Tahniah! Kelahiran Cahaya Mata Perempuan Pelengkap Rumah Tangga Hafidz Dan Isteri

Share

Tahniah diucapkan kepada Hafidz Roshdi kerana telah bergelar bapa dan menimang cahaya mata perempuan Sabtu lalu.

Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Klang secara normal.

Hafidz yang mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada Mat Shukri pada April tahun lalu sangat teruja dengan kelahiran cahaya mata pertamanya walaupun di usia yang masih muda.

Dalam instagramnya, ramai peminat memberi ucapan tahniah kepada Hafidz dan isterinya dan mendoakan agar anaknya membesar dengan sihat serta menjadi anak solehah.

Kepada Hafidz selamat menjalani kehidupan sebagai bapa dan bimbinglah amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Sumber: Instagram Hafidz Roshdi

IKLAN