Bagi anak yang cukup gemar makan roti, padanan sup cendawan pastinya menjadi santapan paling menyelerakan buat anak-anak kecil kita. Bukan anak-anak sahaja yang suka, mama pun terlajak suka macam anak-anak. Jadi ada baiknya mama sediakan sendiri sahaja di rumah. Kuantitinya lebih banyak dan boleh makan sampai malam. Tak gitu?

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah ini ringkas sahaja tetapi boleh tahan pekat dan likatnya. Sama macam kedai! Jadi jom cuba.

Tak Payah Beli, Buat Sendiri Sup Cendawan. Resipi Ini Terlajak Sedap!

Dah lama Si Cendawan Butang bertapa kat dalam peti sejuk. Teringin nak bagi anak-anak makan mushroom soup. Makanya kita buat sendiri sebab macam gerun aje nak guna yang dalam tin tu.

Guna bahan-bahan yang ada kat dapur ni. Paling penting dibuat dengan kasih sayang seorang ibu. Wahhh gitu. Selamat mencuba. Buat extra sikit sebab tau mak-mak akan over makan.

Bahan-bahan yang kena ada:-
Cendawan butang dicincang ( 2-3 cawan)
Susu better guna ‘Fresh Milk’ untuk anak bawah 2 tahun. Ni terpaksa sebat stok mak depa.
Bawang besar / holland (setengah biji atau sebiji. Dicincang ikut saiz yang sesuai)
Sebiji bawang putih dicincang
Tepung jagung

IKLAN

** kalau ada cheese boleh letak lagi umppph tau. Dengan celery buh sekali kalau ada.

Tak Payah Beli, Buat Sendiri Sup Cendawan. Resipi Ini Terlajak Sedap!

*** Sila la adjust ikut selera memasing gak.

Tak Payah Beli, Buat Sendiri Sup Cendawan. Resipi Ini Terlajak Sedap!Tumis bawang-bawang yang dicincang dengan penuh kasih sayang. Pastu tumis sekali cendawan tu. Cendawan jangan tuang semua. Tinggalkan sikit.

IKLAN

Tak Payah Beli, Buat Sendiri Sup Cendawan. Resipi Ini Terlajak Sedap!Masukkan air ngam-ngam paras bahan yang ditumis tadi. Tunggu sampai cendawan tu layu di tasik biru.

Tak Payah Beli, Buat Sendiri Sup Cendawan. Resipi Ini Terlajak Sedap!Biarkan sejuk jap. Pastu kisar lumat selumat-lumatnya.

Tak Payah Beli, Buat Sendiri Sup Cendawan. Resipi Ini Terlajak Sedap!

IKLAN

Tuang bahan yang dah dikisar tadi. Tuang susu sekali. Pastu letak baki cendawan yang kita suruh tinggalkan sikit tadi.

Tak Payah Beli, Buat Sendiri Sup Cendawan. Resipi Ini Terlajak Sedap!

Jangan dilupa 1-2 sudu tepung jagung. Bagi efek kental sikit nanti. Kalau ada cheese letak tau. Serius lemak-lemak gak nanti. Perggghhh. Garam letak ikut keperluan umur ya mak-mak.

Tak Payah Beli, Buat Sendiri Sup Cendawan. Resipi Ini Terlajak Sedap!
Haaa mana? mana?

Siap untuk disantap oleh mak. Eh oleh anak-anak. Apa pun mak jugak yang over. Makan dengan roti yang dibakar dalam oven. Duetkan dengan ‘garlic bread’ pun padu gak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI