Pemberian vaksin kepada semua rakyat disambut baik oleh rakyat negara ini walau pun pada permulaannya pelbagai perdebatan tidak kurang juga pelbagai persoalan yang membuatkan kita sedikit merasa gusar.

Namun hasil dari perkongsian dan pengalaman pakar dan doktor-doktor, vaksin semakin diterima baik malah viral gara-gara berebut vaksin di talian. Pun begitu, pelbagai persoalan yang pastinya menjadi keraguan semua ibu-ibu terutama mengenai pemberian vaksin ketika hamil dan waktu menyusu.

Tak Perlu Bimbang Darah Haid Makin Banyak & Panjang Lepas Cucuk Vaksin, Ini Penjelasan Doktor!

Salah satu perkara yang menjadikan wanita bimbang adakah vaksin mengganggu kitaran haid mereka malah adakah ketika haid dibolehkan untuk menerima suntikan vaksin ini.

Namun menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, usah takut akan perubahan hormon yang berlaku.

Tak Perlu Bimbang Darah Haid Makin Banyak & Panjang Lepas Cucuk Vaksin, Ini Penjelasan Doktor!

IKLAN

Ada beberapa wanita yang mengadu berlakunya perubahan pada kitaran haid masing-masing selepas menerima vaksin Covid-19.

Saya difahamkan haid menjadi heavy dan panjang. Secara teori, vaksin Covid mungkin akan mempengaruhi kitaran haid atas tindakan ke atas sistem imun badan, tapi perkara ini masih lagi tidak dapat dipastikan.

Lebih banyak data diperlukan untuk menyokong kenyataan ini -sebagai salah satu kesan sampingan vaksin.

IKLAN

Walau bagaimanapun, kesan ini adalah kesan ringan, sepatutnya tidak menghalang wanita daripada menerima vaksin pada tarikh yang ditetapkan.

Tak Perlu Bimbang Darah Haid Makin Banyak & Panjang Lepas Cucuk Vaksin, Ini Penjelasan Doktor!

Perubahan kitaran haid selepas vaksinasi tidak menjejaskan kesuburan wanita. Vaksin Covid-19 itu sendiri juga tidak mengganggu kesuburan wanita.

Jom vaksin!

IKLAN

Menarik: Ibu Hamil Menyusu Boleh Ambil Vaksin Covid-19, Doktor Beri Panduan Jenis Vaksin Yang Sesuai

Tak Perlu Bimbang Darah Haid Makin Banyak & Panjang Lepas Cucuk Vaksin, Ini Penjelasan Doktor!

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI