Bayi kecil kita perlu diajar seawal usia untuknya meneroka keadaan di sekeliling. Caranya biarkan sahaja anak bermain di lantai dengan pemantauan kita. Elakkan asyik mengendong atau berdukung sentiasa, biarlah anak bergerak ke sana ke mari.

Cara ini bukan hanya membuatkan anak lebih terdedah dengan sekelilingnya bahkan anak lebih cepat duduk. Senang kerja mama. Apa aktiviti yang boleh dilakukan anak ketika floor time ini? Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira.


Untuk Sofiyyah boleh belajar duduk sendiri, memang banyak floor time diberi setiap hari. Di usia 6 bulan 3 minggu, Sofiyyah dah boleh duduk sendiri.

Terkejut saya ketika itu, eh MasyaAllah dah boleh duduk. Abang-abangnya yang beritahu, eh adik dah boleh duduk.

Subhanallah, bila anak diberi ruang dan peluang untuk bergerak dan eksplor tentang badan sendiri, InsyaAllah, mereka akan mampu bina kemampuan dan perkembangan motor kasar akan terbina dengan baik.

Tak Payah Gendong Selalu, Biar Anak Buat Aktiviti ‘Floor Time’, Lagi Cepat Duduk!

Sofiyyah ini beratnya menghampiri 9 kilogram di usia 6 bulan , ya alhamdulillah, sangat sihat.

IKLAN

Kalau ke mana-mana akan menarik perhatian mereka yang melihat, sebab gebu sangat. Kalau berdukung lama-lama, memang kebas tanganlah.

Tapi badannya yang berat tak menghalang dia untuk duduk sendiri. Sebab apa ?

Sebab stimulasi dan floor time yang diberi setiap hari. Bila ada floor time, anak boleh berlatih gunakan anggota badannya dan mereka akan body awareness yang lebih baik , berbanding kita biarkan saja di dalam baby cot atau walker.

Apa aktiviti yang saya bagi ketika floor time ?

✅ Letak mainan yang selamat untuk anak di sekeliling supaya dia tertarik nak ambil dan gerakkan badan.

IKLAN

✅ Letak buku di depan dan bacakan buku ketika anak meniarap.

✅ Main peekaboo. Peekaboo ini banyak manfaatnya! Antaranya, tingkatkan trust anak pada ibu ayah, bina eye contact , ransang komunikasi.

✅ Menyanyi bersama anak dan ransang dia untuk bercakap dengan sebutkan mainan yang ada di hadapan dia.

✅ Tunjukkan gesture tepuk tangan dan bye-bye. Anak-anak umur 6 bulan dah boleh mula meniru sesetengah gesture tau! Jadi dah boleh diajar.

IKLAN

Tak Payah Gendong Selalu, Biar Anak Buat Aktiviti ‘Floor Time’, Lagi Cepat Duduk!

Floor time ini sangat bagus untuk perkembangan fizikal anak. Saya pun dapat tahu kelebihan floor time dari sebuah ebook perkembangan bayi yang saya rujuk untuk perkembangan baby saya dari newborn lagi, Ebook Baby Step. Senarai milestone ikut umur anak pun saya rujuk sini.

Bayi perlukan perkembangan fizikal yang baik untuk sensori dan otak mereka berkembang dengan pesat. Sebabnya memang anak belajar melalui eksplorasi.

Banyak diberikan peluang, banyaklah ruang nak eksplor. Pastikan selamat sahaja.

Menarik: Kalau Tak Ada Kekangan Kewangan Ambillah, Elfira Loy Nasihatkan Bakal Ibu Ambil Epidural Waktu Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI