Kita mahu jadi sempurna setiap masa tetapi kita bukanlah sempurna. Setiap manusia pasti ada kekurangannya dan normallah ada waktunya kita merasa ‘down’ dalam menguruskan keluarga setiap hari.
Menyinga dan ada waktunya baran dengan anak-anak adalah hal yang biasa. Jadi tidak mengapa. Itu sebahagian cara kita meluahkan rasa dan kepenatan yang terbeban dengan tanggungjawab dan amanah. Namun jangan pula dibiarkan berlarutan. Ia bahaya malah boleh menjejaskan emosi insan disekeliling kita. Awas!
Mengikuti perkongsian Pn Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan yang cukup disenangi di media sosial banyak benarnya. Benar, tak mengapa andai ada waktunya kita tidak sebaik yang kita harapkan.
MACAM MANA NAK ELAKKAN JADI IBU YANG BARAN?
Ramai sangat yang pm saya tanya pasal ‘Macam mana nak jadi ibu yang baik.’
‘Macam mana nak hilangkan baran?’ Dan seumpamanya.
Dear parents Dear mommies. You don’t need to be perfect. Just be patient.
Untuk jadi penyabar, kalian perlu tahu kapasiti kesabaran yang kalian ada sebelum mula terbakar dan meletus. You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin.
Ads
Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering.
Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia ‘me time’ 2 hari 3 malam di Damai Laut.
Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut. Yup, just simply being a therapist to her.
Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah. Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada!
Ads
Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan ‘gunung Kinabalu’ yang makin tinggi setiap hari.
Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah. Saya faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut. Your floor doesn’t define your happiness… so relax.
Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pun kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.
Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam. Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat.
Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.
Ads
Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya.
Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri.
Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain.
Anak-anak mana yang tidak gembira bila mana menerima kejutan hadiah. Pengacara yang cukup terkenal dengan kelembutan suaranya, Fedtri Yahya tidak terkecuali membuat kejutan buat keempat-empat anaknya.
Kata Fedtri, ia merupakan hadiah untuk anak-anak yang selalu ditinggalkan dek kerana kesibukan tugasnya sejak awal tahun lagi.
Namun paling menarik bukan sahaja kejutan bahkan kata-kata anaknya yang sentiasa bertanya “bila ayah mahu datang ke rumah” itu cukup menggambarkan kesibukkan si ayah yang padat dengan jadual demi mencari rezeki buat keluarga.
Demi menggantikan masa itu, Fedtri membuat kejutan dengan memberikan hadiah berupa mainan berbentuk pendidikan kepada anak-anaknya. Seronok melihat anak-anak yang teruja menerima pemberian daddy.
“Terlalu sibuk sejak awal tahun ni sampai kadang-kadang anak tanya: “Daddy bila nak DATANG rumah kita lagi?
“Malas nak keluar waktu macam ni. Sesak, ramai orang. Beli online senang,” kongsinya menerusi Instagram.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan pengikut Fedtri Yahya di Instagram turut memuji tindakan Fedtri yang begitu bermurah demi membuatkan anak-anaknya gembira.
“Ouchhhhh”bila nak DATANG”. Daddy kena qada’ beli jiwa anak-anak semula.”
“Allah sayang kita gembirakan anak-anak.”
“Comel je semua. Word “datang” tu memang anak-anak akak masa derang kecik pun suka sebut. Abahnya balik dari kerja derang sebut “ummi, abah datang.”
Terdahulu, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nurul Anati Ismail pada tahun 2011 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fedtriyahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa ya ibu-ibu disarankan untuk barut perut baby? Ada apa-apa kelebihan ke? Sampai bila agaknya perlu dipakaikan barut baby ini?
Segala persoalan anda mengenai barut untuk si kecil akan terjawab dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!
Amalan barut perut baby
Anda mungkin menganggap bahawa berbarut untuk bayi ini adalah amalan tradisional masyarakat Melayu sahaja, betul tak?
Sebenarnya anda silap! Amalan ini juga turut diamalkan oleh masyarakat di Filipina, Amerika Syarikat dan juga Eropah. Di Filipina menggelarkan barut ini sebagai bigkis, manakala di negara Barat dikenali sebagai baby binder atau belly banding.
Tujuan pemakaiannya adalah sama, iaitu bagi menghindari bayi daripada mengalami ketidakselesaan perut seperti perut kembung atau berangin mahupun sakit perut, dengan hanya membalut kain atau mengikat kain pada bahagian pinggang dan perut si kecil.
Mesti akan ada yang bertanya, “Barut baby pakai sampai bila, ya?”
Kebiasaannya barut akan dipakaikan pada bayi yang berusia sehari – selepas dilahirkan – hingga mencecah usia 4 bulan, bergantung kepada kesesuaian serta keadaan bayi.
Kini terdapat banyak jenis barut yang boleh dijadikan pilihan. Ada yang jenis tradisional, jenis sarung mahupun jenis pelekat velcro sahaja.
Selalunya barut ini dihasilkan daripada kain kapas jenis flannel yang lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi. Materialnya juga tidak terlalu tebal sehingga boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa kerana kepanasan.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai kebaikan pemakaian barut perut baby ini.
Manfaat barut baby
Kegunaan utama barut adalah untuk memastikan perut bayi sentiasa hangat dan mampat (compressed).
Walaupun tampak seperti tidak menyelesakan, tetapi bagi si manja balutan barut itu memberikan ketenangan dan kehangatan.
Berikut kelebihan lain pemakaian barut yang patut anda ketahui:
Hindari masalah kembung perut
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, tujuan berbarut bayi adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan perut. Ini kerana si kecil amat terdedah kepada masalah perut berangin.
Elakkan bayi menyusu secara berlebihan
Pemakaian barut boleh mengelakkan si kecil daripada menyusu secara berlebihan. Eh, baguslah kalau bayi menyusu lebih, cepat besar. Itu mungkin secara teorinya, ‘lebih banyak makan, lebih cepat besar’.
Tetapi hakikatnya jika bayi terlebih menyusu ia boleh menyebabkan tekanan pada perut mereka. Ini kerana sistem pencernaan si kecil masih belum mampu menampung jumlah nutrisi yang terlalu banyak.
Melindungi tali pusat bayi
Biasanya dalam tempoh 1-2 minggu selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan tertanggal. Keadaan itu boleh menyebabkan bahagian pusat mereka menjadi lebih sensitif apabila terkena pakaian atau sebarang sentuhan.
Jadi dengan memakaikan barut baby, bahagian tersebut akan dapat dilindungi dan dijaga daripada sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul begitulah nasib seorang Ibu dan anak-anak kecil yang terpaksa tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak. Kisah ini tular melalui perkongsian dari facebook Uncle Kentang dan juga laman rasmi Lembaga Zakat Selangor.
Menurut perkongsian daripada laman rasmi Lembaga Zakat Selangor, ibu muda tersebut berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.
Dalam Proses Penceraian
Dia sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020.
Diberhentikan Majikan Sejak Mac 2020 Kerana PKP
Ketika ini, dia tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP. Sepanjang PKP dia pulang ke kampung di Temerloh, Pahang.
Tuan Rumah Meminta Keluar Dari Rumah Sewa
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Dia pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.
Disahkan Hidap Kanser Payudara
Ujian demi ujian menimpa. Dia pula disyaki menghidapi kanser payudara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi.
Anak-Anak Hidap Jantung & Kanser
Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun.
Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.
Buat Masa Ini Ditempatkan Di Hotel Sekitar Bukit Beruntung
Terkini dia dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.
Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.
Hasil bancian mendapati, dia layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Antara bantuan yang akan disalurkan:
1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)
Kredit: Ustaz Muhammad Haziq, LZS Cawangan Hulu Selangor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.