“Bila agaknya anak boleh tidur sendiri ni. Dah umur 5 tahun pun masih nak tidur sekali”. Ni antara persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa dan dalam masa yang sama tak sampai hati nak biarkan anak tidur dalam biliknya.
Disebabkan kita terlalu fikirkan anak boleh atau tak tidur sendiri, sampai dah masuk sekolah pun anak jadi tak yakin. Nak tak nak, ibu ayah kena biasakan dari awal dan hati kena kental.
Berdasarkan perkongsian ibu ini, Puan Nuursyamien Farhien, pengalamannya membiasakan anak tidur sendiri seawal usia 1 tahun 3 bulan nampaknya berhasil dan sampai sekarang dah berusia 2 tahun 6 bulan dah boleh berdikari.
Berikut antara perkongsiannya..
Usia dua tahun dah tidur sendiri dalam bilik
Okay macam ni anak saya start umur 1y3 month dia dah berhenti minta susu malam sebab saya fokuskan makan banyak sebelum tidur. Jadi tiap kali tidur malam, dia tak akan bangun minta susu dah.
Bila nampak keadaan ini terkawal, saya mula membiasakannya tidur sendiri dalam biliknya pada waktu siang dulu. Seminggu pertama saya akan bagi waktu siang sahaja dia tidur biliknya. Sambil tu saya uruskan rumah, masak, urus kain baju. Alhamdulillah dia bangun tak menangis.
Ads
Umur dia genap 2 tahun saya terus ajarkan dia tidur pada waktu malam di bilik sendirinya. Cuma sebelum dia lelapkan mata, saya akan temankan dia smpailah terlelap dan saya akan keluar, tinggal dia tidur bersendirian.
Sentiasa bagi semangat, hias cantik bilik tidur
Minggu pertama tu memang letih sebab dia akan terjaga pukul 5 pagi masuk bilik. Waktu tu bila saya sedar dia nak tidur sekali, saya akan cakap elok-elok dan temankan dia sekejap untuk tidur sendiri pula dalam biliknya. Sampailah dia dah ok.
Lagi satu saya dan suami buat untuk dia rasa gembira tidur di bilik sendiri, kami penuhkan mainan kegemaran dalam biliknya. Alhamdulillah lama-lama anak saya jadi biasa tidur tanpa saya.
Ads
Bukan itu saja, bagi mempersiapkan emosi anak, saya bukan terus tinggalkannya tidur macam tu je. Awal-awal saya selalu bercakap dengannya seperti ni “Cicha dah besar nanti Cicha kena tidur sendiri ye..Cicha kan nak school nanti.” Ayat ini saya sentiasa ulang sampailah dia faham.
Lagi satu saya buat untuk anak tak bagi rasa takut tidur dalam biliknya sendiri, saya akan pasang lampu ruang tami dan buka sedikit pintu biliknya. Ini untuk pastikan ada cahaya malap dan bila dia nak turun sendiri katil, lebih mudah.
Selalu buat aktiviti bersama
Nuursyamien Farhien akui, disebabkan caranya ajar anak tidur sendiri di awal usia, selalu juga orang ‘cop’ saya tak sayangkan anak. Memang masa mula-mula dulu saya rasa down sebab orang selalu kata nanti anak kurang kasih sayanglah, kenapa terlalu awal ajarnya tidur sendiri dan macam-macam lagi.
Ads
Tapi saya ambil pendekatan postif je sebab ibu bapa mana nak buat sebegitu dengan anak. Ni semua untuk kebaikan bersama juga.
Walaupun setiap malam anak tidur sendiri, hubungan kami sangat rapat. Setiap hari saya akan libatkan anak dengan bermacam-macam aktiviti untuk dilakukan bersama. Contohnya jika saya sidai kain, dia akan buat sekali. Sekiranya saya masak di dapur, dia pun akan berada di dapur.
Waktu makan saya juga akan pastikan dia ada bersama agar bonding antara kami kuat. Anak zaman sekarang mereka cepat matang dan faham. Jadi saya akui apa yang kita nak untuk anak, jika diniatkan dengan baik, pasti dipermudahkan.
Bukan itu saja, waktu siang atau sebelum dia nak tidur malam, saya akan pastikan buat aktiviti bermain dalam biliknya dan memang nampak dia seronok dan faham. Apa-apa pun, cara kita sebagai ibu bapa penentu untuk anak-anak. Kita yang tahu apa terbaik buat mereka.
Kredit: Syaa Sari
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak yang panjang akal, yang lasak, yang bertuah ni selalu je buat kita geram kan?
Tapi, sedar tak, anak-anak ni sebenarnya menjadi ladang pahala kita?
Mereka ni juga menjadi asbab rezeki kita murah dan bertambah-tambah. Kadang-kadang, rezeki muncul dari pelbagai arah! Allah…Masih ingat lagi?
Kita selalu berdoa agar malaikat kecil ini membesar sihat dalam rahim seawal perkahwinan dulu? Tapi, selalu pulak merungut dengan karenah dan telatah mereka. Ye.
Menang penat membesarkan seorang anak. Apatah lagi yang ada dua, tiga atau lebih.
Alina pun manusia biasa jugak.
Ada masa memang geram, kadang-kadang ‘menyinga’ dan ‘mengaum’. Tapi cubalah untuk tenang & sabar. Dua key word ni tak mudah nak amal, tapi tak susah juga nak apply. Anak adalah saham akhirat kita.
Kita corak baik, dapat baik. Kita didik baik, kita juga yang menuai hasilnya. Doalah tanpa henti untuk mereka.
Belajar minta maaf dengan anak-anak jika kita pernah marah mereka, pukul mereka dan sebagainya.
Sebab anak-anak itu rezeki dan amanah yang besar. Begitulah, menjadi ibu dan ayah ni, kita tak boleh ego.
Hidup kita saling memerlukan. Mereka perlukan doa dan redha kita. Kita juga memerlukan doa dan cinta mereka.
3 amalan yang VALID untuk dibawa ‘balik’ ke sana.
– Ilmu bermanfaat. – Sedekah jariah. – Doa anak soleh.
Mudah-mudahan. Jom amalkan doa ni sama-sama. Sharekan supaya ramai lagi dapat manfaat.
‘Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.’
Doakan Alina jugak. InshaAllah!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Setiap orang ada kebaikan. Setiap orang juga ada keburukan. Tak ada siapa dalam dunia ni sempurna.
Kalau kita boleh terima ni, kenapa kita nak harap anak-anak kecil kita tu jadi sempurna? Langsung tak realistik, kan!
Macam mana yang realistik?
Kita cari kebaikan anak. Dan bantu bimbing kekurangan.
Tak payah nak compare anak kita dengan anak-anak orang. OK?
Anak ni rupanya tak automatik jadi baik. Lincah dan nakal tu semulajadi tingkah laku mereka. Sebab mereka tak tau apa baik dan apa buruk. Kita mak ayah ni la rupanya yang perlu motivasikan anak jadi baik.
Untuk motivasikan anak untuk jadi baik, kita perlu buat mereka rasa diterima, didengari, diperlukan, bernilai dan jadikan mereka rasa mereka sebahagian dari ahli keluarga. Bukan individu yang berasingan.
Bila mereka luah perasaan, letak tepi barang yang kita pegang. Pandang matanya.
Bila kita buat kerja rumah, beri sekali tugas kepada mereka.
Bila mereka memerlukan, kita hadiahkan pelukan.
Biar mereka tau, sumber kasih sayang ada dalam rumah. Tak perlu nak cari di sekolah. Atau menagih pada orang yang salah.
Kalau ada perangai anak yang kita tak senang, reflek semula diri kita. Adakah kita yang jadi penghalang anak untuk jadi baik?
Adakah kita hargai bila mereka berbuat baik? Atau adakah kita hanya nampak mereka bila mereka buat salah?
Kalau kita rasa anak kita nakal, tangkaplah mereka waktu mereka buat baik. Anak nakal sebenarnya lagi perlu banyak dipeluk dan dipuji.
Demam adalah reaksi semula jadi tubuh dalam melawan jangkitan, sama ada disebabkan oleh virus atau bakteria. Walaupun ia sering dianggap perkara biasa, ramai ibu...