Malang tidak berbau. Hal-hal yang tidak kita jangkakan tidak mustahil terjadi jika kita tidak mengamalkan sikap berhati-hati dan peka dengan sekeliling. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil, semua perkara perlu difikirkan risikonya, bimbang boleh membahayakan anak-anak kecil kita di rumah.

Ketika berada di rumah, lebih-lebih lagi ketika musim PKPB ini, tingkatkanlah tahap keselamatan di rumah untuk si manja. Semua ruang di dalam rumah seharusnya diberikan perhatian misalnya seperti tangga, bucu meja, ruang menonton televisyen, dapur, bilik air dan sebagainya. Malahan di tempat tidur, katil yang dirasakan selamat itu juga boleh membahayakan anak-anak kita. Jadi ibu perlu lebih peka.

Umumnya, kebanyakan barangan perabot di rumah bukanlah direka sebagai mesra kanak-kanak. Maka, sudah pasti risiko kecederaan adalah tinggi. Namun, usah risau, berikut 3 petua untuk membantu wujudkan tempat yang lebih selamat untuk si manja bermain di rumah.

Tak Perlu Ajar Anak Buka Laci & Ambil Barang Di Dapur. Biar Dia Tak Pandai, Lagi Selamat!

Kedudukan televisyen
Bagi televisyen panel rata, sebaiknya dipasangkan pada dinding. Jika TV anda bersaiz besar, pastikan perabot yang digunakan rendah dan mampu menampung berat.

Gunakan anti-tip brackets untuk melekatkan perabot berat ke dinding. Dengan memastikan kedudukan TV dan perabot selamat, pastinya anda dapat mencegah daripada terjadinya sebarang risiko kecederaan pada anak.

IKLAN

Balkoni dan tingkap
Dalam keadaan cuaca yang panas, pastinya kita akan terdorong untuk membuka pintu balkoni dan tingkap untuk mendapatkan cuaca segar.
Jadi sentiasa pantau keadaan anak. Elakkan daripada membiarkan mereka sendirian berhampiran pintu balkoni atau tingkap. Jika boleh, pasang pelindung keselamatan tingkap.

Pagar keselamatan
Sekiranya rumah anda mempunyai tangga, sebaiknya gunakan pintu/pagar keselamatan untuk menghalang si manja daripada mendekati bahagian tersebut.

Dalam proses pemasangan, pastikan anda membaca arahan dan label amaran pengeluaran untuk menentukan kaedah dan cara memasangnya yang betul.

Tak Perlu Ajar Anak Buka Laci & Ambil Barang Di Dapur. Biar Dia Tak Pandai, Lagi Selamat!

IKLAN

Pasang pagar keselamatan di dapur
Dapur adalah sebahagian ruang yang berbahaya buat anak-anak kita. Pasanglah pagar keselamatan agar menjadi penghadang untuk anak memasuki ruang ini tanpa kita sedari. Malah ketika kita memasak juga, anak tidak terdedah kepada bahaya lain.

Sebaik selesai memasak, tutuplah pintu penghadang ini agar anak terus tidak memasuki dapur. Pun begitu langkah keselamatan adalah menyimpan kesemua barang tajam atau berbahaya di dalam laci bertutup yang tidak boleh dicapai anak-anak.

Jangan sesekali ajar anak buka laci atau minta ambilkan barang di dapur. Biar dia tidak pernah tahu. Bahaya menanti.

Jangan buka pintu tandas
Satu hal yang perlu diberikan keutamaan adalah tandas yang mengundang pelbagai bahaya kepada anak-anak. Elakkan pintu tandas sentiasa dibiarkan terbuka. Sentiasalah tutup pintu tandas. Malah elakkan juga meletakkan air di dalam baldi kerana ia mengundang pelbagai risiko.

IKLAN

Kemaskan perabot
Bucu-bucu meja dan kerusi antara perabot yang boleh membahayakan anak-anak kecil kita. Memanjat tanpa mengira waktu membuatkan dua elemen ini sebaiknya dikemaskan dan diletakkan pada sudut yang tidak membahayakan mereka.

Biarkan kawasan yang lapang agar anak dapat bergerak dengan bebas tanpa membahayakan mereka. Inilah yang sebaiknya.

Artikel berkaitan: Biarkan Anak Menangis Tak Dapat Masuk Dapur, Dapur Tempat Paling Tak Selamat!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Sumber: hellodoktor.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI