Saat anak sudah mula makan, ibulah insan paling teruja menyiapkan makanan untuk anak. Pelakon jelita, Elisya Sandha turut merasa teruja bila mana anak sulungnya, Bunga Elhaq kini sudah pun mula diberikan makanan pejal pada usianya empat bulan lagi.
Teruja bercampur dengan rasa tanggungjawab untuk memberikan makanan terbaik buat Bunga, Elisya memaklumkan dirinya kini mahu berehat seketika daripada sebarang aktiviti lakonan bagi memberi tumpuan kepada anaknya, Bunga Elhaq yang kini sudah mula makan.
Malah kongsi Elisya lagi, biar pun punya pembantu, buat permulaan ini sebolehnya dia mahu memberikan sendiri makanan buat buah hatinya yang tersayang.
“Saya ingin memberi tumpuan kepada Bunga yang kini sudah boleh mula makan. Saya agak kurang percaya bila orang lain yang beri dia makan.
“Saya yang kena masak dan suapkan. Pada masa sama, saya juga beri tunjuk ajar kepada pembantu rumah saya.
“Lagipun, usia Bunga baru lima bulan. Jadi, saya risau kalau orang tersalah suap atau dia tersedak. Nanti nak salahkan siapa pula?
Ads
“Bunga mula makan pada usianya empat bulan. Memang agak cepat juga. Makanan pertamanya adalah bubur nasi kosong,” katanya berkongsi.
Berkongsi rasa terujanya, kata Elisya dia juga kini sedang melalui fasa yang mencemaskan sebagai ibu buat pertama kalinya. Malah katanya, ada waktunya dia tidak boleh tidur malam bila memikirkan anaknya yang kini sudah mula makan.
“Saya telah sampai ke fasa yang cemas sebagai ibu pertama kalinya. Saya masih ingat, ada waktunya saya tak boleh tidur waktu malam bila fikirkan jika saya perlu berinya makan pada usia 4 bulan.
“Lepas banyak buat research akhirnya saya rasa “sudah tiba masanya” bila dia berumur 4 bulan 13 hari.
Ads
“Semuanya berjalan lancar dan kami dah terbiasa dengan rutin sekarang. Bunga sayang mommy, mommy harap mommy melakukan perkara yang betul dan mommy hanya mahukan yang terbaik untuk awak,” kongsinya.
Melalui video yang dikongsikan olehnya melalui Instagram, Elisya juga turut berkongsi antara menu-menu yang disediakan buat Bunga begitu juga ketika menyuapkan buah hati tersayangnya itu.
“Bunga’s first solid food.. rice (tekak melayu). Approved by her paediatrician dr ✅,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Ogos tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 18 Jun lalu.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Membesarkan anak-anak pada zaman kini bukan mudah lebih-lebih lagi jika kedua ibu bapa bekerja dan sangat sibuk. Namun ianya bukan alasan untuk ibu bapa mengabaikan cawan emosi anak-anak. Hanya dengan meluangkan masa, anda sebagai ibu bapa boleh menjadi superhero di hati anak-anak.
Bagi ibu bapa yang sibuk, pulang dari kerja hanya ada 1 jam sahaja bersama anak. Jadi luangkan sebaiknya bersama mereka. Abaikan fon, tutup tv dan lakukan aktiviti selama yang mungkin supaya cawan emosi mereka penuh.
“Anak-anak kita pada 3 tahun akan datang ditentukan oleh bagaimana kita melaburkan MASA, TENAGA & EMOSI untuk anak-anak pada hari ini.”
Sebelum mula kerja, penuhi dahulu cawan emosi anak agar mereka tidak meragam dan mengamuk. Mereka hanya perlukan perhatian kita sebentar sahaja untuk penuhi tangki emosi.
Apa yang anak akan dapat jika kita penuhi cawan emosi mereka? Semestinya hormon Oxytocin! Hormon kasih sayang yang anak tak dapat melalui barang permainan yang ada.
Seterusnya, dalam membesarkan anak-anak perkara utama yang perlu dijaga oleh ibu ayah sepenat mana pun, nak marah macam mana pun adalah menjaga perkataan. Kenapa?
Kesilapan Kita Dalam Berkata-kata
Marah macam mana sekalipun, elakkan melabel anak. Sebagai contoh anak nakal, elakkan sebaiknya tegur kesalahan mereka.
– Melabel ketika marah Solusi: Hanya sebut perbuatan/ kesilapan anak
– “Anak saya memang macam ni” Solusi: Umpat yang baik-baik
– Hanya marah bila anak buat salah Solusi: Sebut dan puji kebaikan mereka
– Menyebut perangai buruk anak sebagai menyusahkan dan bala Solusi: Katakan ia sangat kualiti
Kenapa?
Kerana kata-kata membentuk pemikiran. Pemikiran akan kemudian membentuk tindakan. Tindakan akan menjadi habit dan kemudian membentuk character. Character akan menjadi masa depan anak-anak. Kalau kita sentiasa lemparkan kata-kata positif pada anak, masa depan anak akan menjadi positif. Anak-anak akan membesar dengan character yang membina.
Kata-kata ibu tak ada hijab. Kata yang baik-baik.
Tukar:
Boleh jadi, perangai anak yang dirungsingkan itu rupanya kualiti untuk mereka men jadi manusia berjaya.
Kita yang dewasa ini tergopoh dan tak logik expect anak bersikap macam orang dewasa.
It’s ok jika kita masih struggle dengan emosi untuk mendidik anak, bukan bermakna kita ibu bapa yang tak baik. Ada suatu masa nanti kita akan berjaya mengawal emosi dengan baik.
Untuk perkongsian penuh daripada Puan Wawa Shauqi boleh klik video di bawah. Semoga bermanfaat!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita rasa kerja kita jadi lambat bila bawa anak sekali masuk dapur. Kerja memasak yang sepatutnya cepat jadi lambat gara-gara bantuan anak. Salah tu!
Dalam kita mendidik anak, ada baiknya kita bawa anak sekali untuk meneroka apa yang ada disekelilingnya. Kerja-kerja memasak misalnya, boleh jadi satu aktiviti dan ilmu yang baik untuk anak membesar.
Perkongsian seorang suri rumah, Mysara Waheeda ini amatlah tepat. Banyak yang anak boleh belajar jika diasuh sejak kecil. Ilmu berguna untuk mereka membesar kelak.
Salam semua. Saja nak kongsi kelebihan ajak anak tak kira lelaki atau perempuan join berada di dapur sekali dengan kita.
Biasa kat rumah tinggal saya dan anak usia 2 tahun je sampai petang. Kebanyakan masa saya di dapur la. Celik mata terus ke dapur siapkan breakfast anak.
Lepas teman dia makan, dia beraktiviti bebas sambil saya siapkan lauk tengahari.
Part ni kadang-kadang kritikal bagi saya. Saya paling tak suka anak duduk statik tengok tv. Banyak sangat keburukan pada dia. Saya sebolehnya nak dia main sendiri. Tapi tu lah kadang-kadang dia nak bertempek sekali, nak dukung la.
So apa saya buat, saya ajak dia cuci pinggan dengan saya. Saya sabunkan dan dia bilas sudu, cawan, piring. Ataupun ajak dia pusing tombol blender kalau saya nak blend bawang. Kalau nak goreng ayam ikan, saya ajak dia tolong saya cedokkan garam dan serbuk kunyit. Saya lapik tikar awal-awal.
Saya perhati, memang ralik dia buat semua ni. At least kepala saya tak kusut dengar dia nangis, kerja pun boleh siap sambil-sambil dia main air tu.
Kelebihan lain, dia akan perhatikan apa kita buat dan belajar. Cara cuci pinggan ke, potong bawang ke. Sebarang aktiviti kita buat, dia akan perhatikan dan akan cuba bila sampai masa.
Pentingkan kita ajar anak masuk dapur dari awal, nanti dia dah besar, takde la dia akwward nak tolong bini masuk dapur sekali.
Murid perempuan ponteng sekolah, malu tak ada hadiah untuk cikgu, ‘menyorok’ di masjid. Walaupun memberi hadiah kepada guru sering menjadi tradisi pada hari ini, hakikatnya bukan semua murid mampu untuk berbuat demikian.
Hari Guru Kebangsaan adalah hari yang istimewa bagi seluruh warga pendidik di Malaysia. Setiap tahun pada 16 Mei, kita meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang telah mendidik dan membimbing generasi muda negara. Terdapat pelbagai cara lain yang lebih bermakna untuk menghargai guru tanpa perlu memberi hadiah yang mahal.
Berikut perkongsian hantaran di Facebook Raja Shamri yang disalin semula melalui karya asal Cikgu Abd Ghani Haron.
Ketika menjadi pengetua dulu, suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya. Katanya ada seorang budak sekolah berada di masjid, macam ponteng sekolah. Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dengan aktiviti sambutan.
Saya bergegas sendiri ke masjid yang disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.
Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.
Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk, saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata, “Tak ada apa cikgu.”
Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia bercakap benar. Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu, dia akan berkata benar,”
Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan, ayah saya kerja jaga. Emak telah meninggal.”
Dia berhenti bercakap. Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis. Dia menyambung, “Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka..? Ini telah berlaku tahun lalu.”
Air matanya yang deras dikesat dengan kain tudung yang separuh lusuh. Saya pula yang turut sedih dan tidak terucap kata. Saya menghantarnya balik ke rumah, dalam perjalanan fikiran berkecamuk.
Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.
Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dengan memberi hadiah kepada guru di samping program sekolah. Memanglah ia sesuatu yang baik. Tetapi banyak ibu bapa yang miskin, yang kurang mampu, menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah, tak mau ke sekolah tanpa hadiah.
Yang berada minta hadiah lebih baik unutk mengatasi rakan. Anak yang telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak, tetapi memilih jalan lain untuk mengelak, memendam rasa, tetapi siapa yg peduli.
Maka adalah baik jika hadiah kepada guru tidaklah diberi penekanan, high light, kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru, dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dalam kelas yang menyebabkan pelajar lain terasa, maksudnya hadiah pada guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.
Bagi sekolah yang di luar bandar yang ibu bapa berpendapatan rendah, lebih-lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian. Hakikatnya, pelajar yang baik bukan memberi hadiah kepada gurunya, tetapi memberi khidmat kepada gurunya, bekerjasama dan patuh pada semua arahan.
Hari guru sebaiknya disambut dengan penzahirkan rasa syukur kepada Allah, bukan di zahir dengan berseronok suka. Mungkin sukan, sukaneka itu baik untuk menjalin hubungan, tetapi saya tak nampak di mana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas, murid menyanyi, menari, bergencok.
Mungkin sketsa yang mendidik, majlis tahlil, bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur, kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai. Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan, ada murid, murid kena bersyukur kerana ada guru yang mendidik, ibu bapa kena bersyukur kerana ada yang mengambil tanggungjawab mendidik.
Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kepada penzahiran rasa syukur kpd Allah. Kepada ibu bapa, minta anak menghadiahkan hari guru dengan janji untuk menjadi pelajar yang baik, yang taat, gigih yang berdisiplin, itu lebih besar maknanya kepada seorang guru dari sekotak hadiah.
Dari kisah yang saya paparkan, jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut sahaja ,dari situasi dan pandangan kita sahaja, tetapi berfikirlah dari berbagai sudut, dari berbagai situasi.
Baik pada kita, mungkin mencederakan orang lain. Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain, sebaliknya selalulah berusaha untuk menggembirakan orang lain, kelak di akhirat Allah gembira kan kita.
Wallahu a’lam..
Kesimpulannya sambutan Hari Guru tidak seharusnya menjadi beban kepada murid yang kurang berkemampuan untuk memberi hadiah. Apa yang lebih penting adalah rasa penghargaan yang ikhlas dan tulus kepada guru.
Terdapat banyak cara yang kreatif dan bermakna untuk menghargai jasa guru tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Penghargaan yang datang dari hati pasti akan memberi kesan yang lebih mendalam dan berpanjangan kepada guru. Semoga semua murid dapat menyambut Hari Guru dengan penuh semangat dan rasa terima kasih yang tulus.
Sumber: Raja Shamri, karya asal Cikgu Abd Ghani Haron
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.