top farah

Tiada yang lebih menggembirakan buat pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan selain berita tentang kehamilan pertama isteri atau lebih tepat lagi bunting pelamin. Tahniah diucapkan kepada pelakon Farah Nabilah yang baru berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sudah hamil 19 minggu.

Dalam satu temuramah secara eksklusif dengan sebuah akhbar, Farah yang membuat pemeriksaan dan imbasan jantina bayi dengan doktor, pagi tadi, dijangka bersalin pada akhir Oktober atau awal November depan.

Tahniah Farah Nabilah & Suami. Kongsi Berita Gembira Dah Berbadan Dua. Usia Kandungan Sudah 19 Minggu.

Farah berkata, dia dan suami, Mohamed Amirul Yunus tidak menyangka dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam tempoh singkat.

“Tidak sangka saya bunting pelamin… Alhamdulillah, rezeki datang awal. Soal jantina anak, saya dan suami tidak kisah, asalkan bayi sihat,” katanya yang mendirikan rumah tangga Disember lalu.

Penerima trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu mengaku mengalami alahan pada awal trimester.

“Saya alah santan dan ayam, tetapi sekarang sudah okay,” katanya yang mengaku suami terkejut apabila dikhabarkan dirinya berbadan dua.

IKLAN

Tahniah Farah Nabilah & Suami. Kongsi Berita Gembira Dah Berbadan Dua. Usia Kandungan Sudah 19 Minggu.

Farah berkata, ramai pengikut mengagak dirinya hamil selepas melihat pertambahan berat badannya.

“Dalam kalangan pengikut, peminat dan teman ada yang mula bertanya dan menghantar mesej langsung di Instagram. Tapi, saya jawab sabar, nanti akan diumumkan,” katanya.

Pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Titian Cinta di TV3 itu mula mendapat tahu dirinya hamil, awal Mac lalu.

“Ketika itu, saya mahu ‘terbang’ ke Maldives untuk berbulan madu dengan suami pada 8 Mac lalu.

IKLAN

“Mendapat berita beberapa hari sebelum berangkat, saya jadi risau sama ada boleh ‘terbang’ atau tidak. Namun, takkanlah hendak batalkan penerbangan dan percutian. Namun, selepas mendapat nasihat doktor, saya dibenarkan menaiki kapal terbang,” katanya.

Tahniah Farah Nabilah & Suami. Kongsi Berita Gembira Dah Berbadan Dua. Usia Kandungan Sudah 19 Minggu.

Farah yang mesra disapa Fawaa dalam kalangan teman rapat memberitahu, ada teman-temannya sudah bergelar ibu dan mengandung.

“Lucu kerana ada teman kini hamil anak perempuan. Kawan-kawan lain mahu saya lahirkan bayi lelaki pula,” katanya.

IKLAN

Selain itu, Farah turut berkongsi berita gembira ini di akaun Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, pelakon ini mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi atas kurniaan rezeki cahaya mata buat dia dan suami. Dia juga memohon agar menitipkan doa buat dirinya dan anak dalam kandungan.

“Assalamualaikum aunties & uncles ! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya? So, mini me or mini mirul ? #19weekspregnant,” tulisnya di Instagram

Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Farah dan bayi dalam kandungan. Enjoy your pregnancy Farah!

Sumber: BH Online & IG Farah Nabilah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI