Kalau di rumah dia lah paling juara bercakap. Malah menyanyi tak berhenti. Lain pula kisahnya jika di tadika. Apa sebab anak jadi macam ni?

Pemalu dan tidak dibiasakan bergaul antara punca anak jadi pendiam ketika di sekolah. Apa mak ayah nak buat? Ini yang dikongsikan oleh Terapi Pertuturan/Bahasa, Pn Ruby Atika.


Kat tadika tak bercakap. Atau kalau cakap pun, suara jadi perlaaaahan sangat sampai tak dengar suara dia. Tapi kat rumah, dia menyanyi punya la kuat. Bercakap elok lancar saja. Ok, macam mana nak buat?

Disebabkan dia boleh cakap lancar di rumah, ibubapa boleh bersembang dgn anak, dari hati ke hati. Nak sembang apa?
– cakap pasal cikgu-cikgu di tadika dia. Nama cikgu, siapa yg baik, siapa yg garang.
– cakap pasal kawan-kawan. Nama kawan, siapa kawan yg bising, siapa yg selalu kena marah.
– Ada kawan yg selalu gaduh, gaduh pasal apa.
– Belajar kat tadika tu best tak? Kalau tak best, apa yg tak best?

“Tadika Tak Bercakap, Dekat Rumah Menyanyi Punya La Kuat” Praktikkan Cara Ni, Baru Anak Ramah!

Boleh tanya macam-macam, sebab budak tadika yg umur 4 tahun ke atas, dia dah boleh bercerita guna ayat panjang, dah boleh jawab soalan yg kita tanya.

Jadi biar dia buat luahan perasaan. Jangan bidas apa dia cakap. Iyakan saja. Jadi pendengar yg baik. Perhatikan kalau ada kejadian yg menyebabkan dia rasa takut di tadika tu.

IKLAN

Contohnya dia pernah kena rotan atau kena denda atau kawan yg selalu ambil barang dia atau asyik ejek dia.
Dengan budak yg tiba2 senyap di tadika ni, dia jenis hati sensitif. Jadi cepat trauma dgn kejadian tertentu dan dia hilang keyakinan diri.

“Tadika Tak Bercakap, Dekat Rumah Menyanyi Punya La Kuat” Praktikkan Cara Ni, Baru Anak Ramah!

Jadi nak tingkatkan semula keyakinan diri tu, perlukan sokongan moral daripada ibubapa. Jika perlu pindah tadika, pindah. Sebab kita taknak dia melarat sampai ke sekolah rendah. Jika perlu slow talk dgn cikgu tadika, pergi slow talk.

Pastu beri peluang anak untuk berinteraksi di luar rumah. Contohnya pergi kedai, bercakap dgn dia dalam kedai tu.
Bagi dia pilih nak beli apa. Atau nak beli apa untuk adik? Jadi dengar kalau dia berani tak bercakap dalam kedai? Atau langsung jadi suara perlahan balik?

“Tadika Tak Bercakap, Dekat Rumah Menyanyi Punya La Kuat” Praktikkan Cara Ni, Baru Anak Ramah!

IKLAN

Bawa anak ke taman mainan. Perhatikan kalau anak jenis nak berkepit dengan ibu saja. Atau dia boleh ja lari sana sini naik gelongsor main buai sendiri.

Bawa anak ke surau. Jadi dia biasa dengan suasana ramai orang. Kadang tu di surau juga ada budak lain yang datang sama.

Bawa anak ke pasar. Cakap pasal ikan, pasal buah, pasal sayur. Dengar jika anak boleh respon tak, atau dia jadi diammm aja. Bagi dia duit, dan hulur duit kat penjual.

“Tadika Tak Bercakap, Dekat Rumah Menyanyi Punya La Kuat” Praktikkan Cara Ni, Baru Anak Ramah!

IKLAN

Ajak 2-3 orang anak jiran datang rumah. Buat la makan-makan sikit. Bagi dorang main sama-sama, tengok tv sama-sama. Lepas sejam, bagi balik. Buat la seminggu sekali. Kalau budak tu dari tadika yg sama, lagi bagus. Sebab boleh tanya pula kat budak tu, pasal tadika dia.

Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

“Tadika Tak Bercakap, Dekat Rumah Menyanyi Punya La Kuat” Praktikkan Cara Ni, Baru Anak Ramah!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI