Tadika Al Kauthar Eduqids (AKE) yang sudah beroperasi sejak tahun 2013 dan terkenal sebagai tadika berkonsep Islamik. Menawarkan pendidikan pra sekolah untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun termasuk program hafazan al-Quran, program Montessori, toddler school play untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun, kelas Bahasa Mandarin dan juga pembelajaran KAFA.

Tadika ini juga telah menerima pengiktirafan sebagai sebuah Jenama Pilihan Pa&Ma untuk kategori “Tadika Islamik Pilihan” sempena ulang tahun ke-19 majalah tersebut bulan Oktober ini. Menurut pengasas AKE, Encik Bakhtiar dan isterinya Puan Nor Fadilah Alias selepas enam tahun menjalankan perniagaan pendidikan awal kanak-kanak mereka berasa bangga dan berpuas hati melihat pencapaian anak-anak didikannya.

Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak-Kanak Normal
Menerima plak pengiktirafan “Tadika Islamik Pilihan Pa&Ma”

Nor Fadilah sendiri merupakan seorang guru tadika yang berpengalaman hampir 12 tahun. “Saya memilih untuk menggunakan pendekatan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan digabungkan dengan method montessori dan tambahan Islamik. Ia bagus kerana pendidikan hari ini agak sukar untuk anak-anak. Walau dimansuhkan peperiksaan sekali pun namun modulnya susah. Jadi bagusnya belajar di sini, kami tekankan dari segi akademik dan sahsiah diri serta sudut islamik. Jadi bila mereka masuk darjah satu, mereka telah dipersiapkan.”

Lebih istimewanya AKE berbanding pilihan tadika lain kerana di sini mereka turut menerima anak-anak autisme, speech delay, dyslexia, ADHD belajar Bersama-sama kanak-kanak normal lain.

Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak-Kanak Normal

Bagaimanapun cabarannya berbeza daripada mendidik anak-anak normal. Menurut Nor Fadilah, di AKE HQ terdapat lebih 10 orang anak-anak istimewa belajar bersama kanak-kanak normal.

IKLAN

“Dalam kajian saya kalau anak-anak ini dicampurkan bersama anak-anak normal kesan auranya itu 90% boleh nampak perubahan yang positif,” beliau berkongsi pengalaman.

“Antara yang saya amalkan adalah setiap hari wajib menghafal bersama anak-anak di AKE dengan surah al Rahman, al Kahfi dan Yassin. Ini bermakna selain menghafal juz Amma iaitu kumpulan surah-surah pendek, anak-anak di sini akan ditambah dengan 3 surah itu untuk dihafal.

Begitulah setiap hari akan solat Dhuha bersama anakk-anak di AKE dan membaca ayat-ayat hafazan sebelum memulakan pembelajaran seperti biasa. Semua ini diterapkan bermula seawal 3 tahun anak-anak di AKE. Anak saya juga ditempatkan di AKE semenjak bayi dan kini telah pun berusia 5 tahun, alhamdulillah saya nampak progres perubahan anak saya begitu cepat.”

Pada majlis yang sama juga, pihak AKE turut mengumumkan NOU yang dijalankan bersama Kolej Vokasional ERT Setapak dan Tadika Al Kauthar Eduqids. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk memupuk hubungan rapat di antara kedua pihak dalam pelbagai perspektif terutama dalam bidang kemahiran pendidikan. Kerjasama yang erat ini diharapkan dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

IKLAN

Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak-Kanak Normal

Pengharapan mereka pada perniagaan yang dijalankan untuk kekalkan nama baik brand AKE, dan sekali gus memperkenalkan kepada orang ramai tentang AKE secara lebih menyeluruh. Dijangkakan dalam masa 3 tahun akan datang, cawangan AKE akan terus berkembang  menjadi 50 cawangan di seluruh Malaysia.

Tadika Al Kauthar Terima Anak Istimewa Belajar Bersama Kanak-Kanak Normal

Dalam acara hi-tea tersebut turut diadakan majlis anugerah pengiktirafan kepada tenaga pengajar di bawah naungannya. Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah Guru Terbaik, Anugerah Kreatif, Anugerah Dedikasi dan Kerja Keras, Anugerah Khidmat Paling Lama. Selain itu, turut mengumumkan perlatikan Tuan Haji Muhammad Shukri Hj Nor Mokles sebagai penasihat Tadika Al Kauthar Eduqids. Antara kecemerlangan beliau dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ialah pernah dilantik sebagai fasilitator dan pelatih di PERMATA NEGARA serta Pakar Industri Negara yang diperakui oleh Jabatan Pembanggunan Kementerian Sumber Manusia.

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI