad Eidrees hadir bawa bahagia dalam hidup Anzalna Nasir dan suaminya Muhamad Hanif. Sikap penyayang dan lemah-lembut dalam diri Anzalna ternyata menampakkan jiwa keibuan buat permata hatinya.

Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil, Eidrees Lahir Rambut Kerinting

Dalam 20 orang mama yang dipilih sebagai Penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms yang diinspirasikan bersama Cetaphil, Anzalna Nasir terpilih kerana ada kisah menarik  perjalanannya sebagai ibu.

Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil, Eidrees Lahir Rambut Kerinting

Tanyalah mana-mana ibu pun, siapa yang tak sayang anak kan? Tapi bagi Anzalna anugerah yang dikurniakan ini satu amanah besar buat kami suami isteri. Sebab itu, Anzalna sanggup lepaskan kerjaya yang berada di kemuncak.

Sanggup tinggalkan karier demi Eidrees 

Ketika Anzalna sedang mencipta nama, dapat pula Eidrees yang kini dah berusia dua tahun, tawaran kerja ditolak secara baik. Anzalna percaya walaupun komitmen pada kerjaya tak seperti dulu tapi setakat hari ini rezeki kami sekeluarga sentiasa ada.

Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil, Eidrees Lahir Rambut Kerinting

“Biarlah orang kata rugi pun, tapi saya nak besarkan Eidrees sendiri dengan kedua tangan ini. Saya lebih suka buat semuanya sendiri dan tiap masa nak meluangkan masa dengan Eidrees.

“Anzalna dah niat biar Eidrees bangga dengan mommynya dan momen ini hanya sekali saja dalam hidup anak,” katanya.

Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil, Eidrees Lahir Rambut Kerinting

IKLAN

“Bab anak saya lebih cepat panik”

Akui Anzalna lagi, sejak ada anak, antaranya dan Hanif, dia lebih cepat panik jika berlaku apa-apa pada Eidrees. Memang saya cepat gabra. Contohnya peristiwa yang saya ingat sampai sekarang ketika saya dapati buah ceri di atas kek perhiasan dalam rumah hilang.

“Pada waktu itu juga saya dapati mulut Eidrees sedang mengunyah sesuatu. Bila saya tengok dalam mulutnya dah tiada dan waktu itu risau sangat-sangat. Sehinggalah Hanif terjumpa buah ceri hiasan itu bawah meja barulah rasa lega. Kalau betul Eidrees telan tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan saya,” kongsinya.

Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil, Eidrees Lahir Rambut Kerinting

Suka buat rambut kerinting masa hamil

Bukan itu saja, bercerita mengenai pengalaman mengandung, Anzalna ada satu keinginan ketika hamilkan Eidrees iaitu suka sangat buat rambut kerinting.

IKLAN

Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil, Eidrees Lahir Rambut Kerinting

Tambah Anzalna, keinginan buat rambut kerinting macam Beyonce ini memang tak boleh nak tahan-tahan. Siap suruh make up artist lagi buatkan. Sebelum ini pun pernah juga buat rambut kerinting tapi biasa-biasa je.

“Cuma masa mengandungkan Eidrees saya suka sangat-sangat buat rambut kerinting yang kecil-kecil tu sehinggalah apabila Eidrees keluar rambutnya juga kerinting sampailah sekarang. Bezanya rambut Eidrees kerintingnya besar sikit, ” ujarnya.

Inginkan dua cahaya mata

Semasa di tanya soalan oleh Hos Pa&Ma Gala Moms, Dr Say mengenai perancangan Anzalna nak memiliki berapa orang anak, dia menjelaskan mungkin dua orang.

“Ini adalah perancangan. Jika Allah nak bagi lebih saya ok saja. Sebab saya pun dilahirkan dalam keluarga yang besar. Malah saya juga selesa menguruskan anak dan rumah tangga sendiri.

IKLAN

Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil, Eidrees Lahir Rambut Kerinting

“Memang tak ada pembantu rumah pun sebab saya lebih suka buat sendiri. Rasa puas hati dan selesa tanpa orang luar. Jika terpaksa tinggalkan Eidrees atas komitmen kerja, mamalah orang kepercayaan saya untuk tengokkan Eidrees selain ahli keluarga yang lain,” akhiri Anzalna.

Nak tengok perkongsian penuh Anzalna di Pa&Ma Gala Moms, saksikan video ini.

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.

Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Tabiat Anzalna Buat Rambut Macam Beyonce Masa Hamil, Eidrees Lahir Rambut Kerinting

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI