Cucu adalah anugerah yang paling dihargai dan dinanti-nantikan oleh datuk serta nenek. Mereka akan dimanjakan serta ditatang bagaikan minyak yang penuh. Kalau cucu-cucu dimarahi anak mereka, boleh mengamuk datuk dan neneknya. Ketika usia sudah meningkat, datuk dan nenek tidak mahu marah-marah lagi.
Cucu pun akan dimanjakan serta setiap keinginan mereka akan dipenuhi. Walaupun begitu, bukan semua cucu merasai kasih sayang yang sebegitu dari datuk dan nenek mereka. Wanita ini berkongsi bagaimana ibunya sendiri pilih kasih dan memberi layanan yang berat sebelah terhadap anak-anaknya berbanding cucu yang lain.
Hi semua. Assalamualaikum. Nama saya Amira. Maaf kalau penulisan saya mengganggu kalian. Ini cuma luahan perasaan saya, sebagai seorang anak yang terasa hati dengan ibu saya sendiri. Entah mengapa, layanannya kepada anak-anak saya sangat berbeza berbanding cucu yang lain. Sudah lama saya memendam perasaan ni.
Baik, saya mulakan cerita. Saya berkahwin dengan suami saya sejak 10 tahun yang lalu. Anak sulung saya sekarang umurnya 8 tahun manakala adik-adiknya 6 tahun dan 4 tahun. Sesungguhnya anak-anak saya inilah hidup saya. Mereka anak yang baik, saya dan suami sayangkan mereka sepenuh hati kami.
Kisah ini bermula sejak saya melahirkan anak sulung saya. Tidak dinafikan, kulit anak saya sedikit gelap. Tapi pada saya, dia comel seperti bayi-bayi lain. Tapi ibu saya tak rasa macam tu. Katanya saya degil, waktu hamil banyak langgar pantang sampai ‘terkenan’. Ibu tuduh saya banyak makan kicap dan selalu buat kopi untuk suami, sebab tu anak gelap (atau bahasa kasar, dia selalu panggil anak saya hitam legam macam bontot kuali).
Waktu anak saya kecil, dia tak faham lagi. Kalau balik kampung, dia akan berlari-lari nak salam dan peluk neneknya. Tapi ibu saya buat tak nampak, lagi-lagi kalau cucunya yang lain pun ada sama. Bukan saya tak nampak, ibu kadang-kadang tolak anak saya. Sampai hati dia, sedangkan cucunya itu darah daging dia jugak.
Ads
Bila dah masuk usianya 6 tahun, anak dah mula faham. Dah tahu yang neneknya tak sukakan dia. Anak selalu tanya pada saya, kenapa nenek tak sayang dia. Saya tak faham, sebab semua anak-anak saya memang ibu takkan pegang atau manjakan. Dilayan endah tak endah. Saya fikirkan mungkin dia cuma tak suka anak sulung saya saja, tapi tidak.
Ketiga-tiga anak saya, semuanya ibu tak suka walaupun yang si bongsu tu kulitnya cerah. Saya buntu, di mana silapnya kami satu keluarga. Dengan saya dan suami pun ibu dah makin ‘jauh’. Nampak sangat bezanya, sebab dengan anak menantu yang lain, dia layan baik saja. Sampaikan saya pun naik malas nak balik ke kampung sendiri!
Beberapa bulan yang lepas(sebelum PKP), sempatlah kami sekeluarga balik ke kampung. Saja balik nak menjenguk ibu dan belikan barang keperluan untuk rumahnya. Kebetulan waktu tu, adik saya pun balik sekali. Memang ibu tak kisah langsung dengan kami. Anak-anak saya nak bersalam dengan dia, dia boleh tolak macam tu je. Sampai jatuh anak bongu saya.
Waktu itu saya nekad, saya angkat anak bongsu yang sedang menangis. “Mak ni kenapa? Bertahun-tahun Mira bersabar dengan mak. Makin lama, makin melampau. Apa salah kita orang mak? Sampai macam ni sekali mak bencikan anak-anak Mira?.” Saya menangis meluah rasa, biarpun suami menahan saya dari bercakap, tapi saya dah tak tahan.
“Mira malu tau mak. Mak dah tua, tapi macam ni perangai mak? Zam ni tak pernah sekali burukkan mak. Tak pernah sekali halang Mira balik jenguk mak. Tapi kalau macam ni keadaannya setiap kali kita orang alik, Mira malu dengan Zam dan anak-anak Mira. Kalau mak dah meluat sangat dengan Mira dan family Mira, sumpah Mira takkan balik dah sini!.”
Lega lepas saya luahkan segalanya. Ibu terdiam tak cakap apa. Yang saya nampak dia menangis. Tak tahulah menangis kerana menyesal atau kerana anaknya menderhaka pada dia. Saya tahum saya salah. Sebab tengking ibu dan marahkan dia, tapi saya dah tak tahan. Waktu tu juga, saya minta suami untuk bawa kami balik. Sudah lah kampung saya agak jauh dari rumah kami, suami pun dah letih. Jadi saya cadangkan untuk bermalam dulu di hotel.
Rasanya dah hampur lima bulan saya tak balik ke kampung selepas kejadian hari tu (salah satunya sebab PKP) dan memang saya tak rasa nak balik. Call atau Whatsapp ibu pun tak ada. Saya dah malas. Bertahun-tahun saya dan keluarga dihina ibu bila dia buat tak tahu pada kami. Entah apa silapnya, saya tak tahu. Ya, betul mungkin anak-anak saya tak secomel cucunya yang lain. Tapi bila soal belajar, anak-anak saya cerdik. Tak ada kekurangannya anak-anak saya. Mereka tak minta dilahirkan berkulit gelap.
Ads
Suami ada juga nasihatkan saya untuk call ibu dan tanya khabar. Tapi saya malas. Saya cakap cukuplah, selagi ibu tak sedar salah dia, saya takkan balik ke kampung. Beberapa hari lepas, ayah ada call dan tanya khabar kami sekeluarga. Saya jawab panggilan ayah, kerana ayah tak pernah membezakan semua cucunya.
Saya tak ada bertanya tentang ibu, tapi ayah beritahu yang dia rindukan semua anak menantu serta cucunya. Termasuk keluarga saya. Tapi saya minta maaf pada ayah, saya beritahu tak mungkin saya akan balik dalam masa terdekat ni. Hati saya remuk, masih sakit dengan perbuatan ibu. Ayah faham dengan keadaan saya dan minta supaya saya maafkan ibu, tapi saya belum sedia.
Saya minta kalian yang membaca cerita saya ni untuk doakan saya. Moga-moga hati saya pulih segera dan saya dapat maafkan ibu saya. Saya juga ada buat dosa padanya, saya juga rindukan dia. Tapi saya trauma, tak mahu pisang berbuah dua kali. Saya risau ibu akan ‘belakangkan’ kami lagi. Saya mohon agar kalian semua doakan yang baik-baik buat saya dan ibu. Terima kasih.
Sekiranya anda ada sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehilangan insan tersayang pada usia muda pastinya memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja.
Lebih menyedihkan apabila mereka sekadar dapat melihat gambar dan mendengar kisah momen insah yang dilalui orang sekeliling.
Begitulah yang dialami anak bongsiu kepada allahyarham Muhammad Hasnol Firdaus Md Amran yang maut kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Malah kanak-kanak berusia 3 tahun yang mesra disapa Tashfeen itu seolah-olah memahami dia kehilangan bapa kerana sering berasa sayu dan sebak setiap kali mendengar kisah yang diceritakan kepadanya.
Tambahan pula tiada kenangan bersama yang dapat dirakam kerana usianya baru sahaja lima hari semasa arwah bapanya meninggal dunia.
Menerusi perkongsian di mStar, Noor Shahida Daud berkata anak bongsunya itu acap kali menyebut tentang abah selain menangis kerana terkenangkan insan yang tiada.
“Sejak kebelakangan ini, si bongsu sering bercakap tentang abah dia. Tapi akak selalu bagi dia tengok gambar dan cerita tentang arwah.
“Dia juga asyik menangis sejak akhir-akhir ini,” kongsinya.
Ekoran daripada itu, dia yang mesra disapa Sheeda membuat permintaan suntingan gambar di kumpulan Facebook ‘Edit Apa Hari Ini’ pada 19 Disember lalu.
Menerusi laman tersebut, Sheeda meminta supaya gambar anaknya yang berusia 3 tahun itu didukung oleh arwah suami.
Mendapat pelbagai reaksi positif termasuk gambar-gambar menarik yang disunting, dia yang juga seorang guru meluahkan rasa syukur dengan kebaikan mereka yang terlibat.
Malah sejak gambar tersebut diperoleh, Tashfeen kelihatan sangat gembira kerana dia juga mempunyai gambar kenangan bersama arwah bapanya.
“Memang akan ambil gambar tu untuk simpan dan letak dalam bingkai. Tapi ramai yang sponsor untuk cuci dan akak tempah frame sahaja.
“Si bongsu memang rasa seronok kerana terasa ‘dekat’ dengan abahnya..saya sebolehnya tak mahu anak-anak padam ingatan tentang abah mereka,” tambah ibu kepada empat cahaya mata itu lagi.
Pun begitu, anak bongsunya itu kadang kala akan berasa sedih secara tiba-tiba mungkin kerana rindu, malah pernah menyuarakan keinginan untuk bermain bersama bapanya.
Mengimbau kembali tragedi yang mengubah kehidupannya sekeluarga, wanita berusia 34 tahun itu berkata, kemalangan yang berlaku pada April 2021 meragut nyawa suaminya yang berkhidmat sebagai anggota trafik.
“Arwah kerja syif 24 jam waktu tu, dia balik rumah sekejap untuk mandi dan solat. Dalam perjalanan balik rumah, kira-kira pukul 6 pagi dia kemalangan.
“Waktu itu saya berpantang di Kuantan, Pahang. Arwah koma selama empat hari dan meninggal pada 25 April, Khamis malam Jumaat.
“Otaknya mengalami bengkak atau Traumatic Brain Injury due to vehicle accident,” ujarnya sebak.
Kadang-kadang, benda kecil dalam rumahtangga pun boleh jadi topik hangat bila dikongsi secara jujur dan kelakar.
Baru-baru ni, satu video TikTok dari akaun @empatberanak berdurasi 1 minit 14 saat telah mencuit hati ramai netizen berkongsi satu situasi yang ramai suami isteri boleh relate: cara isteri mesej barang dapur yang suami kena beli.
Dalam video tu, si suami dengan bersungguh-sungguh tunjukkan contoh terbaik bila nak beli barang, dia akan tunjuk gambar, jenama, dan siap bagitau harga. Macam nak pitch proposal kat client! Tapi realitinya, cara si isteri pula sangat ‘chill’ mesejnya simple je:
“Beli sikit je. Jangan banyak. Kicap.”
Tanpa jenama, tanpa kuantiti, tanpa penerangan lanjut. Lepas tu bila suami tanya semula, dapat jawapan macam:
“Lebih awak belajar masak. Baru tahu halia tak cukup banyak mana, kicap brand apa….”
Rileks betul nada isteri ni, tapi deep! Ada sindiran manja di sebalik keluhan suami yang konon-konon “penat salah beli barang”, sedangkan selama ni tak pernah ambil tahu pun apa yang ada dalam dapur sepanjang perkahwinan.
Namun paling yang lart last, suami terkedu apabila apabila isteri tanya dengan tuala wanita.
Akhirnya si suami macam “kalah” juga dengan kebenaran tu realitinya, isteri selama ni buat semua benda tanpa disedari.
Video ni mungkin nampak macam konten gurauan, tapi sebenarnya menyampaikan mesej yang sangat meaningful dalam rumahtangga. Suami isteri kena saling bantu dan saling faham peranan masing-masing.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan gaya pasangan ni – jujur, santai tapi ada chemistry. Ada yang sokong team suami dan tak kurang juga yang back up isteri.
“Betul la tu, kicap banyak jenis. Kalau salah beli nanti kena ceramah sejam ” “Saya siap tulis list dalam nota dan letak gambar. Tapi tetap salah beli ” “Ni bukan pasal barang, ni pasal tanggungjawab dan komunikasi suami isteri sebenarnya.”
Video ni mungkin simple, tapi menyentuh nilai dalam komunikasi suami isteri. Kadang benda remeh macam beli barang dapur pun boleh mencerminkan siapa ambil tahu, siapa take for granted. Dan dari situ boleh lah mula belajar… kalau tak tahu semua ni, masuk dapur, belajar masak.
Bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas mengalami sesak nafas akibat kain lampin berada di muka ketika berada di dalam buaian di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka, di sini, semalam (18 Ogos)
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada jam 6.30 petang, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang menerima pesakit bayi berusia empat bulan.
Menurutnya, pesakit dibawa dari klinik di Pandan Indah dengan ambulans Hospital Ampang.
“Semasa tiba di Hospital Ampang, pesakit sudah tidak bernyawa.
“Bantuan kecemasan diberikan tetapi mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata, bayi terbabit tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang.
“Punca kematian masih dalam siasatan.
“Susulan itu, pada jam 10.30 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga pengasuh bayi itu,” katanya.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah atau dadah.
“Keterangan awal suspek memaklumkan mangsa sesak nafas kerana kain lampin dalam buai menutup muka.
“Ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang bekerja manakala bayi itu dihantar ke rumah suspek untuk dijaga,” katanya.
Katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini untuk direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” katanya.
“Alhamdulillah, Allah pinjamkan satu nyawa kecil dalam rahim isteri saya…”
Hati mana yang tak berbunga bila dapat tahu isteri hamil anak sulung? Itulah perasaan yang...