Tangisan adalah cara anak-anak kecil kita berkomunikasi. Pun begitu jika inilah cara yang digunakan oleh anak pada usia tiga tahun, mak ayah perlu lakukan sesuatu. Anak pada usia tiga tahun sudah boleh meminta diambilkan barang.

Jika hanya menunjukkan cari, bukan hanya ada masalah speech delay bahkan berkemungkinan anak juga mempunyai masalah pendengaran.

Menurut Encik Mohd Rayyan Abdul Halim, Audiologis daripada Perfect Hearing, Shah Alam, ada beberapa petanda dan isyarat bahasa badan anak yang menunjukkan mereka ada masalah pendengaran. Mama papa kena periksa ni.

Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu, Awas! Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran!


Komunikasi anak kecil hanyalah dengan menangis. Apa sahaja keperluan dan keinginan mereka seperti lapar, sejuk, panas, minta didodoi, tidak selesa, minta ditukar lampin, semuanya adalah dengan menangis.

Komunikasi ini kemudiannya berubah apabila bayi membesar bermula dengan bebelan bunyi konsonan seperti ba, ba, ma,ma, pa, pa. Pendedahan bunyi atau percakapan berterusan kepada bayi merangsang otak mereka untuk berkomunikasi dengan apa yang mereka dengar.

IKLAN

Lebih kerap kita berkomunikasi dengan mereka, lebih banyak rangsangan otak dapat dihasilkan. Apabila mencapai umur 1 tahun, bayi mula menyebut perkataan yang bermakna seperti “mama” yang merujuk kepada si ibu atau “papa” merujuk kepada si ayah. Jika berkehendakkan sesuatu mereka sepatutnya boleh menyebut satu perkataan seperti ‘nak’ sambil menunjuk benda yang dikehendaki.

Apabila mencecah umur 2 tahun dengan 2 patah perkataan seperti “nak makan”, umur 3 tahun dengan sekurang-kurangnya dengan 3 patah perkataan seperti “nak makan nasi”. Perkembangan komunikasi ini berkembang seiring dengan pertambahan umur dan hendaklah sentiasa dipantau secara berterusan.

Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu, Awas! Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran!

IKLAN

Kenal Pasti Tanda-Tanda Anak
Jika anak sudah berumur 3 tahun tapi komunikasinya adalah hanya dengan isyarat bahasa badan seperti menunjuk-nunjuk dengan jari (finger-pointing) kepada barang yang dikehendakinya, ibu bapa perlu berhati-hati.

Kemahuan anak tanpa sebarang permintaan lisan seperti, menunjuk ke dapur yang bermaksud mahu makan , menunjuk ke televisyen yang bermaksud mahu menonton, menunjuk ke bilik yang bermaksud mahu tidur, maka ini memberi petanda yang memerlukan tindakan segera dari ibu bapa.

Sekiranya si anak ingin menonton televisyen dengan kekuatan suara televisyen yang tinggi atau selalu menonton dalam jarak yang dekat juga memberikan petanda berhati-hati juga kepada ibu –bapa. Begitu juga jika si anak kerap mengadu sakit telinga dan mempunyai masalah pembelajaran di sekolah.

IKLAN

Tanda-tanda ini merupakan tanda awal seseorang itu mengalami masalah pendengaran yang boleh membawa kepada masalah lain seperti lewat bercakap dan masalah pembelajaran apabila memasuki alam persekolahan nanti.

Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu, Awas! Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran!

 

Tips Untuk Ibu Bapa
1. Perbanyakkan ilmu berkaitan perkembangan dan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak.
2. Sentiasa merangsang otak si anak dengan sentiasa berkomunikasi.
3. Pastikan komunikasi si anak mengikut jadual perkembangan mengikut umur.
4. Buat perbandingan perkembangan komunikasi antara abang atau kakak dengan si adik pada umur tertentu jika perlu.
5. Perhatikan respon si anak kepada bunyi-bunyi yang biasa di rumah seperti bunyi mainan, bunyi air, bunyi burung dan lain- lain lagi.
6. Bertindak dengan segera dengan merujuk kepada doktor atau Audiologis sekiranya :
* Anak kerap mengadu sakit telinga / cecair kerap mengalir dari dalam telinga.
* Si anak menonton televisyen atau gajet dengan nada bunyi yang kuat atau menonton terlalu dekat dengan televisyen
* Lewat bercakap.
* Berkomunikasi dengan bahasa isyarat seperti menunjuk jika inginkan sesuatu tanpa komunikasi lisan.
* Selesema berpanjangan.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI