“18 Januari genap umur Aamina enam bulan tapi tidak sangka dia pergi secepat ini meninggalkan kami sekeluarga,” kata Siti Madihah Muhammad, 33, ibu kepada Tengku Aamina Tengku Mohd Ikhwan yang disahkan maut di sebuah taska di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Bukit Jalil, pada Khamis lepas.
Menceritakan semula detik hitam itu, Siti Madihah berkata, anak keduanya itu dihantar ke taska yang terletak di bawah rumahnya dalam keadaan sihat dan ceria jam 6.45 pagi.
Menurutnya, pada jam 4.45 petang dia menerima panggilan telefon dari klinik swasta tidak jauh dari taska berkenaan yang memaklumkan supaya segera ke pusat perubatan berkenaan untuk melihat keadaan anaknya.
“Saya yang baru tiba di rumah cemas selepas mendapat perkhabaran itu sebelum bergegas ke klinik berkenaan untuk melihat keadaan Aamina.
“Tidak lama selepas itu, baru pemilik taska menghubungi dan memaklumkan Aamina sudah tiada (meninggal dunia). Saya terus menghubungi suami memaklumkan kejadian,” katanya kepada Metro.
Ditemui dalam keadaan terlangkup masa tidur
Ads
Siti Madihah berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan pemilik taska, arwah anaknya itu tidur jam 2.30 petang namun ditemui dalam keadaan terlangkup dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke klinik.
Katanya, doktor memaklumkan Aamina sudah meninggal dunia ketika sampai untuk menerima rawatan kecemasan di klinik berkenaan dan dalam keadaan pucat.
“Saya terkilan kejadian ini berlaku kerana sepatutnya pengasuh perlu memantau bayi di bawah jagaan mereka kerana Aamina sudah pandai meniarap.
“Saya dan suami reda dengan kejadian ini namun masih berharap keadilan untuk Aamina selain membiarkan siasatan lanjut dilakukan polis,” katanya.
Ads
Jenazah Aamina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya jam 4 petang semalam selepas selesai bedah siasat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Malam sebelum kejadian enggan tidur, bangun main
Sementara itu, menurut laporan Astro Awani pula, beliau kesal kejadian menimpa bayinya itu meskipun baru seminggu menghantar dua anaknya termasuk mangsa di taska berkenaan.
Jelasnya Siti Madihah, malam sebelum kejadian Aamina dikatakan enggan tidur selepas menyusu.
“Malam sebelum kejadian, dia (Aamina) tidak tidur selalunya dia menyusu dan akan tidur.
Ads
“Malam itu dia tidak tidur, dia hendak main, dia masih bangun meniarap hendak main dengan saya. Saya tidak fikir apa-apa, saya ingat mungkin dah tidur lama sebelum itu.
“Rupanya, itu petanda dia hendak main dengan Mama dia sebab esok dia dah tiada, saya redha Aamina pergi,” ujarnya lagi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, dalam kenyataannya mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit dan polis sedang menyiasat punca sebenar kematian.
Ramai netizen memuji caranya yang penuh kasih sayang melayan anak-anaknya termasuk dua anak angkatnya Ameena dan Qayum.
Ternyata wanita ini percaya setiap anak itu membawa rezeki buat keluarga dan dia tak kisah untuk sama-sama memikul tanggungjawab membesarkan anak-anaknya.
Tetap Sayang Walaupun Anak Angkat
Bertuah baby Meena dan Qayum sebab dijaga oleh keluarga yang sangat menyayangi mereka. Kedua bayi ini diambil dan dibela sendiri oleh DS Aliff Syukri dan DS Shahida.
Melihat kedua bayi yang semakin membesar dengan sihat dan ceria ini, nyatalah mereka mendapat cukup kasih sayang yang ikhlas dari ibu bapa angkat merka.
Bahkan anak-anak tauke produk Dherbs yang lain juga amat sayangkan kedua adik mereka yang masih kecil itu.
Ada pengikut mereka turut mengatakan yang wajah Meena dan Qayum sudah hampir sama dengan DS Aliff dan DS Shahida.
Semoga Allah limpahkan rahmat pada keluarga ini serta rezeki yang tiada putusnya.
Blogger dan Instafamous, Cik Epal telah berkongsi tentang rezeki di instagram beliau. Dia memuat naik gambar bersama keluarga dan menjelaskan rezeki sebenar bukan sahaja dari segi duit malah rezeki itu luas dan perlu dilihat dengan konteks yang lebih besar.
Rezeki bukan datang dari segi duit sahaja. Kalau konsep rezeki kita nampak dari segi wang sahaja, confirm kita tak kan pernah rasa cukup sebab duit ni infinity. Tak kan pernah habis.
Rezeki juga kalau ada: – Akal yg cerdas – Kesihatan yang baik – Sihat tubuh badan – Suami/family/mertua/anak yang baik
Dan macam2 lagi. Konteks rezeki ni luas. Kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada, Allah memang dah janji akan bagi kita lebih lagi. Cuma kita je kena usaha
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Cik Epal. Netizen turut berkongsi pengalaman mendapat rezeki dalam bentuk selain duit.
Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang, Indonesia, meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan.
Mangsa, Elsa Pitaloka, mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di Talang Buluh, Banyuasin dilanda jerebu toksik selama beberapa minggu yang turut menjejaskan kira-kira 800 isi rumah.
Mangsa kemudian dibawa ibu bapanya ke hospital selepas keadaannya makin tak stabil untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke hospital.
Menurut doktor pakar, Elsa meninggal dunia akibat jangkitan pernafasan akut (ISPA) yang berpunca daripada bakteria. Tetapi masih belum dapat pengesahan kerana pemeriksaan menyeluruh belum dilakukan ke atas mangsa.
Difahamkan, Elsa dilahirkan sebagai bayi yang sihat dan normal, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun masalah pernafasan itu tiba-tiba menyerangnya.
Sementara itu, Ketua Agensi Kesihatan Banyuasin, M Hakim berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat radang paru-paru kerana menghirup zarah jerebu toksik.
Foto: Bernama
KKM Keluar Nasihat Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing pada musim berjerebu ini dengan mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan mereka.
KKM sehubungan itu menggariskan 10 langkah pencegahan sebagaimana berikut:
1. Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
2. Selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
3. Banyakkan berada berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
8. Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.