Tahnik adalah perbuatan mengunyah tamar atau manisan umpamanya madu yang kemudian disapukan kepada lelangit bayi baharu lahir. Kehadiran si kecil sememangnya amat dinanti-nantikan. Salah satu amalan yang sering dilakukan apabila menerima kehadiran si kecil adalah amalan bertahnik.

Sebagai ketua keluarga, seeloknya bapalah yang melakukan sendiri tahnik terhadap bayi yang baharu dilahirkan sama ada di rumah atau hospital.

Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan, “Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad SAW Baginda ‎SAW menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”. HR Imam Muslim

Berdasarkan hadis ini, Sunnah Bertahnik. Kaedah atau kaifiat sahaja berbeza. Banyak kaedah tahnik ini. Maksudnya hendak baca apa, hendak mula mana dulu. Banyak dan semua betui إنْ شَآء الله.

CARA-CARA TAHNIK ANAK: 

Tahnik Bayi Baru Lahir, Ustaz Don Daniyal Kongsi Cara & Langkah Nak Buat

Berikut perkongsian Ustaz Don Daniyal Don Biyajid:

1) Al-Marhun TG Dato Haron Din (saya tengok depan mata)

2) TG Ustaz Taufik Mat Husin
FB : https://www.facebook.com/taufik.husin.35
(Saya hubungi minta pandangan. Ini ketika saya masih belajar lagi)

3) Habib Ali Zainal Abidin @habibalizaenalalhamid
(Saya tengok depan mata dan Habib siap ulang dan beritahu lagi)

4) Ustaz Muhadir Hj Joll
Jadi, dalam video ini saya buat, kawan-kawan boleh buat juga.

IKLAN

BAGAIMANA HENDAK TAHNIK ANAK SENDIRI:

LANGKAH 1
Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dapat macam dalam botol kecil seperti botol cecair titis ubat mata pun sudah cukup)

LANGKAH 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapa), dan nanti hendak doa, mudah Allah kabul)

LANGKAH 3
Mula dengan Al-Fatihah.

IKLAN

LANGKAH 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau terus baca sahaja. Betul cara kedua-duanya)

LANGKAH 5
-Selawat Syifa
-Selawat Kamilah

LANGKAH 6
-Qul huwaALLah
-Qul A’uzubirab bil falaq
-Qul A’uzubirab binnas

LANGKAH 7
Ambil kurma. Kunyah-kunyah sampai lembik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecil sediikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut bayi. Nanti tonton video macam mana hendak masukkan dalam mulut anak. Ada caranya.

LANGKAH 8
Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran.

IKLAN

LANGKAH 9
Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yang saya baca. Itu dari Arwah TG Dato Haron Din. Doa itu dalam video.

Tahnik Bayi Baru Lahir, Ustaz Don Daniyal Kongsi Cara & Langkah Nak Buat

LANGKAH 10
Baca Doa. Bab ini boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapa mendoakan anaknya.

Doalah dengan penuh:
– ikhlas
– tawadhuq
– berharap Allah dengaq n perkenankan
– sungguh-sungguh.

Semoga dengan panduan ini dapat membantu golongan bap melakukan sendiri amalan tahnik ini.

Sumber kredit: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Artikel ini diolah dari artikel asal daripada HIJABISTA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI