Kepetahan Isaac memanggil daddy berulang kali tanpa pelat menarik perhatian ramai. Dahlah dengan lesung pipitnya di kedua-dua pipi itu buatkan lagi bertambah geram.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan Isaac.
“Halahhhhh comel plak dia maen peekaboooo dgn daddy dia❤️”
“Comell laa… mahal tu lesung pipit..”
Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga pada Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Pelajaran terbesar yang anak kenal pada usia ini ialah:
1. ‘Conscience’ (hati nurani)
Anak berkemampuan menilai kelakuannya sendiri dan memberi respon yang sesuai terhadap pelbagai situasi sosial yang di hadapinya.
Pelajaran di usia ini membolehkan anak merasai perasaan sendiri, juga perasaan dan kelakuan orang lain.
Contohnya: anak telah ada pendapat /buah fikirannya seperti anak beritahu ibu di mana ibu patut duduk atau seluar yang mana dia mahu pakai hari ini.
Atau, anak telah ada rasa malu, menyorok di belakang ibu bila orang asyik mengata tentang dua batang gigi depannya yang besar.
Atau, anak enggan lihat ke mata ibu kerana dia tahu ibu marah atau kecewa dengan sikapnya yang sengaja menolak jatuh si adik.
Atau, anak mula pandai sorok di tempat terpencil misalnya belakang pintu ketika sedang membuang air besar di dalam lampin kerana ada rasa malu dan mahukan sedikit ‘privacy’. Juga kerana mereka lihat orang dewasa juga membuang air secara sulit. Oh ya, memang ada juga anak yang sengaja berbuat begitu kerana dia ingin lari dari di ‘tangkap’ ibu yang cuba melatihnya membuang air di tandas (cerai lampin/potty training).
bila anak sendiri pun boleh merasa semua perasaan ini, ia bermaksud mereka juga tahu apa yang orang lain rasa bila berada di dalam situasi yang hampir sama dengan apa yang mereka alami.
Namun INGAT, memiliki kesedaran hati nurani juga bermaksud anak ada sikap tamak, cemburu, marah, iri hati dan lain-lain. Maka , anak perlu belajar bahawa dunia dia ini bukan hanya tentang dirinya, kemahuannya dan perasaannya sahaja. Anda orang lain, perasaan dan keperluan orang lain juga yang perlu di ambil kira.
Maka, di dunia sistem inilah PELUANG TERBAIK untuk ibubapa menjadi contoh kepada anak dengan menunjuk kelakuan yang anda ingin anak miliki.
Anda boleh memiliki anak 2 tahun yang ‘sweet, nice & cooperative’.
Tetapkan batasan dan peraturan, selalu betulkan anak segera dan tunjuk cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu serta tidak bertolak ansur untuk bertindak ke atas sebarang sikap yang tidak sesuai atau buruk.
Ingat, otak anak kecil memiliki tahap ‘plasticity’ (kebolehlenturan) yang tinggi dan ‘maturity’ (kematangan) yang rendah. Ia bermaksud, mereka boleh menerima apa-apa pelajaran yang dibiasakan kepadanya WALAUPUN dia mungkin tak faham sepenuhnya.
Ini bukan lagi usia, ” ‘Tak apa lah, dia kan budak-budak lagi” Kerana dia budak-budak lah dia harus di tunjuk ajarkan. Terlalu banyak kajian dan ramai ahli psikologi bersetuju: You can never spoil a baby but you can spoil a toddler.
Kesimpulannya? : Anak mula pandai menyorok untuk membuang air itu SALAH SATU tanda anak anda bukan bayi kecil yang tak tahu apa-apa lagi!
Jarang nampak bayi baru lahir sampai umur tiga bulan dibiarkan tanpa bersarung tangan. Sarung tangan bayi menjadi barang wajib pakai dan mesti ada bagi yang baru bersalin. Kalau tak pakai macam tak lengkap dan bukan bayi baru lahir pula.
Alasannya sebab ibu bimbang bayi akan mencederakan mukanya sendiri dengan kuku yang panjang. Penjagaan tradisional sejak turun temurun ini memang tak ada siapa yang berani membantah.
Tetapi zaman sekarang yang serba moden dan pelbagai kajian dilakukan oleh pakar mendapati sarung tangan sebenarnya tak perlu dipakaikan terlalu lama kepada bayi baru lahir.
Pemakaian sarung tangan sebenarnya boleh mempengaruhi perkembangan si anak. Ini antara sebabnya.
1. Tangan bayi sentiasa menggenggam
Perasan tak bila sesekali anda membuka sarung tangan bayi mesti keadaan tangannya sentiasa menggenggam sahaja kan? Jika kita menanggalkan sarung tangan seawal yang boleh, tangan anak akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi.
2. Bayi tak akan meneroka dunia sekelilingnya
Kalau tangan bayi sentiasa berada dalam sarung tangan dan terus menggenggam tangannya, dia tidak akan dapat meneroka apa yang ada di sekelilingnya dan otaknya juga tidak akan terangsang.
Kita yang bergelar ibu sudah diajar oleh orang tua-tua supaya sentiasa memakaikan bayi sarung tangan supaya tidak tercakar mukanya sendiri, tangan anak tidak sejuk atau terkena sawan daki di celah-celah jari bayi.
Sebenarnya dengan tidak memakaikan bayi anda sarung tangan, ia menjadi pelajaran pertama baginya.
Memang awalnya anak akan berisiko tercakar mukanya sendiri dan akan menyebabkan luka sedikit, tetapi selepas itu dia belajar kalau terkena kuku, akan rasa sakit. Jadi si kecil akan berhenti mencakar muka dan mula menggosok muka menggunakan belakang tapak tangan.
Untuk mengelakkan bayi daripada mencakar mukanya sendiri, ibu mestilah rajin memotong kuku bayi supaya ia sentiasa pendek. Kebanyakan ibu tak pernah memotong kuku bayi mereka dengan alasan takut kerana kuku anak terlalu halus dan nipis.
Bahkan alasan sawan daki di celah jari bayi juga dapat dielakkan daripada berlaku apabila tidak dipakaikan sarung tangan.
Sebaiknya ibu boleh mula menanggalkan dan menghentikan pemakaian sarung tangan seawal bayi berusia sebulan supaya dia dapat mula belajar banyak perkara menggunakan tangannya.
Misalnya, bayi yang minum susu menggunakan botol, boleh mula diajar memegang botol sendiri (dengan pantauan ibu) sementara yang menyusu susu ibu, boleh diajar menyentuh kulit ibu dan proses ini dinamakan bonding.
Banyak kelebihan yang akan diperoleh oleh bayi anda bila dia mula meneroka dunia sekeliling menggunakan jari tangannya termasuk perkembangan skil motor, kinestetik dan segala kemahiran menggunakan tangan.
Jadi, kenapa perlu halang jari jemari anak kita dan tangannya daripada meneroka segala yang ada di sekelilingnya jika ia baik untuk perkembangan mereka?
Tak perlu membazir duit membeli banyak sarung tangan bayi anda. Biarkan jari mereka meneroka dunia ini.
Sumber: Nor Farahdilah Furmon
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali bayi lahir dan kelihatan kuning, mesti ada ‘doktor-doktor kampung’ yang bagi pelbagai nasihat. Ada yang betul, ada juga yang langsung tak masuk akal — tapi masih diamalkan. Dalam artikel ini, kita akan bongkar mitos-mitos popular tentang bayi kuning dan padankan dengan fakta perubatan yang sebenar. Sebab bila melibatkan kesihatan anak, mak ayah kena berilmu bukan ikut cakap orang.
Cahaya matahari pagi (sebelum jam 9 pagi) mungkin bantu sedikit dari segi pencahayaan semula jadi — tetapi ia bukan rawatan utama. Jemur bayi pada waktu tengah hari sangat berisiko kerana boleh menyebabkan panas berlebihan (overheating), dehidrasi, dan kerosakan kulit. Rawatan sebenar untuk jaundis yang serius adalah melalui pemantauan doktor dan fototerapi, bukan jemur tengah panas.
Memberi bayi bawah 6 bulan air kosong boleh menyebabkan masalah serius seperti keracunan air, menggangu keseimbangan elektrolit, dan boleh menjejaskan tumbesaran. Bayi yang kuning perlu menyusu lebih kerap, sama ada susu ibu atau formula, untuk bantu tubuh buang bilirubin secara semula jadi melalui najis dan air kencing — bukan dengan air kosong.
Tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini. Mandikan bayi seperti biasa sangat digalakkan untuk menjaga kebersihan kulit dan keselesaan bayi. Air mandian tidak menjejaskan paras bilirubin dalam darah. Jadi jangan risau — mandi itu bukan punca kuning naik, malah bantu bayi rasa lebih segar dan aktif.
Dapatkan nasihat dari pakar, bukan sekadar dengar cakap sesiapa. Jangan jemur sesuka hati, jangan beri air masak sesuka hati, dan jangan percaya bulat-bulat tanpa bukti. Rawatan sebenar jaundis mesti berpandukan pemeriksaan dan keputusan perubatan.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya menjaga, tapi memastikan apa yang kita buat betul dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...