Melihat anak menggalas beg yang besar dan berat saban hari membuatkan kita kasihan melihat anak kecil kita. Namun apakan daya, semuanya demi segenggam ilmu yang dicari demi menjadi orang yang lebih berguna di masa hadapan.

Isu beg berat anak-anak yang dibawa setiap hari ke sekolah sebenarnya banyak membuka mata banyak pihak. Pembelajaran anak-anak kita berbeza. Perbezaan inilah yang dikongsikan oleh Dietition, Pn Fizah Sobri dengan sistem pembelajaran kita di sini.

Tak Perlu Beg Berat, Jadual Padat, Biar Anak Enjoy & Nikmati Masa Sekolah Mereka!


Berdasarkan pengalaman sendiri, bukan cerita anak, menantu, sepupu makcik kiah. Ye beza sangat belajar dekat luar negara dan belajar di Malaysia dan sad to say memang lebih rasa tertekan.

Saya dapat rezeki belajar 3 tahun di USA (ikut ayah kerja) antara darjah 1-3, fasa awal perkembangan kanak kanak. Memang waktu ni waktu kritikal dalam development personaliti seorang kanak kanak.

Di sana
Waktu belajar bermula 8pg-3pm, takde pergi sekolah gelap gelap dan 1 jam waktu rehat. Sini waktu belajar bermula 7.30pg- 1 tengahari, waktu rehat 20min-30min. Kadang-kadang baru nak duduk makan dah dengar loceng.

Di sana
Kelas kecil dalam 20 orang, sini kelas anak saya dulu cecah 38 orang. Saya hadap anak saya 2 orang saja boleh stress macam mana cikgu boleh hadap sampai 40 orang sekaligus. Memang sangat tabik.

Tak Perlu Beg Berat, Jadual Padat, Biar Anak Enjoy & Nikmati Masa Sekolah Mereka!

Di sana
Kita pergi ke kelas kelas di tempat berbeza, muzik lain, geography lain, history lain, bukan cikgu yang datang ke kita. Saya ingat lagi paling seronok kelas science. Dengan solar system dekat siling, ada lifesize skeleton, ada mini taman, ada pets (hamster, ant farm). Kita yang masuk kelas sangat excited nak belajar.

Sini, cikgu yang bergerak masuk dari kelas ke kelas. Adalah kelas macam lab dan komputer memang kena pergi tempat lain tapi the environment takde yang buat rasa wow what is that.

Di sana
Serious beg tak berat, tak perlu bawak buku, bawak personal items macam colour pencil gitu, recorder. Sini memang kesian tengok anak anak yang perlu bawa beg berat berat sampai 1 subjek 4 buku latihan pun ada.

IKLAN

Tak Perlu Beg Berat, Jadual Padat, Biar Anak Enjoy & Nikmati Masa Sekolah Mereka!

Di sana
School bus ikut zone. Zone A satu driver zone B satu driver, so driver sana hanya focus satu kawasan dan sangat kenal dengan passenger mereka sebab memang duduk di komuniti sana.

Sini semua tempat kejar nak amik anak anak, kejar nak customer, ada yang haram, ada yang padatkan sampai anak anak nak duduk kena atas riba kawan. Saya pernah ada pengalaman Aliyah kena tinggal dekat sekolah oleh van (mau tak lemah jantung).

Di sana
Waktu rehat sangat teratur dan menggunakan meal card. Ni macam ala ala touch n go card yang dah diisi nilai oleh parents siap siap disimpan dalam sistem. Sampai kantin terus beratur amik tray dan pilih 1 main menu, 1 fruit, 1 dessert dan 1 air.

Turun pun kelas kelas kecik turun awal 5 minit macam tu, tak perlu bazir masa bagi wang, dan berebut makan, bagitahu nama saja.

Tak Perlu Beg Berat, Jadual Padat, Biar Anak Enjoy & Nikmati Masa Sekolah Mereka!

IKLAN

Sini memang kadang kadang tak sempat nak makan, nak turun kelas dah 5 minit, beli beratur dah 10 min, yang pelajar kecik kena tolak himpit dengan pelajar besar.

Dah 24 tahun tinggal suasana belajar di sana dan ini je yang saya ingat, tapi cukup nak cakap best dekat sana. Memang rindu zaman belajar dekat sana.

Walaupun 3 tahun saja cara belajar memang buat kita wonder, imagine, discuss, have fun, ask.

Normal untuk kanak kanak bertanya macam macam, bukan duduk diam tengok gadget. Normal untuk kanak kanak bercerita potpet, kalau diam lagi tidak bermakna.

Please let them enjoy school time, seriously itulah masa yang kita akan ingat.

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

IKLAN

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

Tak Perlu Beg Berat, Jadual Padat, Biar Anak Enjoy & Nikmati Masa Sekolah Mereka!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Tak Perlu Beg Berat, Jadual Padat, Biar Anak Enjoy & Nikmati Masa Sekolah Mereka!

Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI