Tak lupa juga Fad turut memberikan ucapan penghargaan buat isteri tercinta yang baru sahaja melahirkan anak keempat mereka.
“Assalammualaikum,salam subuh semua..syukur Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi,tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi,isteri saya selamat melahirkan baby boy. Welcome baby mummy and daddy, IBRAHIM JIBRIEL BIN MOHAMAD FADZLIE..
“Terima kasih semua yang mendoakan kami, thank you so much my love @syaheeraarahman ,I LOVE U SO MUCH.
Menjenguk ke ruangan komen, hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan juga peminat.
Terdahulu sebelum itu, Fad ada memuat naik sekeping gambar dirinya dan isteri yang sudah berada di hospital.
Ads
Dalam entri tersebut, Fad memohon doa supaya dipermudahkan urusan isterinya bersalin. Dia juga memohon orang ramai untuk turut mendoakan isterinya selamat bersalin.
“Ya Allah Kau mudahkan,jangan Kau susahkan,Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan”doakan isteri saya mudah dan selamat bersalin ye semua,” tulisnya.
Fad dan Syahirah telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Mereka telah dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayya serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.
Ads
Tahniah buat Fad dan isteri. Semoga dengan kehadiran Ibrahim Jibriel akan menambahkan lagi kebahagiaan keluarga mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun isu beg sekolah anak yang terlampau berat dengan bebanan buku teks dan sebagainya dianggap selesai selepas Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan fasa pertama inisiatif lokar sekolah untuk murid Tahun Satu dan Dua, namun pemilihan beg ke sekolah masih perlu diambil kira oleh ibu bapa.
Elakkan sama sekali jenis beg sekolah yang beroda kerana ia menyukarkan anak-anak kecil kita. Lebih-lebih lagi jika sekolah memiliki aras berlainan. Amat menyukarkan anak kita.
Biarpun Kementerian Pendidikan (KPM), pada 5 Oktober lalu melancarkan fasa pertama inisiatif lokar sekolah untuk murid Tahun Satu dan Dua, namun ada juga kanak-kanak yang berusia sembilan tahun dan ke atas mempunyai saiz badan yang kecil.
Jadi jangan tersalah memilih beg sekolah untuk anak. Atas keprihatinan bersama, Public Health Malaysia berkongsi panduan untuk ibu bapa membeli beg dan kelengkapan sesuai untuk anak.
Elakkan sama sekali:
❌ Beg yang memiliki aksesori berlebihan bagi mengelakkan beban bertambah.
Jika sekolah mempunyai beberapa aras dan mempunyai permukaan tidak rata, beg beroda kurang sesuai.
❌ Membeli kotak pensel, bekas air, alat tulis dan aksesori yang BESAR dan berat. Jangan terpengaruh dengan jenama dan rekabentuk.
❌ Menggalas beg dengan satu penyandang. Beban tidak seimbang kepada satu bahagian badan boleh akibatkan tulang belakang membengkok.
❌ Penyandang terlalu longgar sehingga beg melondeh ke pinggul.
❌ Beg berhayun apabila berjalan
⚠Pemilihan beg yang salah boleh serta cara menyandang yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.
Pilihlah beg jenis:
* Beg yang memiliki penyandar bahu yang lebar dan berspan.
* Material yang ringan.
* Mempunyai tali pengikat di pinggang dan turut mempunyai span di bahagian belakangnya.
* Pilih beg yang boleh disandang kedua belah bahu anak dan tidak hanya sebelah sahaja.
* Pastikan juga postur tubuh anak tepat ketika membawa beg yang di pilih. Jangan sampai anak membongkok membawanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang dikandung pergi dalam keadaan diri si ibu tak bersedia. Ini jugalah yang berlaku pada ibu muda ini apabila anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia ketika pergi ke hospital untuk dapat rawaatan lanjut.
Bayi tidak bergerak
Pengalaman yang cukup menyedihkan ini dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Adinda.frmll di TikToknya.
Menurut Adinda, sebelum ini dia telah mendapatkan khidmat seorang bidan kerana bayi dalam kandungannya dikatakan tidak bergerak dan langsung tidak memberikan sebarang respon.
Apabila ditanya, bidan terbabit hanya memberitahu bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan baik dan kemungkinan bayi itu ‘malas’ untuk melakukan sebarang pergerakan.
17 jam tahan sakit
Adinda yang tidak sedap hati dengan jawapan bidan kemudian pergi ke pusat perubatan untuk melakukan pemeriksaan. Setelah diperiksa, dia dimaklumkan bahawa bayi dalam kandunganya sebenarnya berada dalam keadaan lemah.
Jururawat suruh aku lahirkan sendiri dan dia kata kalau contraction memang macam tu. Jadi bila anak dah keluar sendiri, baru panggil dia. Sedangkan ketika itu anak dalam kandungan sudah meninggal. Pada pukul 3 pagi, pembukaan dah lengkap. Masa itu aku dah tak ada tenaga dan penat.
Lebih menyedihkan apabila si kecil itu tidak dapat diselamatkan dan pergi menghadap Ilahi. Ketika itu, Adinda sudah tiada tenaga dan melihat situasi itu, jururawat terbabit mula panik. Doktor kemudian cuba mengeluarkan bayi dalam kandungan tersebut.
Masih trauma
Masih trauma melahirkan bayi yang sudah meninggal di dalam kandungan dengan induksi selama 17 jam.
Perkongsian ibu ini mendapat pelbagai respon dan rata-rata daripada mereka bersimpati dengan nasib yang dilalui wanita ini. Moga terus diberi kekuatan serta ketabahan melalui ujian ini. Pasti ada rezeki lebih baik nanti.
Sekarang produk suplemen yang didakwa untuk kesihatan dan kecantikan kulit bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi ada juga untuk golongan bayi. Bukankah kulit bayi sudah sedia mulus dan bersih. Kenapa perlu disogokkan dengan suplemen tambahan?
Gara-gara tularnya promosi hebat syarikat suplemen kunyah dan cerah menggunakan selebriti terkemuka sebagai dutanya, ramai yang mengecam syarikat tersebut yang mendakwa produk kesihatan dan kecantikan mereka sesuai untuk tiga golongan paling ‘fragile’ iaitu bayi, kanak-kanak dan ibu hamil!
Persoalannya memang ramaikah ibu bapa yang percaya dan memberikan anak mereka makan produk suplemen ini? Adakah ia benar-benar selamat pada kesihatan si kecil? Lebih baik sekiranya ibu ayah yang ada anak kecil baca penjelasan yang dikongsi oleh Dr Afiq Rahim di dalam blog beliau.
APAKAH PRODUK KUNYAH & CERAH TELAH MELANGGAR KOD PEMASARAN ANTARABANGSA WHO?
Baru-baru ini gempar, seorang selebriti terkemuka tanah air mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan Kunyah&Cerah (KC) di media sosialnya dengan menyatakan produk tersebut sesuai digunakan oleh bayi, kanak-kanak dan ibu hamil.
Ternyata kenyataan oleh pihak syarikat yang dipromosikan oleh model mereka telah mengundang kecaman daripada orang awam terutama pihak kesihatan.
“Mengapa mahu membebankan organ bayi untuk produk supplemen?”
“Mengapa tidak diberikan sahaja susu ibu kepada bayi?”
“Kulit bayi dah cantik, gebu. Mengapa perlu produk kecantikan?”
Dan pelbagai kecaman lain daripada netizen.
PEMASARAN PRODUK UNTUK BAYI
Kod tersebut adalah International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes yang diambil daripada perbincangan di dalam World Health Assembly (WHA). Kod ini diperkenalkan sebagai langkah untuk memastikan bayi mendapat nutrisi yang selamat dan lengkap melalui penyusuan ibu dan memastikan penggunaan produk gantian susu dengan betul serta melindungi daripada pemasaran yang agresif yang boleh mempengaruhi ibu yang menyusukan bayi mereka.
Ada banyak peraturan dan larangan dinyatakan dalam kod tersebut. Ianya termasuk kepada syarikat jualan, anggota kesihatan, kerajaan tempatan dan semua pihak yang terlibat di dalam memasar dan mengedar produk kesihatan tersebut.
APAKAH PRODUK YANG TERMAKTUB DI BAWAH KOD INI?
Selain itu, semua produk untuk bayi yang menggantikan susu ibu atau sebagai sokongan kepada bayi menyusu atau produk yang boleh menjejaskan penyusuan bayi termaktub di dalam kod ini. Antara produk yang terbabit adalah:
JADI, APAKAH PRODUK K&C TELAH MELANGGAR KOD ANTARABANGSA INI?
Pada pemerhatian saya, promosi pemasaran produk KC bukanlah sebagai alternatif kepada susu ibu.
Produk supplemen mereka adalah disasarkan untuk membantu individu yang mengalami masalah kulit ekzema, kulit kusam dan tidak bermaya, masalah rambut gugur dan masalah alahan.
Bagaimanapun memandangkan produk KC ini adalah makanan yang telah ‘diformulakan’ untuk bayi dan ibu menyusu seperti yang dipromosikan oleh duta mereka dan berisiko menjejaskan penyusuan bayi atau sebagai makanan tambahan buat bayi terutama enam bulan ke bawah maka ianya tetap termaktub di bawah kod antarabangsa ini.
Ini kerana di dalam promosi produk tersebut ada mengatakan dengan jelas bahawa produk mereka sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan ibu menyusu.
Namun kesesuaian untuk bayi yang dipromosikan oleh syarikat adalah tidak jelas.
Adakah sesuai untuk bayi enam bulan ke bawah?
Atau Bayi selepas lahir ?
Atau Bayi antara 6 bulan ke 12 bulan dan seterusnya?
Secara relatifnya adalah ya bahawa pihak syarikat melalui promosi mereka telah melanggar kod yang perkenalkan oleh WHO ini.
KESIMPULAN
Pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan kekeruhan yang berlaku dengan menyatakan bahawa produk mereka selamat kerana daripada sumber tumbuhan serta tidak perlu berdaftar dengan KKM.
Bagaimanapun, keselamatan sesuatu produk bukan diukur dengan banyaknya testimoni berjaya atau tiada laporan negatif daripada pengguna sahaja. Andaian tanpa kajian ke atas manusia tentang keselamatan produk adalah tidak mencukupi.
Kajian saintifik perlu dijalankan bagi memastikan produk ini selamat dimakan oleh bayi, kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusu sebagaimana yang termaktub di dalam kod antarabangsa.
Mungkin pihak syarikat boleh bekerjasama dengan pihak universiti dalam melakukan penyelidikan untuk memastikan ianya benar-benar selamat untuk diambil oleh kumpulan yang dilindungi oleh International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes.
Sementara itu, adalah lebih baik pihak syarikat menangguhkan dahulu penggunaan produk KC ke atas kumpulan yang dilindungi oleh WHO terutama bayi sehingga keselamatan ke atas mereka berjaya disahkan oleh pihak berautoriti.
Sekali lagi ingin saya tekankan, produk terbaik untuk bayi adalah SUSU IBU terutama bagi bayi berumur ENAM bulan ke bawah.
Dapatkan rawatan dan pemeriksaan oleh doktor bertauliah terlebih dahulu sekiranya anda atau bayi anda mengalami masalah kulit/alahan/keguguran rambut sebelum mencuba sebarang produk kesihatan/kecantikan.