Betul ker anak tak perlu ajar anak membaca, selalunya jadi salah satu isu pembelajaran anak-anak. Semua ini kerana semua ibu bapa inginkan anak pintar dan cerdas. Tetapi bagi Pengiat  Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Azlina Johari, banyak bermain menjadikan anak-anak itu bijak tanpa perlu mendesak anak-anak membaca. Ikuti jawapannya yang mudah dan ringkas serta beberapa  soalan-soalan popular yang sering menjadi persoalan ibu bapa.

Tak Perlu Ajar Anak Membaca Maksudnya Biarkan Aje? Perjelasan Cikgu Taska Ini Mengejutkan!

Saya nak share 1 isu yang paling banyak di tanya kepada saya melalui private massage di facebook

Saya listkan soalan-soalanya

IKLAN
  1. Macamana bermain boleh jadikan anak saya bijak? Sedangkan mereka hanya bermain?
  2. Sekarang darjah 1 perlukan anak membaca. Tapi nampak dia macam takde tanda-tanda nak membaca. Risau saya dia masuk kelas last.
  3. Tak perlu ajar membaca maksudnya biarkan aje?
  4. Ada kawan saya anak dihantar tusyen umur 5tahun untuk membaca. Tiada pressures katanya sebab tusyem cuma 2x seminggu
  5. Bukan ke ayat pertama ialah IQRA’

OK.. Ni compilation of soalan yang saya taip semula.. Sbb ni pon curi2 masa untuk jawab.. Xdan nak printscreen, nak padam nama, gambo dll yang perlu disembunyikan..

Jawapan saya

IKLAN
  1. Memang cara kanak-kanak belajar adalah bermain. Banyak bermain lebih bijaklah anak tu. Neuron berhubung melalui bridge yang galak dibina dlm otak melalui rangsangan/bermain. Kanak-kanak perlu bergerak, bukan duduk je menghafal. Sbb ada byk sensory asas yg perlu dikukuhkan. Gustatory olfactory visual tactile hearing vestibular dgn proprioception.. Semua ni wajib digunakan utk membina asas kebijakan tu.
  2. Yup silibus memng perlukan kanak-kanak membaca. Tetapi kanak-kanak perlukan ibu bapa yg faham bahawa anak mereka mempunyai fitrah tersendiri dan jika fitrah dipaksa2… Akan membuatkan anak stress.. Takkan darjah 1 dah stress? Panjang lg kehidupan anak tu. Kelas last ke. Kelas tgh ke. Kelas first ke. Tetap anak tu diterima bersekolah. Cuma kita parents xdpt lah berbangga nak cerita kat org… Owh anak aku no 1..process adalah yg penting. Bukan result. Berbanggalah kerana anda merupakn ibu bapa yg bijak dan memahami tahap kebolehan anak anda?(xsilap sy byk rombakan dah dilakukan bg pengkelas ni.)
  3. Mcm yang saya sebutkan tadi.. Semuanya adalah process..

Untuk anak boleh menulis, bukan bermula dengan menyambungkan dot dlm buku. Tapi bermula dgn process koyak kertas, crumple kertas, pinching makanan masa umur 8 bulam lagi, menggunakan sepit baju, button baju, guna gunting dan byk lg aktiviti strengthening fine mltor skills sebelum anak boleh memegang pensil.

Kemudian biarkan dia menconteng.. Sama seperti ajar anak membaca. Bermain permainan bersama-sama. Membawa anak mengalami pengalaman benda-benda maujud seperti ke playground, zoo, kampung, kenderaan awam dll sambil kita berbual.. Kemudian bacakan buku cerita.. Seterusnya barulah anak akan bersedia membaca.. It doesn’t work… Belikan tabs.. Install apps membaca dan biarkan.. Yes dia akan copying.. Tp dia hafal. Bukan faham. Utk pulihkan lagi susah dari nak ajar membaca..

  1. Tusyen anak diawal usia.. 1 je komen saya, ibu bapa tiada ilmu awal kanak-kanak.. Stress dikalangan kanak-kanak skrg dah sgt membimbangkan ok.. Kita risau sbb merekA kanak-kanak tak mampu utk berfikir secara matang menyelesaikan stress, dan mengambil jalan yg salah.

Anak sepatutnya bersama ibu bapa melalui proses seperti no 3 di atas.

IKLAN
  1. Bab agama saya bukan pakar. Tapi setahu saya, ayat Iqra’ tidak diturunkan semasa Nabi berusia 6 tahun bukan?

Saya bukan marketing sistem di tfa. Jika semua saya lakukan utk marketing, tak perlu rasanya saya fully practice pada anak saya. Tfa menggunakan system yang genuine ECE. begitu juga Aulia. Jangan jadi parents yang takut mendengar ape orang kata. Jadilah parents yang bertanggungjawab terhadap anak.

Just for the record, anak saya memang ada sign of GDD dan spd masa kecil, tapi konsistensi on stimulating process, sekarang dia dah resolved semua problem. Berapa lama ambil masa? Its a process, dan the process still goes on?

Sumber:Ina Oh Ina

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI