Tahan Kencing Dari Siang, Bila Doktor Periksa Rupa-Rupanya Ia Bersebab. Ibu Ayah Hati-Hati 5 Cara ‘Grooming’ Ini

Share

Kanak-kanak yang masih kecil dan naif sebenarnya boleh menjadi mangsa. 5 proses grooming ini ibu ayah jangan pandang remeh. Kisah benar yang dikongsikan doktor ini wajar dijadikan pengajaran & peringatan.

Dr Farhanah Ibrahim telah berkongsi pengalamannya mengendalikan kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun 3 bulan yang telah melalui trauma kerana perbuatan tidak seononoh rakan lelaki yang lebih tua di tadika.

Pada awalnya kanak-kanak berkenaan hanya membisu. Dia adalah murid temuda di tadika itu.

Gambar hiasan.

Bila scan, pundi kencing penuh dengan air kencing kerana dari siang kanak-kanak tersebut takut untuk membuang air kecil.

Jawapannya membuatkan si ibu berubah pucat & ayahnya pula terkesima.

Bukan kes pertama, tapi sudah banyak kali dijumpai Dr Farhanah. Pelakunya ada yang bersekolah rendah, menengah dan sekecil kanak-kanak tadika.

IBU AYAH PERLU PERLU TAHU PROSES GROOMING

Apakah itu proses grooming? Grooming ialah proses merangsang kanak-kanak yang akhirnya membawa kepada terjebak kepada perlakuan berkaitan jenayah seksual.

Dr Farhanah telah berkongsi 5 cara yang kanak-kanak telah melalui proses grooming tanpa ibu ayah sedari. Antaranya ialah paparan video perbuatan yang kurang manis menggunakan watak-watak kartun di Youtube.

Gambar hiasan.

Drama yang ke udara di televisyen juga perlu dipantau ibu ayah. Kadang kala ada juga adegan-adegan cium, peluk & ranjang yang terlepas di kaca TV. Cara terbaik ialah tontonlah TV bersama anak.

Buku cerita yang dibaca anak juga perlu dipantau. Ibu ayah disaran agar memeriksa gambar-gambar & memeriksanya kerana bimbang ada storyline dan gambar berbaur negatif.

Ibu ayah juga perlu menjaga perilaku di depan anak-anak. Ini kerana apa yang dilakukan boleh menjadi proses grooming secara tidak langsung.

Ibu ayah perlu berhati-hati dengan apa yang anak-anak baca, lihat, dengar & rasa

Anak kecil belum pandai membaca/ mempelajari sesuatu yang berkaitan perkara tidak manis, jadi ibu bapa perlu memainkan peranan penting melindungi mereka. Lebih baik memainak peranan menjadi rakan yang rapat dengan anak.

Gambar hiasan.

3 TIPS IBU AYAH YANG ADA ANAK LELAKI

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, Dr Farhanah mencadangkan 3 perkara yang perlu diajarkan supaya tidak dilakukan kepada perempuan iaitu agar tidak melihat sembarangan, tidak menyentuh sesuka hati serta tidak berkasar dengan perempuan.

Gambar hiasan.

MUHASABAH BERSAMA

Dr Farhanah berharap perkongsiannya ini menjadi muhasabah bersama. Semoga ibu ayah berhati-hati dengan grooming yang berlaku pada zaman alaf baru. Ia adalah cabaran yang perlu ditempuhi semua ibu ayah.

Sumber: Farhanah Ibrahim

IKLAN