
Ibu ayah sentiasa nak buat yang terbaik untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi bila anak itu anak istimewa, yang belum mampu bersuara mempertahankan diri sendiri.
Sebab itulah perkongsian ini penting untuk dibaca dengan hati terbuka, khususnya bagi ibu bapa yang sedang mencari tadika untuk anak istimewa yang benar-benar selamat dari segi emosi dan fizikal.
Sebagaimana perkongsian di facebook, Hana Shahadan yang berkongsi checklist untuk memilih tadika untuk anak istimewa.
Berita tentang seorang anak yang diperlakukan dengan kasar di tadika buatkan ramai daripada kita terdiam lama.
Bukan sebab kita nak tahu siapa salah. Tapi sebab satu soalan besar terus bermain di kepala:
“Kalau anak istimewa pun boleh diperlakukan begitu, bagaimana dengan anak-anak kita yang tak pandai bersuara?”
Anak kecil, lebih-lebih lagi anak autisme, mereka tak tahu mempertahankan diri.
Mereka tak tahu mengadu dengan bahasa yang jelas. Mereka hanya ada kita sebagai pelindung.
Dan dari isu inilah, satu pengajaran besar yang kita tak boleh pandang ringan:
memilih tadika bukan soal dekat, murah atau cantik.
Ia soal keselamatan emosi dan nyawa anak.
Dalam banyak kes, masalah bukan semata-mata individu.
Ia gabungan beberapa perkara:
Anak autisme bukan anak degil.
Mereka berkomunikasi dengan cara berbeza.
Dan bila orang dewasa gagal faham, anak yang tak mampu bersuara itulah yang paling teraniaya.
Di sinilah pentingnya ibu bapa benar-benar menilai sesebuah tadika untuk anak istimewa, bukan hanya berdasarkan reputasi atau testimoni ringkas.
Ini bukan checklist akademik. Ini checklist keselamatan dan kemanusiaan.
Datang awal dan lihat sendiri. Perhatikan nada suara guru dan bahasa badan mereka.
Guru yang sabar tidak meninggikan suara walaupun penat. Guru yang faham anak tidak menggunakan tangan ketika emosi tidak terkawal.
Cara guru melayan anak istimewa adalah cerminan sebenar budaya sesebuah tadika.
Bukan sekadar “ada sijil”.
Tanya dengan spesifik:
Cara mereka menjawab soalan-soalan ini sudah cukup memberi gambaran sama ada mereka benar-benar bersedia mengurus anak istimewa.
Tadika yang baik tidak takut diperhatikan. Tidak defensif bila ditanya. Dan tidak menghalang ibu bapa datang melihat keadaan anak.
Ketelusan adalah tanda paling besar keselamatan, terutamanya dalam tadika untuk anak istimewa.Ini palin menyentuh hati ibu ayah. Bayangkan jika kehadiran ibu ayah dirai oleh pihak tadika tanpa sekatan, tentu akan menyentuh hati apabila dapat melihat anak menjalani pembelajaran dengan selamat dan seronok dalam persekitaran yang kondusif.
Bila seorang guru mengendalikan terlalu ramai murid, tekanan meningkat. Kesabaran menipis. Risiko emosi meletup jadi lebih tinggi.
Ini fakta, bukan tuduhan. Nisbah yang munasabah membantu guru kekal tenang dan fokus pada keperluan setiap anak.
Kadang-kadang tiada bukti yang jelas.
Tapi hati rasa tidak sedap.
Jangan abaikan naluri itu.
Anak mungkin tidak boleh bercakap, tetapi tubuh dan emosi mereka selalu memberi isyarat.
Kita mungkin tidak mampu mengawal semua perkara di luar. Tapi kita boleh memilih tempat yang kita serahkan anak kita setiap hari. Isu ini bukan untuk menakutkan.
Ia untuk menyedarkan. Bahawa pendidikan awal bukan tentang seawal mana anak boleh membaca, tetapi sejauh mana anak dilindungi, difahami dan dihormati sebagai manusia kecil.
Anak-anak ini adalah amanah. Dan amanah tidak boleh diserahkan secara sambil lewa.
Sumber: Hana Shahadan