Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung sebenarnya banyak membawa impak besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan. Sebab itulah kita selalu diajar untuk sentiasa ceria masa mengandung.

Ibu hamil sememangnya perlu elakkan sama sekali berada dalam keadaan stres keterlaluan ketika hamil. Menurut Dr Siti Hawa Abd Karim, Hospital Islam Az-Zahrah selalulah tenang dan ceria ketika hamil kerana inilah sebaiknya. Malah ibu juga perlu bijak mengawal stres ketika hamil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Bagaimana nak kawal stres?
Sebab itulah, sebelum hamil kita kena pastikan mempunyai hormon yang seimbang. Macam mana nak tau, hormon kita ni ok ke tak? Mestilah kena cek dengan doktor!

#Terapi Urutan
Masa mengandung ni memang kita akan rasa sengal sendi seluruh badan terutama bahagian pinggang kerana janin sedang membesar. Lagilah ibu-ibu rasa serba tak kena kan.

Ibu-ibu tahu tak jika urutan dilakukan dengan teknik semasa hamil sangat membantu ibu-ibu untuk mengatasi semua rasa kurang senang dan akan menjadi lebih bertenaga!

Kajian telah menunjukkan bahawa tahap hormon tekanan boleh dikurangkan dengan terapi urut; meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu menghasilkan mood&tidur yang baik.

Boleh berurut dengan syarat kandungan 12 minggu dan ke atas serta tidak pernah mengalami keguguran, tidak pernah melahirkan anak pra-matang serta kandungan yang tiada masalah pre-clampsia atau tekanan darah tinggi.

Semasa trimester akhir, tekanan dari rahim berat yang terletak di bahagian belakang dan lantai pelvis boleh menyebabkan pembengkakan dan tekanan pada saraf yang berdekatan. Kesakitan saraf boleh menjadi pengalaman biasa bagi ramai wanita semasa peringkat ini. Dengan melegakan tekanan pada otot-otot, terapi urut dapat meringankan tekanan pada saraf dan oleh itu mempunyai pengurangan ketara dalam kesakitan saraf sciatic.

IKLAN

#Makan makanan berkhasiat
Makan berkhasiat dan seimbang. Makanlah makanan sebenar yang bebas bahan kimia sintetik seperti pengawet, perasa, pewarna, dan pemanis tiruan.

Lebihkan buah-buahan, sayur, kekacang, daging, ikan dan apa saja sumber makanan yang selamat di makan yang mengandungi protein, karbohidrat,folate, zat besi, vitamin serta mineral. Fokus pada sayuran hijau tinggi kerana ia tinggi kalsium, iron, magnesium mineral lain. Amalkan juga makanan sunnah yang tinggi zat besi dan folate seperti kurma, madu dan delima.

#Jangan tinggalkan lemak
Menerusi kajian yang dilakukan, pengambilan lemak baik seperti minyak kelapa dara membantu ibu hamil yang mengalami morning sickness.
-Lemak adalah punca tenaga.
-Lemak penting untuk meningkatkan fungsi otak. Sebahagian besar otak kita terdiri dari lemak, sel-sel kita juga terdiri dari lemak.
Untuk dapatkan kulit dan tisu yang sihat, kita mesti ambil lemak.
-Lemak juga berperanan sebagai transport untuk mengangkut vitamin (A,D,E,K). Tanpa lemak, vitamin yang kita ambil ini tidak mampu diserap.
-Sumber utama lemak antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun, mentega (bukan margerin) kerana ia bersifat sintetik dan akan mendatangkan mudarat pada tubuh.

#Makan dengan cukup
Rasa letih merupakan masalah yang selalu dihadapi wanita hamil. Dan antara penyebabnya kerana kurang selera makan. Bila kurang makan, tenaga yang diperolehi tubuh juga tidak mencukupi! Mesti makan secukupnya dan jangan sesekali nak berdiet sebab takut gemuk.

IKLAN

#Pilih snek berkhasiat
Pisang memang cukup baik dijadikan snek buat ibu hamil. Sebabnya kandungan vitamin B6 di dalamnya boleh membantu dalam mengatasi morning sickness.Kandungan serat di dalamnya juga membantu ibu yang mengalami sembelit. Ia juga kaya kalsium, vitamin C serta memberi tenaga segera. Kekacang juga sangat bagus dalam menstabilkan hormon wanita.

#Kawal gula
Ibu-ibu mesti tahu hal ni! Mengidam makanan manis-manis hingga mengambil dalam jumlah keterlaluan semasa hamil boleh meningkatkan risiko anak mengalami alahan dan asma.

Sebagai pengganti gula, gantikan dengan pengambilan lebih banyak lemak. Cuma pastikan bahawa lemak itu sihat yang menyerupai diet bagi kebiasaan masyarakat Mediterranean seperti minyak kelapa dara dan juga minyak zaitun. Jika keinginan makan manis yang keterlaluan, cuba menambah jus lemon atau limau ke dalam air.

#Bersenam
Senaman ringan membantu mengeluarkan hormon serotonin yang mencetuskan perasaan gembira.

#Sistem sokongan yang padu perlu dirancang semasa kehamilan, bukan setelah melahirkan! Ibu hamil bukan saja hendak mengada-ngada. Mereka memang perlu diberi rehat dan kasih sayang yang cukup. Para suami/masyarakat perlu dididik bahawa wanita hamil&lepas bersalin sebenarnya perlu penjagaan yang lebih teliti/rapi.

IKLAN

Sistem sokongan yang macam mana? Kalau mampu dapatkan pakej penjagaan dalam pantang yang bagus. Kalau kurang berkemampuan, rancanglah ikut cara tersendiri asalkan isteri terjaga sepanjang proses tersebut atau sekurang-kurangnya 40 hari pertama. Rancang dan jarakkan kehamilan supaya ibu dapat rehat dan pulih secukupnya sebelum kelahiran seterusnya.

#Zikir
Zikir secara saintifik mampu menambahkan tenaga dan ketenangan. Basahkan lidah ibu-ibu dengan “Subhanallah walhamdulilah walailahailallah”. Zikir ini menagndungi maksud memuji dan mentauhidkan Allah. Bacalah sepanjang masa. Begitu juga dengan zikir-zikir lain.Banyakkan bertaubat dan sentiasa istighfar.

#Akhlak yang baik
Jaga solat awal waktu, jaga aurat. Jauhi sikap pemarah, dendam dan semua sikap negatif. Rajin-rajin ke majlis Ilmu kerana ia seumpama Taman-taman syurga dan bergaul dengan orang soleh.Elakkan akhlak tidak baik seperti ghibah, berprasangka.Sering berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan.Ayah-ayah pun sama berbual dengan anak tu. Mesti selalu senangkan hati isteri.

#Membaca
Melazimi baca buku ilmiah seperti Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain. Semoga dengan panduan yang doktor kongsikan ini mampu membantu ibu bapa dalam melahirkan anak-anak generasi rabbani generasi iaitu anak-anak menjadikan Allah sebagai tujuan hidupnya, Rasulullah sebagai teladan hidupnya serta kaya dengan keperibadian yang bermanfaat.InsyaAllah.

Artikel berkaitan: Ibu Yang Suka Membaca Buku Masa Hamil Bagus Untuk Otak Bayi, Lahirkan Anak Yang Bijak

Tertekan Punca Bersalin Awal, Anak Tak Cukup Bulan, Doktor Ini Pesan Jaga Kesihatan Sebelum Hamil

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)