Berada lama di rumah dengan aktiviti rutin saban hari tidak dinafikan membuatkan mental seorang ibu menjadi tidak tentu hala. Ditambah pula dengan kepenatan menguruskan anak-anak, hati seorang ibu menjadi tidak kuat.

Jangan biarkan diri terus hanyut, mental dan emosi ibu perlu kuat demi memastikan anak-anak terjaga. Apa ibu perlu lakukan? Perkongsian ringkas Pn Mimi Rahim ini mama boleh jadikan panduan untuk kuatkan mental.


Antara tips nak jaga hati kita sendiri, nak jaga mental kita untuk sentiasa best kat rumah & orang sekeliling, anak, suami , isteri , kawan juga best dengan kita di musim pendemik.

Mandi sebelum subuh
Dengan niat Allah ringankan seluruh anggota kita & doa kita ikhlas buat amal, baru kita tak merungut. Hati pun senang. Mandi & berwangian, mulakan hari dengan segar.

• Siapkan plan/susun kerja seharian sebelum subuh.
siapkan jadual kita seharian, jadual realistik yang kita boleh ikut. wajib masukkan waktu rehat kita walaupun setengah jam. Waktu terbaik setengah jam sebelum zohor.

• Selepas subuh jangan tidur
ini cara untuk panjangkan hari kita. Tidur satu jam, rugi satu jam. Dalam satu jam, mak-mak dah boleh siap masak, siapa basuh kain, siap kemas dapur. Tertinggal satu jam, kelam kabut seharian.

IKLAN

• Kurangkan bermedia sosial
untuk perkara yang sia-dia. Scroll ig sejam tak terasa. Masa sejam yang berkualiti bersama anak, sangat cukup untuk simpan memori best dalam bank memori anak. Jadi unfollow perkara yang sia-sia.

• Fokus Perbaiki Diri
Duduk rumah, dan fokus untuk perbaiki diri. Lihat kita yang lepas, lihat salah kita. Belajar ubah, setiap hari tulis perkara yang dah berjaya ubah & apa yang nak kita ubah lagi. Tahun lepas saya azam nak mandi sebelum subuh,tampal kat cermin, berjaya amal 40 hari baru buka & buang dengan rasa syukur, walaupun mandi jer pun.

Sedekah setiap pagi
Sedekah setiap hari untuk hadirkan rasa syukur dengan nikmat yang kita dapat, cara syukur dengan memberi. Memberi tak semesti dengan duit, share ilmu, share resipi memasak. Apa-apa perkara yang ada kebaikan & manfaat untuk orang lain.

• Senyum
Senyum pada semua. senyum pada diri sendiri, senyum dengan hati. Time anak buat hal, terus senyum & istifar. Pasti hati kita best .

IKLAN

• Bersenam
Orang yang biasa bersenam akan tau perbezaannya, bersenam sangat membantu kecerdasan kita. cuba dengan banyakkan solat sunat. Bersenam sebelum subuh, solat sunat taubat, solat tahajud, sunat hajat & istiqarah.

Beli Quran Al-Gufran Di Sini

Telaga Biru Al-Quran Al Ghufran

• Berkata baik atau diam
Kalau kita rasa perkara yang kita nak cakap itu akan buatkan hati orang sakit, cuba tahan. Sebab akibatnya bukan hati orang jer sakit, kita juga akan sakit. Tak boleh berkata yang baik, lebih baik diam dari berkata-kata.

IKLAN

Rumah kita bukan jadi syurga lagi kalau semua orang nak menang bercakap. Kerana panggilan Allah pada ahli syurga “ Wahai hati-hati yang tenang…..”

Menarik: DIY Rak Tudung Guna Pallet Terpakai Untuk Isteri, Cukup Kemas, Simple & Jimat Kos

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)