Balik ke kampung beraya sememangnya membuatkan kita lebih prihatin untuk menjaga aurat yang perlu dijaga. Malah beraya dengan ahli keluarga dan ipar duai yang ramai juga membuatkan adakalanya kita alpa. Ibu menyusu antara yang perlu diberikan ruang dan perhatian sepanjang beraya. Mereka perlukan privacy.

Tidak hanya ruang untuk menyusu bahkan mereka perlukan rehat secukupnya untuk menyusu sepanjang beraya. Suami perlu lebih peka. Perkongsian Dr Aimi Jaafar ini banyak benarnya. Kita berikan ruang untuk mereka!


Sekadar berkongsi. Musim beraya ni, harap keluarga faham keadaan ibu yang menyusukan anak ya. Terutamanya sewaktu berjalan raya, balik kampung, etc.

Ada pula yang menempatkan ibu menyusukan anak di area ruang tamu, tanpa ada apa apa langsir atau penghadang. Tidur pula beralaskan lemek saja.

Beri Ibu Menyusu Privacy Waktu Beraya, Biar Aurat Ibu Terjaga!

IKLAN

Nak dijadikan cerita, ada keluarga lain juga di rumah / homestay yang sama. Berkira sangatkah ibu yang menyusukan anak ini?

Kalau diikutkan, boleh saja tidur dan berehat walau di tengah rumah. Cuma ada beberapa perkara yang penting untuk dipertimbangkan.

1. Ibu menyusukan anak ni memang sah sah akan mudah nampak auratnya. Terutamanya sewaktu tidur malam. Kalau ibu dah jaga sebaik mungkin, waktu tertidur mungkin akan terselak juga. Kasihan si ibu.

Beri Ibu Menyusu Privacy Waktu Beraya, Biar Aurat Ibu Terjaga!

IKLAN

2. Sakit badan menyusukan anak tu atas katil pun terasa, ini kan pula di atas lantai. Badan saya yang sakit memikirkan posisi badan ibu sewaktu menyusukan anak.

3. Privacy. Ruang persendirian untuk ibu berehat. Sangat penting. Bayangkan kalau ibu stress, susu pun tak lancar. Anak kurang susu, ibu boleh dapat bengkak susu. Nauzubillahiminzalik.

Beri Ibu Menyusu Privacy Waktu Beraya, Biar Aurat Ibu Terjaga!

IKLAN

Nasihat saya, suami perlu ambil peranan dalam memastikan isteri dan anak dapat ruang ini. Kalau rumah tu tak ada ruang, cari rumah lain. Bukan tak nak jaga hati keluarga, tapi dalam keadaan ini, sangat tak patut.

Carilah homestay lain yang berdekatan. Nak makan atau jalan raya, boleh saing. Tapi untuk rehat dan tidur, bukan di situ.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI