Pasti ramai mama dan papa yang sedang mencari tadika hebat untuk anak mereka pada musim persekolahan awal tahun hadapan. Sebagai ibu bapa, tadika jenis bagaimanakah yang menjadi idaman anda semua? Pastinya semua ibu bapa menginginkan tadika yang mampu memberikan satu ilmu berguna buat anak kecil kita. Soalnya bagaimana?
Naib Pengerusi Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), Hajah Zaharah Awang yang juga lebih dikenali sebagai Ibu Zaharah berkongsi tip dan panduan berguna sebagai panduan buat ibu ayah dalam membuat pilihan yang terbaik buat anak-anak mereka. Pastikan kesemua ini ada di sekolah tadika pilihan anak anda.
Kriteria Tadika Hebat
Perkara asasnya adalah ibu bapa haruslah berusaha mencari satu tadika yang mampu memberikan kebaikan buat anak di usia ini. Antara kriteria yang ibu bapa harus tahu adalah beberapa perkara ini.
Raikan Anak
Berusaha mencari sebuah tadika yang mampu meraikan masa berharga kanak-kanak. Ini dapat dilihat dengan kegembiraan mereka untuk belajar, meraikan masa indah mereka dengan bermain dan paling utama mampu memupuk minat mereka untuk belajar
Silibus Yang Tepat
Ads
Bijak mencari sebuah tadika dengan silibus yang tepat kepada pendidikan awal kanak-kanak. Pastikan tadika berkenaan banyak membuat aktiviti luar dan berbentuk fikizal, melibatkan aktiviti ‘hand on’ dan melibatkan penglibatan secara total anak-anak dalam pelbagai aktiviti. Di sinilah mereka dapat berfikir, merasai setiap pengalaman dan dapat bermain dengan gembira. Inilah ciri-ciri program sekolah yang hebat.
Persekitaran yang Konduksif
Pastikan ibu bapa mencari sebuah tadika yang konduksif dan selesa buat anak-anak mereka untuk belajar dan menimba ilmu. Tadika yang luas dan membolehkan pergerakan tanpa terbatas kanak-kanak untuk bermain adalah ciri tadika yang baik. Tidak perlu sarat dengan perabot kerana kanak-kanak inginkan kebebasan untuk bergerak.
Tip Untuk Ibu Bapa
Ads
Ketika mencari sebuah tadika yang tepat dan berkualiti, ada beberapa perkara yang seharusnya ibu bapa lakukan. Empat perkara ini antara perkara utama yang wajib dilakukan.
Aspek Kebersihan – Periksa seluruh kawasan samada bersih dan terjaga. Pijak lantainya dan cari bau yang tidak menyenangkan.
Profil Guru – Tanya profil guru dan tenaga pengajar. Adakah mereka berpengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak serta pengalaman yang cukup untuk mengajar.
Berdaftar – Pastikan tadika mempunyai permit untuk mengajar dan berdaftar di bawah pihak berwajib.
Aspek Keselamatan – Pastikan seluruh kawasan selamat, lengkap berpagar, mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) serta lengkap pencegahan alat kebakaran. Malah pastikan ruang belajar tidak ada sebarang halangan atau bucu-bucu tajam yang membahayakan anak untuk bebas bergerak dan bermain.
Ibu bapa perlu lebih cerewet dan jangan pedulikan apa orang lain kata ketika memilih sebuah tadika yang baik untuk anak-anak kecil anda. Andalah yang bertanggungjawab memberikan memori dan detik indah buat mereka.
Jadi dah tahu nak pilih tadika mana untuk anak kita?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin kerana kesibukan kerja atau rutin harian yang padat, kita menganggap anak-anak akan memahami situasi kita. Tapi hakikatnya, cara berkomunikasi dengan anak perlulah berkesan dan seharusnya kasih sayang sentiasa diingatkan dan diekspresikan.
Berikut adalah antara beberapa ucapan yang boleh kita ucapkan kepada anak-anak, tak kiralah yang masih kecil ataupun yang meningkat usia remaja. Mudah-mudahan, ia memberi kesan luar biasa serta sentuhan magik kepada emosi dan rohani anak-anak kita.
Jangan biarkan satu hari pun berlalu tanpa memberitahu anak-anak bahawa kita menyayangi mereka. Anak-anak akan berasa selamat apabila diingatkan bahawa kita sentiasa mencintai mereka.
Dalam hari-hari yang sukar, anak-anak mungkin akan buat ‘perangai’ atau tidak berkelakuan baik seperti apa yang kita harapkan. Sungguhpun begitu, penting untuk anda jelaskan kepada mereka bahawa semua perkara ini tidak akan sesekali melunturkan kasih sayang anda terhadap mereka.
Tak kiralah apa jua aktiviti yang anda lakukan hari ini, cuba beritahu anak bahawa anda sangat gembira berada di samping mereka.
Tidak dapat dinafikan, seorang anak sememangnya sumber keceriaan dan kegembiraan dalam sebuah keluarga. Malah, anak juga adalah sumber rezeki dan anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Jadi, jangan malu-malu meluahkan kepada anak betapa berharganya mereka buat anda.
Tak perlu tunggu anak-anak naik pentas, terima anugerah di sekolah, atau menang pertandingan untuk mengucapkan ayat ini kepada mereka.
Sebaliknya, fahamilah bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang diciptakan oleh Allah. Oleh itu, beri perhatian kepada perkara-perkara ‘simple’ yang dilakukan oleh anak setiap hari dan ekspresikan penghargaan anda kepada mereka.
Setiap orang tentunya berasa gembira apabila mengetahui mereka dapat membuat seseorang gembira – terutamanya anak anda.
Jadi, ambil kesempatan ini untuk mengingatkan mereka tentang perbuatan mereka, karakter, kelakuan baik, idea bernas, atau apa-apa saja yang positif.
Salah satu perkara mustahak yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak adalah apabila mereka tahu ibu bapa sentiasa menyokong mereka. Dengan kata-kata ini, anak akan berasa lebih konfiden, berani mencuba, dan tidak mudah berputus asa untuk menghadapi cabaran.
Selain itu, ia juga membuka lebih banyak peluang kepada anak untuk meneroka serta meningkatkan usaha dalam melakukan apa saja yang mereka minati.
CARA BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK AMAT PENTING
Mudah, bukan? Walaupun 5 ucapan ini begitu ‘simple’, tetapi percayalah cara berkomunikasi dengan anak ini mampu memberi kesan luar biasa kepada masa depan mereka.
Jadi, pastikan anak-anak anda tahu betapa mereka disayangi dan dicintai agar mereka dapat membesar sebagai seorang anak yang positif, berkeyakinan tinggi, dan memiliki perasaan belas kasihan terhadap sesama insan.
Tak payah tunggu mereka besar, mulalah melakukannya hari ini juga!
Sumber: zuriat.my
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa disangka si kecil pergi dulu, belum sempat membesarkannya seperti adik beradiknya yang lain. Hanya dengan simptom demam, tidak disangka-sangka ada kuman yang sedang menyerang otak si kecil.
Perkongsian ibu ini mengundang titisan air mata sesiapa yang membacanya. Bagaimana seorang ibu terpaksa berhadapan dengan berita yang mengejutkan apabila anak yang demam rupanya mengalami sesuatu yang lebih serius dan membahayakan.
Sedikit coretan tentang anak syurga kami Pada 16 Februari 2019 jam 11.45 pg, lahirlah seorg putera yg diberi nama Muhammad Raid Huzair..selama tempoh mengandung mama langsung tak ada sebarang masalah dan alahan. Sehinggalah melahirkan..
Mama cuma sakit sekejap je. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mama untuk lahirkan Raid. Raid sangat senang dijaga selama tempoh berpantang, Raid langsung tak susahkan mama sbb Raid tahu mama berpantang sendiri..terima kasih sayang.
KAMU MURAH DENGAN SENYUMAN
Raid murah dgn senyuman,wlupon baru sebulan Raid dah pndai senyum2 bila di agah..masuk bulan kedua Raid dah pandai nak berborak. Rajin borak-borak dengan mama baba, abang long dan kak ngah.
RINDUNYA MAMA PADA AWAK SAYANG…
Rindunya mama pd awak sygbulan ke-3 bila masuk bulan puasa, Raid masih tak susahkan mama. Mama masih sempat masak untuk berbuka dan sahur dengan tenang sebab awak tak meragam. Mama bersyukur sebab ada abang long n kakngah yang bantu mama jaga Raid..
Mama excited nak sambut raya dengan Raid , mama cari baju melayu Raid sampai jumpa. Comel Raid bila pakai baju melayuMama baba belikn byk baju raya untuk Raid. Alhamdulillah semua baju-baju raya Raid sempat pakai.
Raya tahun ni mama baba tak berjalan sangat sebab mama baba tak dpt cuti lama. Tapi banyak kenangan bersama Raid sehinggalah Raid demam. Semuanya berlaku dengan begitu cepat..
20 JUN 2019 Mama dah start cuti sebab kononnya nak kemas-kemas rumah untuk kenduri aqiqah Raid pada 22/6. Tapi Raid tetiba demam. So paga khamis tu mama bawa Raid pergi klinik untuk ambil ubat.
Alhamdulillah suhu badan Raid tak adalah tinggi sangat, cuma 36-37° Celcius je. Walaupun demam Raid still boleh senyum dan menyusu mcm biasa. Tapi mama sentiasa monitor suhu badan Raid..
21 JUN 2019 Pagi jumaat tu Raid dah start tak nak menyusu. Mama ingat Raid tak nak nyusu sebab tekak sakit, tapi mama paksa juga Raid minum susu sebab makin lama Raid makin lemah sebab langsung tak menyusu..mama baba risau tgok keadaan Raid dan terus bawa Raid ke hospital.
Masa dekat hospital tu ambil masa lama juga utk jumpa doktor sebab ramai.Raid makin lemah dan sentiasa merengek. Sampailah doktor pggil n check Raid.Tapi doktor ckp Raid tak ada apa-apa.mama ckp dgn baba,keadaan Raid yg lemah cmni doktor still kata Raid ok???at least masuk la air ke tuk bg tenaga pd Raid..tp xmama baba xsedap hati,terus ke klinik lain pulak..smpai di klinik doktor terus bg surat untuk refer hospital sbb dia tgok Raid dah lemah kami terus bawa Raid ke hospital
Saat sampai di emergency..Raid terus dibawa ke zon merahAllahuakbar..anak mama dikerumun doktor-doktor..berlari2 doktor untuk slmtkn Raid. Masa tu mama dah nangis2 bila doktor kata Raid kritikal. Mama baba biarkan doktor buat ape pun tuk selamatkan Raid..tp keadaan Raid makin kritikal dan dimasukkan ke PICU.
Raid dah xsedarkan diri,tp mama pk Raid xsedar mybe sbb ubat..mlm tu sampai pukul 2 pg mama kat hspital. Tapi mama tak dibenarkan tunggu n jaga Raid. So mama baba balik rumah tak smpai hati mama nk tingggalkan Raid sorang-sorang,tp doktor suruh balik sbb PICU tak boleh tggu.
22 JUN 2019 Pada tarikh ni sbenarnya mama baba nak buat kenduri aqiqah Raid..disebabkan semuanya dah siap di tempah,jemputan pon dah dijemput..kami teruskan juga kenduri tu tanpa Raid di rumah.mama baba buat kenduri tuk raikan awak Raidtp awak tengah melawan sakit dihospital,Allahuakbar.
Pagi tu mama baba pergi melawat Raid dulu, sedihnya mama bila tgok awak masih belum sedar..penuh wayar kat bdn Raid.Raid bergntung sepnuhnya pada mesin.mama xdpt lama sbb kenduri start pukul 12..Alhamdulillah ramai yg dtg,rezeki awak Raid..kami buat solat hajat tuk mohon pd Allah supaya Raid diberi kesembuhan..mama sambut tetamu dgn linangan air matasbb terkenangkan Raid kat hspital..
Alhamdulillah selesai majlis,trm kasih pd semua yg membantu tuk lancarkan majlis aqiqah Raid..mama baba mmg xbuat ape2 sbb hati n fikiran kami hny terfikirkan Raid dkt hospital..mujur ada adik beradik saudara mara yg byk mmbantu..semoga Tuhan membalas kebaikan kalian semua slps selesai saje knduri mama baba terus ke hspital jenguk Raid dgn harapan Raid dah sedar..luluh hati mama bila tgok Raid masih belum sedar..mama baba terus berdoa agar Allah angkat segala kesakitan yg ditggung Raid dan diberi kesembuhan.
23 JUN 2019 Pagi-pagi lg mama baba dah ke hspital tuk lawat Raid.doktor bgtau hasil dr ct scan xde menunjukkan sbrg ptunjuk tuk doktor diagnost ape punca Raid jd mcm tu..tp doktor ada ambil darah dan hasil dr keputusan ada kuman dlm darah.dktor nak buat ujian MRI sbb takut kuman dah smpai ke otak..kesiannya awak Raid.tp MRI xdpt buat pd haritu sbb xde slot kosong..Raid still xsedar,dan makin lama makin xde respon dr Raid..
24 JUN 2019 doktor ambil keputusan tuk buat sekali lg ct scan..tp kali ni ct brains tuk tgok keadaan otak Raid.hasil dr ct brains mmg tunjukkan otak Raid dah mbgkak.tp doktor still nk teruskan MRI tuk dptkan keputusan yg lg tepat..hari ke-5 awak xsedarkan diri,tp mama tgok muka awak tenang je,mcm org tidur..bukan mcm org sakit..hari2 mama berdoa agar ade keajaiban tuk Raid.
Mama rindu nk tgok Raid senyummama rindu nk susukan Raid..hari2 mama pam susu utk bg dekat awakAlhamdulillah byk susu mama.bila doktor bgtau awak dah boleh minum susu mama ,mama gembira sgt wlupon awak hny boleh minum mggunakan tiub.sbb awak masih xsedar.
25 JUN 2019 Ujian MRI dijalankan..tp utk buat MRI risikonya tggi sbb Raid bergntung penuh dgn mesin.doktor bgtau risiko utk proses transportation sbb bilik MRI jauh dr PICU..kemungkinan utk wayar2 tercabut boleh berlaku dan akan menyebabkan Raid collapses..tp demi utk kebaikan dan kesembuhan Raid mama baba terpaksa akur dan benarkan awak buat ujian MRI.Alhamdulillah,proses MRI dipermudahkan..
tp result nya xboleh dpt pd hari yg sama.mama berharap xde ape yg serius..setiap kali waktu melawat mama sentiasa disisi Raid..borak2 dgn Raid,sbb mama tahu Raid dgr ape yg mama ckp knkadang2 air mata Raid meleleh..mama tahu Raid kuat tuk lawan sakit,mama tahu Raid nk buka mata n borak2 dgn mama baba..tp Raid xmampu..mama xkuat syg tgok keadaan Raid.
26 JUN 2019 Pg2 doktor call suruh mama baba dtg hospital sbb doktor nk terang kan pasal result MRI.berdebar2 mama baba nk dgr penerangan doktor..doktor bgtau result MRI tunjukkan yg kuman mmg dah smpai ke otak dan otak Raid dah membgkak..doktor bgtau,Raid dah xmampu tuk lawan sakit..tuan puan kena redha yg Raid boleh pergi bila2 masa sahajaberjurai2 air mata mama syg.takut akan kehilangan kamu..tp mama xputus asa,mama terus n terus berdoa agar ada keajaiban tuk Raid.
27 JUN 2019 pg ni bila mama baba lawat Raid ,mama sedih lihat Raid sbb sblm ni Raid mcm org yg tengah tidur..xnmpk muka sakit..tp harini mama tgok muka dan badan Raid dah mula membgkak sbb badan Raid dah xmmpu nak hadam segala ubat yg diberi..Allahuakbar,kesiannya awak syg.mama tahu awak kuat tuk lawan sakit tp awak xmampu..pd harini mama di beri peluang utk bg susu pd Raid gunakan tiub,mama bersihkan bila Raid popo..dan mama dpt mandikan Raid..hilang rindu nk mandikan Raid..
Terima kasih pd nurse yg baik hati bg peluang pd mama tuk buat semua tu..hari2 mama bacakan yasin disisi Raid dan berdoa Raid diberi kesembuhan..mama borak2 dgn Raid..tak sggup mama tengok Raid mcm tu..mungkin ini ujian dr Allah utk mama baba di atas segala dosa2 kami..kami redha ya Allah..
mama bisik pada Raid..Raid syg,klu Raid xmampu nk lawan sakit xpela,mama redha.mama halalkan semua susu mama pada Raidberehat la syg..mama xsggup lihat awak sakit mcm ni..meleleh air mata Raid,mgkin Raid dgr ape yg mama ckp kan..
28 JUN 2019 pd pukul 5.30 pg hospital call suruh mama baba dtg hspital sbb keadaan Raid dah kritikal dan makin lemah..menggigil badan bila dpt pggilan dr hspitalkami terus ke hspital..smpai hspital kami bacakan yasin tuk Raid..borak dgn Raid..sekali lg mama bisik pd Raid,berehat la syg..mama halalkan semua susu mama tuk Raid..tepat jam 7.24pg jumaat yg mulia doktor sahkan Raid dah pergi utk selamanya..Allahuakbar,betapa sedihnya mama waktu tu syg..
Alhamdulillah Tuhan permudahkan sgt setiap urusan Raid pg tu.mama baba dpt mandikan jenazah Raid masa kat hospital..wanginya anak mama..putih berseri Raid masa tu..bersinar2 muka comel Raid..setelah selesai mandikan Raid kami bw Raid balik rumah sblm dikebumikan.
abglong dan kakngah terkejut bila mama bawa blik Raid dlm keadaan cmtu..sbb mama janji dgn diaorg mama akan bw balik Raid.mama tunaikan janji mama pd abglong ngn kakngah,tp mama minta maaf syg,mama xbw adik dalam keadaan yang sihat,tp dlm keadaan yg terbujur kaku.
Ramai yg dtg ziarah Raid..ramai yg syg Raid..sblm Raid dibawa ke masjid,sekali lg mama mencium Raid buat kali terakhir.sebak,sedih hny Tuhan yg tahu perasaan mama waktu tu..Ramai sgt yg smbhygkan Raid dekat masjid,rezeki anak syurga mama.
Mama baba mmg sengaja xnk bw Raid ke kampung utk dikebumikan..mama baba nk Raid dekat dgn kami,oleh sbb tu kami kebumikan Raid dekat tnah perkuburan bersebelahan dgn taman rumah kami.supaya sng kami nk ziarah Raid..Alhamdulillah semua urusan utk Raid amat2 dipermudahkan..
Mama baba redha atas pemergian awak Raid.mama yakin awak bahagia disana.bermainlah kamu di Syurga sana wahai anakkutggu mama dan baba ye syg..
Terima kasih Allah kerana bg kami peluang utk mengukir kenangan2 indah bersama anak syurgaku selama 4 bulan 12 hari..
Al-Fatihah untuk anak syurga mama Muhammad Raid Huzair bin Mohd Iqbal #genapsebulanRaidpergi
Sedang ramai antara kita yang mungkin masih rasa selamat dengan keadaan penularan wabak pandemik Covid-19 dengan berada di luar rumah, lepak di kedai makan dan sebagainya, perkongsian yang dibuat oleh seorang pakar perubatan yang merupakan barisan hadapan dalam menanggani pesakit positif Covid-19 ini diharap dapat membuka mata semua.
Seperti semua sedia maklum Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan hari ini namun masih ada segelintir yang mengambil ringan perintah tersebut. Tular hari ini ada yang tidak rasa bersalah makan dan lepak di gerai walhal sudah diberitahu hanya boleh beli dan bungkus sahaja. Ramai juga yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung apabila ramai berasak-asak di Balai Polis semalam untuk mendapatkan borang rentas negeri.
Melalui perkongsian seorang doktor, Faiqah Natasha di Facebook, beliau berkongsikan tekanan yang terpaksa dilalui sewaktu bertindak sebagai benteng berhadapan dengan virus pembawa maut Covid-19. Berada dalam pasukan tersebut memerlukan dia dan rakan yang lain memakai sut khas bagi mengelakkan jangkitan terhadap diri sendiri.
Lebih menyentuh hati apabila dia yang masih memberikan susu ibu kepada anak terpaksa mandi berkali-kali sebelum mengepam susu untuk bekalan anaknya yang masih kecil. Berhadapan dengan saat genting dan mencabar, membuatkan doktor wanita ini menjadi paranoid terkenangkan risiko yang mungkin boleh berlaku.
Perlu sentiasa bersedia dengan kes-kes yang melibatkan virus pembawa maut ini, hinggakan tidak berkesempatan untuk mengeringkan rambutnya yang mungkin panjang. Lantas doktor wanita ini nekad memotong rambutnya sendiri. Hasilnya sudah pastilah kurang menarik yang mana menurutnya seperti ‘Ronald McDonald.
Namun wanita ini mempunyai keluarga yang sangat menyayangi dan mencintainya. Pulang sahaja ke rumah, suami yang mengerti dengan perjuangan isteri tercinta terus memberikan sokongan moral agar isteri tersayang terus kuat dalam menjalankan tugas itu. Malah pujian dari salah seorang anaknya juga membuatkan hati ibu ini terubat.
Semoga barisan hadapan petugas kesihatan yang mengendalikan kes postif Covid-19 ini akan terus diberikan kesihatan dan dilindungi yang Maha Esa. Untuk orang ramai di luar sana, sahutlah saranan kerajaan dengan mematuhi apa yang telah diperintahkan. Semoga dengan kerjasama semua, penularan pandemik Covid-19 ini akan berkurangan dan seterusnya berakhir di Malaysia dan seluruh dunia.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.