Susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengenai pengoperasian tadika swasta, tiada paksaan untuk ibu bapa menghantar anak ke tadika jika bimbangkan tahap kesihatan anak.

Menurut beliau, berkaitan dengan kerungsingan ibu bapa, kita serahkan kepada keputusan ibu bapa dalam konteks tadika tersebut sama ada mereka ingin menghantar anak mereka berdasarkan pertimbangan berkaitan dengan kesihatan dan sebagainya.

“Keputusan untuk menghantar anak ke tadika terserah kepada ibu bapa,” katanya dalam pengumuman khas hari ini.

Tambah Dr Radzi, tadika swasta di negeri PKP dibenarkan dibuka mengikut konteks keperluan dan mengikut keputusan ibu bapa.

IKLAN

“PKP yang dilaksanakan kali ini berbeza dengan PKP pada bulan Mac yang membolehkan tadika dibuka.

“PKP kali ini kita buka sektor-sektor ekonomi tertentu, oleh yang demikian, untuk membolehkan ibu bapa yang bekerja menghantar anak-anak mereka ke sekolah, maka kita benarkan supaya tadika-tadika di kawasan PKP untuk turut dibuka,” katanya.

Justeru itu, dalam konteks keperluan, tadika swasta dibenarkan dibuka,” katanya.

Kredit: Bernama

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)