Ibu mana yang tak sayang anak? Dan ibu mana yang tak mahu beri yang terbaik untuk anak-anaknya? Tapi, bila cara didikan kita mula dipertikai, siapa tak terasa hati?
Itulah yang terjadi pada selebriti cantik dan penuh gaya, Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta, apabila segelintir netizen mempertikaikan pendekatannya dalam mendidik anak-anak.
Ads
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Che Ta menegaskan, setiap ibu bapa pastinya mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak mereka.
Jangan sibuk nak tegur rumah tangga orang kalau diri sendiri pun tak betul. Zaman sekarang ini ramai yang acah-acah dekat media sosial seolah-olah mereka betul.
Tegur anak kita kenapa tak macam itu..kenapa tak macam ini.
Anak awak, ajarlah cara awak. Anak saya, saya ajar cara saya. Sibuk je nak atur hidup orang lain, awak jaga anak awak, saya jaga anak saya. Masing-masing besarkan anak ikut cara masing-masing sudah.
Justeru, aktres berusia 52 tahun itu menasihati warganet supaya jangan mudah untuk menilai kehidupan seseorang.
Ads
Ramai yang terpaling suci, terpaling nombor satu dan terpaling sempurna hidup mereka sampai sibuk nak cerca hidup orang lain.
Tak payah, jaga diri sendiri. Tak payah jadi CCTV hidup orang, fokus dengan hidup sendiri sahaja.
Bergaya Tapi Berdisiplin
Che Ta mungkin terkenal dengan gaya hidup glamor, tetapi beliau juga dikenali sebagai ibu yang sangat mengambil berat tentang pelajaran dan disiplin anak-anak. Dalam beberapa temu bual terdahulu, Che Ta pernah berkongsi bahawa walaupun anak-anaknya dilimpahi kemewahan, mereka tetap diajar tentang tanggungjawab, adab dan hormat orang tua.
Dalam satu kenyataan lain, Che Ta turut menyatakan bahawa dia dan suaminya, Zain Saidin, sering menitikberatkan aspek pendidikan serta pembentukan karakter anak-anak sejak dari kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teringin anak kembar, Zulin Aziz minta doakan impian dikurniakan zuriat jadi kenyataan. Anak adalah penyeri rumah tangga. Bagi Zulin Aziz, sudah lama pelakon ini menanam impian untuk memiliki zuriat namun masih belum diberi kesempatan bergelar seorang ibu.
Ketika hari raya pertama, Zulin pernah membuat satu hantaran dilaman Instagramnya, dengan kapsyen, “Tahun depan kita raya berempat ya? Nak kembar. Tolong doakan kami please.”
Rentetan daripada perkongsian itu yang berjaya menarik perhatian warga maya, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, memetik Sinarplus menganggap sangat comel untuknya dan suami sekiranya mempunyai rezeki dikurniakan pasangan kembar.
“Saya teringin sebab rasa macam ‘cute’ pula ada anak kembar.
“Dalam keluarga saya memang ada (anak kembar), sebab itu saya teringin sangat,” katanya.
Pada masa sama, beliau mengakui tidak berputus asa dan sentiasa berusaha semoga impian mereka untuk dikurniakan cahaya mata tercapai. justeru, Zulin berharap orang ramai turut mendoakan impiannya itu tercapai.
Malah, dirinya juga tidak melatah setiap kali disoal tentang zuriat kerana baginya soalan yang diajukan hanya sebagai permulaan sebelum perbualan dan mungkin hanya topik itu sesuai untuk diajukan ketika itu.
“Kalau kita dah kata soalan sama, jadi kita dah terbiasa. Jadi tak perlu nak sakit hati.
“Dulu tak kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, bila nak ada anak. Jadi soalan itu kita anggap sebagai pembuka bicara lah dia nak berborak dengan kita je.
“Selalu kita nak borak dengan orang, pertama sekali terfikir yang obvious pasal dia.
“Macam Zulin dah kahwin, mungkin pasal berat badan atau anak. jadi jangan ambil hati dia nak buat topik borak je” jelasnya.
Untuk rekod, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.
“Dia balik mengadu dengan I.. “mommy, I dont think I can help you take care of my new adik, Im injured…”
“Pastu tak habis lagi tu.. he came to me again and said.. “mommy, I dont think I will be alive any longer…”
“Blood is coming out from my wound nonstop” 😆🤭🤪 ya rabbi Adam.. Adam… esok baik dah tuuuu…. 😝”
Kisah mencuit hati tersebut mendapat riaksi ramai warga maya. Rata-rata berkongsi kisah drama anak-anak kecil mereka yang serupa dengan kisah Adam.
Ryyhan.k Last time anak no 3 pun drama lps jatuh pastu dlm melalak dia tanya nyawa dia tinggal berapa (konfem pengaruh game). Adam mesti asik ingat adik tu luka pun sebut jaga adik.
syuhadarhmt Lelaki kalau sakit/injured kan dia dramatik sikit 🤣🤣🤣 baru demam dah tulis wasiat… Ahhahahaha macam² pe’el 🤣🥰
aman_iena’s Esok sakan dia berlari mcm xde apa berlaku hahah
Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan segala perbelanjaan meningkat termasuk kos perubatan sudah tentu memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Justeru menyedari betapa sukarnya perjuangan rakyat, kerajaan negeri Selangor mengambil inisiatif untuk meringankan bebanan rakyat dengan memperkenalkan perlindungan insurans am.
Perlindungan insurans am sehingga RM10,000 secara percuma meliputi kecederaan dan kehilangan upaya akibat kemalangan,khusus untuk rakyat negeri Selangor.
Kematian yang disebabkan kemalangan dengan perbelanjaan pengebumian berjumlah RM1,000 turut diberikan menerusi skim yang dikenali sebagai INSAN.
Apa yang menariknya perlindungan insurans ini juga terbuka kepada bayi berumur 30 hari sehingga warga emas berusia 80 tahun dan dianggarkan akan memanfaatkan seramai 6 juta rakyat negeri ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, skim INSAN merupakan perlindungan hayat yang diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kebajikan di samping memberi perlindungan menyeluruh kepada rakyat.
“Selepas melaksanakan pelbagai program, kita mahu rakyat dilindungi, ambil iktibar daripada wabak Covid-19 dan insiden banjir, rakyat perlu disedarkan tentang perlindungan dan kerajaan negeri memulakan inisiatif ini supaya perlindungan seumpama ini menjadi satu pemahaman dan sebahagian daripada pilihan.
“Tidak ada ruginya perlindungan ini. Bukan untuk mempromosikan syarikat insurans tetapi dalam masyarakat maju di masa hadapan, perlindungan kesihatan sebagai contoh menjadi salah satu daripada keperluan dan prioriti masyarakat,” tegas beliau.
Malah beliau berkata, untuk berganjak ke sebuah negeri maju, masyarakat perlu terbiasa dan memahami kepentingan perlindungan terhadap diri sendiri.
Tambah beliau, ia dibuktikan juga dengan kos yang tidak begitu besar berbanding kos lain yang dilepaskan ketika menerima elaun atau gaji masing-masing.
“Sebahagiannya adalah untuk membudayakan skim perlindungan dan niat sudah pasti untuk melindungi serta sebagai tanda kita (kerajaan negeri) bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor,” jelas beliau.
Mengulas lanjut, ujar Amirudin, sejak diperkenalkan pada 1 Oktober lalu, pihaknya telah menerima lebih 40,000 pendaftaran.
Bagaimanapun, beliau menyasarkan lebih sejuta rakyat Selangor akan berdaftar pada akhir tahun ini manakala keseluruhan 6 juta sepanjang tempoh satu tahun pelaksanaan INSAN.
“Program ini akan disambung dari semasa ke semasa dan akan diperbaiki untuk kebaikan rakyat secara keseluruhan. Langkahnya juga mudah yang mana hanya perlu muat turun aplikasi wavpay atau hadir ke pusat khidmat supaya bantuan pendaftaran dapat dilakukan.
“Ia akan ambil masa sedikit tetapi tidak lebih 48 jam, biasanya jika tidak lulus pasti ada kekurangan tertentu seperti maklumat tak lengkap.
“Bagaimanapun jangan khuatir, anda boleh datang ke pusat khidmat MBI supaya pendaftaran dapat dilakukan,” jelas beliau sambil berkata ia bukanlah paksaan sebaliknya inisiatif untuk rakyat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fintech Wavpay, Brahma Shakthi ketika ditemui mengulas tentang kerjasama dengan skim INSAN.
Menurutnya, kerjasama tersebut adalah untuk menyediakan platform khusus bagi inisiatif yang ditawarkan kerajaan negeri selepas pihaknya melihat potensi dunia digital yang sangat meluas di samping infrastruktur serta pola pengguna yang sangat memberangsangkan.
“Covid-19 telah mengubah landskap pengguna yang lebih cenderung untuk menggunakan platform digital. Jadi dengan kerjasama bersama MBI ini, seberapa banyak inisiatif kerajaan negeri dapat dipusatkan dalam satu platform.
“Pengguna khususnya rakyat negeri Selangor lebih mudah untuk membuat rujukan dan pendaftaran melalui aplikasi Wavpay (consolidate).
“Kami turut berminat untuk menawarkan khidmat kepada kepada kerajaan negeri yang lain, pada masa sama kajian dan penambahbaikan turut dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan pengguna menikmati perkhidmatan yang kondusif serta cepat,” katanya.
INSAN dilancarkan Amirudin semasa siri ketujuh Jelajah Selangor Penyayang yang bertempat di Stadium Sultan Suleiman, Klang, pada 23 Oktober lalu.
Setiap individu perlu mendaftar sendiri manakala ketua keluarga boleh mendaftarkan untuk anak-anak mereka.
Aplikasi mobil e-Wallet Wavpay boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGalery.
Jadi apa tunggu lagi? Anak jati Selangor jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan skim perlindungan percuma ini ya!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.