Masalah ketumbuhan pada rahim seperti cyst atau fibroid sering kita dengari dalam kalangan wanita. Bahkan menurut doktor, ia ada pada setiap wanita cuma aktif atau tidak. Menurut sebuah perkongsian dari pemilik akaun Facebook Eyza Zakiey, dia menceritakan tentang masalah cyst yang dia alami.

Kata Eyza, dia tidak pernah mengalami senggugut teruk ketika datang haid. Kitaran haidnya juga teratur cantik. Juga pernah menjalani imbasan, tetapi cyst tidak kelihatan. Sehinggalah minggu lepas, wanita ini terasa sakit badan seperti dimasuki angin. Dia juga hampir pitam. Untuk mengatasi masalah itu, Eyza mengupah tukang urut. Ketika diurut, dia diberitahu seperti ada ketulan pada bahagian rahimnya. Tidak berani untuk meneruskan sesi bertungku, tukang urut tersebut menasihatkan Eyza untuk berjumpa pakar.

Baca Artikel Ini: [Baru Lepas Demam, Demam Lagi. Makanan Ini Mungkin Puncanya Antibodi Anak Lemah]

Ketika menjalani imbasan, di dapati terdapat dua ketul ketumbuhan. Minggu lepas ketika diimbas, saiznya 5.7sm dan 2.8sm. Ia membesar dengan cepat kerana minggu ini didapati saiznya meningkat kepada 9.7sm dan 5.7sm.  Pakar mengarahkan agar Eyza menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut kerana saiz yang besar dan turut berambut.

Ikuti cerita Eyza:

Ramai sgt wasap masuk,pm masuk tnya kenapa kak eyza admit??kenapa kak eyza oprte??smpai xtrbalas wasap..

ok ni la hampa sejenis cyst besaq kan??
kak eyza xpenah rasa sakit pun sblum ni 
period mai mcm biasa xpenah sengugut
penah scan bulan 12..2018 tp xda lagi benda alah ni.xtau kot xnmpk lagi ka mcm mna kan..

IKLAN

tpi mnggu lepas kak eyza rasa mcm sakit badan ingat angin,smpai nk pitam..amik tukang urut..akak tu urut dia kata ada ketui teruih suh kak eyza scan..dia xbrani nk tungku..

mlm tu jgk kak eyza scan..betui ada ketui(dua pulak tu)
mnggu lepas scan 5.7cm dan 2.8cm
mnggu ni mendadak naik 9.7cm dan 5.7cm

Tabiat Suka Makan Fast Food, Wanita Ini Terpaksa Dibedah Keluarkan Dua Ketul Cyst

akhirnya jumpa pakar kmc..teruih kena oprte
secepat mungkin..sb cyst yg besaq tu mcm ada sesuatu siap ada rambut..

IKLAN

doc bgitau benda ni ada dekat smua perempuan cuma active dengan dak ja
salah satu punca sb kak eyza suka sgt makan fast food,mcd kfc,seafood,soya..makan dlm tin..

besaq tau oprte mcm beranak malah..kali ni lagi teruk dari beranak sakit tuhan ja yg tau…
harini pun kak eyza dok sakit sakit bangun ja nk pitam..dengan angin serang dlm perut??sakit…

dan skng kak eyza tengah berpantang mcm org beranak…
doakn kak eyza mana tau lepas buang ni
boleh pregnant lagi..

Tabiat Suka Makan Fast Food, Wanita Ini Terpaksa Dibedah Keluarkan Dua Ketul Cyst

IKLAN

 

Allah sebaik2 perancang..
doakan kak eyza cepat sembuh..

ingat jgn mkn ayam byk sgt sb ayam cucuk,jgn mkn fastfood sgt…tauhu pun cpt activekan dia…soya pun jgn…

bole share dgn kak eyza x apa lagi kena pantang?

Seperti yang dinasihatkan pakar, pengambilan makanan proses atau makanan segera tidak digalakkan. Ia memudahkan kerja memasak tetapi memberi impak kepada kesihatan kita. Sebaiknya jika anda mengalami masalah senggugut teruk mahupun kitaran haid tidak teratur, sebaiknya rujuklah masalah kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Eyza Zakiey

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI