Menggalas tanggung jawab menjadi isteri dan ibu membahagiakan. Tinggal hanya cara perlaksanaanya, banyakkan berlapang dada. Ikuti catatan ibu ini yang sungguh berinspirasi.
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
BILA ANAK RAMAI JADI PENAT
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
BILA TENANG COMEL, BILA PENAT…..
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Ads
BILA PENAT, SYAITAN MASUK UNTUK MENGHASUT
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
INI BUKAN KEHIDUPAN YANG SAYA CARI
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
Ads
SEMINGGU SEKALI UPAH BIBIK KEMAS RUMAH
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
KALAU SEMPAT BUAT, KALAU TAK SEMPAT PEJAM MATA
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Ads
HANYA FOKUS MAKAN MINUM KELUARGA
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama lama di tikar sejadah, mahu tadabbur alquran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.
RUMAH TANGGA ITU MEDAN PAHALA TAPI JANGAN TERLALU TEKAN DIRI
Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Asam garam kehidupan berumah tangga pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah perbalahan suami isteri pastinya akan turut berlaku. Namun sebagai ketua keluarga, suamilah perlu bijak memainkan peranan. Begitu juga isteri yang perlu bertolak ansur agar perselisihan faham misalnya berjaya dileraikan sebaiknya.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau tidak lokek berkongsi kisahnya malah punya cara sendiri dalam menangani masalahnya bersama isteri. Malah beliau turut mendedahkan, dia dan isteri akan menyelesaikan sebarang masalah atau perselisihan faham sebelum tidur. Itu sebaiknya.
Jelasnya lagi, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam kehidupannya bersama isteri.
“Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi.
“Tidur dalam keadaan marah akan menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Tindakan Dato Fazley ini sememangnya harus dicontohi oleh semua suami. Bukan masalah saja settle bahkan kasih sayang pun makin bertambah kuat setiap kali meminta maaf.
Berpisah sekejap satu jam dan kemudian selesaikannya
Satu tindakan yang sangat bijak. Siapapun tidak terlepas daripada perasaan marah namun cara Datuk Fazley bersama isterinya ini cukup istimewa. Mereka berpisah sekejap dan tidak sampai sejam kedua-duanya akan bersemuka dan menyelesaikannya dengan baik.
Akui Fazley, mana-mana wanita pun termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan.
“Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan.
“Isteri suka untuk melafazkan kemaafan. Jadi, bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk tapi kami akan memberikan ruang kepada satu sama lain.
“Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Dato Dr. Fazley Yaakob, dan Datin Azrene Soraya mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata. Si comel Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Sejak berkongsi kisah kehadiran Musa, anak angkat pasangan selebriti Mizz Nina dan suaminya Noh, ternyata wargamaya terus ternanti-nanti wajah si comel itu dikongsikan oleh pasangan ini di Instagramnya.
Namun baik Noh mahupun Mizz Nina, keduanya lebih senang tidak berkongsi segala cerita, apatah lagi kisah peribadi kehidupan mereka.
Namun perkongsian sekeping gambar Mizz Nina bersama Musa beberapa hari lalu turut menarik perhatian semua.
Mana tidaknya, sekeping gambar Nina yang sedang memangku kemas Musa begitu menarik perhatian. Jelas wajah keibuan dan kegembiraan yang dimiliki hati wanita cantik ini.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis ini meluahkan rasa syukurnya dengan setiap ujian yang diberikan kepadanya, lebih-lebih lagi apabila ujian tersebut hadir ketika bulan Ramadan datang bertamu.
“Banyak kali kita tersesat dan lupa tentang kebaikan dan pertumbuhan yang berlaku disebalik ujian ini, bagaimana Allah menghapuskan dosa-dosa kita untuk setiap air mata yang jatuh, dan juga setiap kesakitan.
“Saya bersyukur dengan ujian yang datang, tepat pada Ramadan, saya berdoa agar Allah izinkan saya memasuki Ramadan dengan hati yang lembut, suci dan bersedia untuk beribadah dengan sebaik-baiknya,” tulisnya berkongsi.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya kegembiraan Mizz Nina yang kini bergelar ibu. Katanya, begitu banyak perbezaan yang dilalui kini dalam kehidupan.
“Sangat berbeza bergelar ibu sekarang,” tulisnya sambil memberitahu tidak sabar untuk menyambut kedatangan Syawal bersama anaknya, Musa.
Malah melalui kapsyen yang ditulis isteri kepada penyanyi Noh ini, Mizz Nina juga tidak sabar untuk mengenakan busana sedondong dengan suami dan anak kesayangan mereka itu.
Wargamaya turut meluahkan rasa syukur melihat kegembiraan malah turut mendoakan yang terbaik buat keluarga kecil ini.
“Alhamdulillah, beruntung Musa to have both of you as parents.”
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Musa dengan ibu pakai sedondon. Comel sangat.”
“Happy tengok Mizznina happy. Syukur pada Allah atas anugerah. Semoga Musa jadi anak yang soleh.”
Terdahulu awal Mac lalu, Mizz Nina dan suami mengumumkan kehadiran Musa dalam hidup mereka dan kini sedang melalui detik bahagia bersama permata hati mereka.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila habis sahaja tempoh berpantang, satu hal yang menjadi kerisauan ibu-ibu pastinya untuk menyediakan stok bekalan susu sebelum kembali bekerja. Risau anak tidak cukup susu ketika bekerja nanti.
Perkongsian Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad, pakar ENT yang juga merupakan social influencer di instagram ini turut berkongsi tipnya bagi memastikan puteri sulungnya Nik Alesha atau Baby Ally cukup susunya.
Perkongsiannya di instagramnya nyata mendapat respon positif daripada pengikutnya.
Kerja Keras Untuk Dapatkan Stok Susu Ally
Jika anda seorang ibu yang bekerja seperti saya, tamat tempoh berpantang dan terpaksa kembali untuk menggalas tugas yang ditinggalkan. Memang menakutkan.
Saya rindukan anak saya setiap saat. Ada yang bertanya saya bagaimana saya bekerja keras demi menyediakan stok susu buat Baby Ally (saya post di IG story) sebelum kembali bekerja. Malah ada yang bertanya saya apa strategi saya untuk terus menyusukan Baby Ally secara eksklusif sebelum kembali bekerja.
Saya bukanlah pakar dalam hal ni tapi saya kongsikan cara dan membuahkan hasilnya buat saya.
1. Stock up! Mulakan mengepam dan sentiasa tambahkan bekalan susu anda. Hungry baby is grumpy baby. Beli freezer.
2. Pump: Semasa saya cuti bersalin, saya pam setiap 3-4 jam sambil beri secara direct pada Ally. Sekarang saya cuba untuk tidak melebihi 5 jam di tempat kerja. Jika tak berjaya, saya bekerja keras untuk waktu yang terlepas. Melaburlah untuk pam susu yang terbaik.
3. Bagi hari Isnin hingga Khamis, susu yang saya pam saya gunakan untuk keesokan harinya. Manakala untuk hari Jumaat pula, susu masukkan ke dalam penyejuk beku. Ahad malam biasanya saya akan keluarkan susu yang terdahulu dan cairkan semalaman untuk kegunaan hari Isnin. Hujung minggu saya direct BF.
4. Malah saya juga gunakan label pada botol susu untuk pastikan saya ambil susu yang betul. Label ni lebih bersih dan botol pun tak ada cebisan kertas dan gam. Malah boleh tulis semula, boleh dibasuh & boleh diguna semula untuk kegunaan harian.
Shout out to all working moms and BF moms… we got this and we can do this ?❤️
Kredit: @drtengkuezulia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.