Dalam memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran secara FIZIKAL di institusi pendidikan yang selamat, ibu bapa juga turut memainkan peranan yang penting.

Tak Perlu Hantar Anak Ke Sekolah Kalau Demam, Batuk, Sesak Nafas. Norma Baharu Yang Ibu Bapa Perlu CAKNA!

Pematuhan norma baharu dan pembudayaan hidup sihat amat penting bagi meningkatkan daya ketahanan badan (imuniti). Memerangi penularan virus COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama.

Bagaimana ibubapa boleh memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat?

IKLAN

Menyediakan emosi anak sebelum sekolah bermula:

  • Ibu bapa boleh memuat turun Garispanduan Pembukaan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan seterusnya melatih dan membiasakan anak untuk memahami perubahan yang berlaku di dalam sekolah.
  • Menterjemahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan oleh KPM dalam bahasa mudah supaya anak memahami dan boleh mematuhi SOP apabila menaiki kenderaan ke sekolah, berada dalam sekolah dan selepas sesi sekolah tamat.
  • Membantu anak untuk menjaga diri sendiri dan orang lain daripada mendapat jangkitan COVID-19
  • Mengamalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) sebelum sekolah dibuka seperti mengajar kaedah dan waktu membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun dan air atau hand sanitiser (Wash), membekalkan anak dengan pelitup muka serta mengajar cara dan situasi yang betul memakai pelitup muka seperti semasa berada dalam bas sekolah dan tempat sesak (Wear) dan etika batuk yang betul (Warn);
  • Melatih anak memahami lokasi atau perbuatan berisiko iaitu 3C seperti mengelakkan tempat sesak (Crowded place), tidak berada di ruangan yang tertutup dan sempit (Confined space) serta mengelakkan sembang dalam jarak yang dekat (Close conversation);
  • Tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya tidak sihat atau menunjukkan gejala COVID-19; dan
  • Mengurangkan kebarangkalian perkongsian peralatan peribadi dengan kanak-kanak lain di sekolah

Virus COVID-19 ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuk bayi dan kanak-kanak. Ibubapa perlulah menjadi frontliner kepada anak-anak mereka untuk mencegah penyakit ini berjangkit dalam keluarga mereka. Kesihatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan kerana virus ini kita tidak nampak dengan mata kasar dan data juga menunjukkan sebilangan besar pesakit tidak mempunyai gejala.

Ibubapa perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID.

IKLAN

Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

• Elakkan 3S / 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan
kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur
dengan jarak yang dekat (Close conversation);

• Amalkan 3W iaitu iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash),
sangat digalakkan memakai pelitup muka (face mask) di tempat awam atau
jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih
berkonsep peringatan seperti:

IKLAN
  • Elak bersalaman / bersentuhan;
  • Amalkan etika batuk dan bersin;
  • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
  • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
  • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, sentiasa amalkan penjarakan sosial (social distancing) pada setiap masa
iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Buktikan kasih sayang dan cakna kita kepada anak-anak dengan menjadi pelindung
mereka. Kasih sayang, sikap ambil berat, perhatian masa, tenaga dan wang ringgit
yang telah kita curahkan tidak ternilai demi untuk memastikan kesihatan dan
perkembangan mereka mencapai tahap optimum kerana mereka adalah bakal
pemimpin di masa hadapan.

Pandemik ini merupakan sejarah bagi mereka yang
boleh meninggalkan kesan postif atau sebaliknya. Semua bergantung kepada kita
ibubapa yang akan mencorakkan sejarah kehidupan mereka.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI