Walau kita selalu marah, didik dengan ketegasan tapi penuh kasih, anak kecil kita bijak membezakan yang mana terbaik untuk dirinya. Ibu dan ayahlah yang sentiasa menjadi pendamping setianya. Tak hairanlah anak asyik nak berkepit saja dengan kita 24 jam. Itu tanda dia selesa.

Menurut Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, anak-anak akan mempamerkan sikap sebenarnya bila dia cukup selesa dengan kita. Dia tahu dia disayangi.

Tak Boleh Hilang Sekejap, Mesti Anak Cari, 10 Tanda Anak Selesa Dengan Kita!


Tanda tanda anak rasa selesa bila bersama kita

– Dia suka berkepit
Pantang nampak, mesti berlari datang nak berkepit. Nampak macam manja, sebenarnya dia rasa selesa dan senang bila bersama kita.

Tak boleh berenggang
Tak boleh hilang kejap, memang menjerit dia cari kita. Kadang kita salah anggap kata itu penakut tapi bukan begitu. Ini tandanya kita & anak ada bonding yang sangat kuat.

Tak Boleh Hilang Sekejap, Mesti Anak Cari, 10 Tanda Anak Selesa Dengan Kita!

IKLAN

– Dia suka tunjuk kepandaian
Sebenarnya dia suka bila kita puji dia, makin kita puji makin dia rasa pandai. Makin cepat otak dia membesar.

– Selalu minta tolong
Kadang dia dah pandai pun, tetap ngada nak minta tolong kita. Layankan, orang tengah sayang memang suka buat buat tak pandai.

– Suka kita peluk
Bila kita peluk tu tersipu sipu muka dia. Makin suka makin gedik!
Anak akan rasa tenang dan tenteram hatinya jika kita peluk dia selalu.

Tak Boleh Hilang Sekejap, Mesti Anak Cari, 10 Tanda Anak Selesa Dengan Kita!

– Kita jadi tempat mengadu
Bila dia rasa tak enak, sakit atau sedih kita la tempat dia mengadu. Kita ada calm effect pada anak kita.

IKLAN

Jadi super berani
Orang lain bagi kata semangat tak jadi tapi bila kita beri kata-kata semangat, terus dia jadi berani.

Berubah ubah perangainya
Depan orang lain dia baik, bila kita ada je dia berubah jadi mengada ngada. Ada juga yang terbalik, depan kita baik belakang kita nauzubillah.

Tak Boleh Hilang Sekejap, Mesti Anak Cari, 10 Tanda Anak Selesa Dengan Kita!

– Suka ngekor mana kita pergi
Nak keluar buang sampah pun dia nak ngekor, tak dapat ikut melalak. Huh!

IKLAN

– Mudah mengikut
Cara cakap, cara makan, cara tidur sampaikan ke cara korek hidung dia ikut cara kita. Haha. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan!

Andai ada semua tanda ni jangan kita mengeluh atau rasa rimas ya, ketahui la bahawa itu tanda keramat yang anak rasa senang & selesa dengan kita.

Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim

Menarik: Selalu Tengok Mak Ayah Bergaduh Anak Dah Besar Suka Buat Orang

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI