Sebelum mengenakan baju, sarung tangan dan kelengkapan lain pada anak, sebaiknya diperiksa terlebih dahulu samada ada lebihan bebenang yang tidak ditanggalkan.

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, benang yang terlebih ini berpotensi mencederakan anak bayi kecil kita. Tanpa kita sedari, benang ini boleh melilit kemas pada jari anak kecil kita dan jika dibiarkan lama, lilitan ini membuatkan bukan hanya buat jari bayi terluka bahkan boleh menyebabkan salur darahnya tersekat. Elakkan!

Tak Perasan Benang Pada Sarung Tangan & Baju Anak Terlilit Pada Jari, Jangan Biarkan, Bahaya!


Gerunnya kalau jari baby tiba-tiba jadi hitam sampaikan terpaksa dipotong!

Kadangkala kita sendiri pun tak perasan, jari si comel tu dah terlilit dengan benang samada daripada pakaian, mittens, selimut bayi atau pun mungkin sebab terjerut dengan helaian rambut.

Ye lah. Lagi pulak kalau tangan dan kaki dia asyik terkurung dalam mittens and booties t 24 jam. Keadaan ni lah yang kita sebut sebagai Hair Tourniquet Syndrome (HTS).

IKLAN

Bila lilitan tadi dah jadi terlampau ketat dan susah nak dilepaskan, kulit bayi akan mula terluka. Salur darah pun tersekat dan akhirnya aliran darah terhenti.

Tak Perasan Benang Pada Sarung Tangan & Baju Anak Terlilit Pada Jari, Jangan Biarkan, Bahaya!

Jika makin lama terbiar begitu, keseluruhan jari tu akan bertukar jadi warna hitam legam. Sebab tu kalau si kecil kita tiba-tiba je berteriak menangis tak henti-henti, tolonglah periksa keseluruhan anggota badan dia dengan teliti.

IKLAN

Selain tu,
– Tolong cek jugak pakaian yang nak disarungkan ke tubuh dia. Mana benang yang dah timbul dan tercarik tu, buangkanlah dulu.

– Kalau baby tu jenis yang suka sangat duk main rambut kita ni, make sure tengok selalu jari anak tu.

– Amalkan rutin masa mandikan bayi, periksa betul-betul tubuh badan dia dengan cermat.

IKLAN

Tak Perasan Benang Pada Sarung Tangan & Baju Anak Terlilit Pada Jari, Jangan Biarkan, Bahaya!

– Lagi bagus kalau mittens dan booties tu tak payah dipakaikan terlalu kerap bila usia bayi dah mula meningkat. Lebih mudah kita nak lihat tangan dan kaki dia kan.

Kalau tiba-tiba ada yang cakap nanti bayi jadi kembung sebab angin masuk ikut kaki, abaikan je. Mengarut sangat tu.

Lepas baca, tolong #share info mahal ni dengan kawan-kawan yang lain jugak ye.

Artikel berkaitan: Di Sebabkan Benang Sarung Tangan Terlilit, Jari Anak Mati, Bertukar Hitam Dan Terpaksa Di Potong!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI