Setiap ibu bapa pasti teruja bila gigi anak tumbuh dengan baik. Namun masih ramai ibu bapa yang tidak tahu bilakah waktu sesuai untuk mencabut gigi susu anak. Gigi susu tidak boleh dicabut sembarangan.

Tak Boleh Cabut Sembarangan Gigi Susu Anak! Doktor Gigi Kongsi Bila Waktu Sesuai Untuk Cabut Gigi Susu

Doktor Izaza Mohd Zan menerusi facebooknya menjelaskan bila waktu sesuai gigi susu dicabut. Beliau juga berkongsi Charting gigi sebagai panduan ibu bapa lain.

“Doktor, macam mana nak tau umur yang sesuai gigi susu anak kena cabut?”

IKLAN

Macam ni, cara paling SENANG nak tau time gigi susu nak kena cabut, adalah bila nampak gigi kekal dah tumbuh sikit dan time ni dah boleh cabut gigi susu anak

Tapi kalau nak tengok lebih kurang ikut umur sebenar boleh ikut dental chart kat bawah ni

IKLAN

Tak Boleh Cabut Sembarangan Gigi Susu Anak! Doktor Gigi Kongsi Bila Waktu Sesuai Untuk Cabut Gigi Susu

*charting gigi dari Google*

IKLAN

Umur pertumbuhan gigi susu dan gigi kekal lebih kurang sama ada cepat atau lambat tumbuh dalam 2 bulan ke 3 bulan atau 1 tahun dari jangkaan umur sebenar

Boleh share dengan kawan-kawan untuk elak gigi susu anak-anak dicabut terlalu awal dan bukan pada masa yang sesuai.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI