Mak ayah mana yang tidak mahukan yang terbaik buat anak. Sebanyak mana kita memberi, sebanyak itu jugalah yang kita harapkan dari anak. Itu salah!

Tak perlu menjadi ‘perfectionist’, serba serbi sempurna dari anak demi kepuasan hati kita. Sudahnya anak jadi ‘down’, kurang keyakinan dek kerana selalu ternampak gagal di mata mak ayah.

Inilah yang cuba dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim. Mak ayah, jangan berlebih-lebih.

Tak Perlu Jadi Mak Ayah ‘Perfectionist’ Target Lebih Pada Anak, Buat Anak ‘Down’!


Perfectionist membunuh Growth Mindset anak!

1 – Tak apa anak suka buat sepah-sepah rumah, itu tandanya otak dia sedang sihat & ligat berfikir. Jangan marah-marah, lepas sepah tu ajar je dia kemas. Settle!

2 – Tak apa anak makan tertumpah, usah kalut makanan tertumpah. Anak pandai makan sendiri itu dah cukup bagus, itu yang kita mahu anak yang pandai berdikari.

IKLAN

Tak Perlu Jadi Mak Ayah ‘Perfectionist’ Target Lebih Pada Anak, Buat Anak ‘Down’!

3 – Tak apa anak lasak, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja itu la yang bakal jadi booster pada Growth Mindset dia nanti.

4 – Tak apa anak susah ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Ibu ayah kena kental, tak boleh tisu sangat. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, kawan baik Growth Mindset.

5 – Tak apa anak suka trigger emosi kita. Ada sahaja idea nak buat kita geram pada dia. Anak panjang akal memang tanda Growth Mindset yang sihat.

IKLAN

Tak Perlu Jadi Mak Ayah ‘Perfectionist’ Target Lebih Pada Anak, Buat Anak ‘Down’!

Jangan biarkan sikap nak perfect kita itu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak anak.

Boleh terkubur kepandaian dan kecerdasan semulajadi anak-anak kita nanti. Serius!

~ Mohd Fhais Salim
Parenting Coach

IKLAN

Menarik: Syukur, Dapat Potong Tali Pusat, Ikhmal Amry Menangis Tengok Isteri Tahan Sakit, Kini Bergelar Bapa

Tak Perlu Jadi Mak Ayah ‘Perfectionist’ Target Lebih Pada Anak, Buat Anak ‘Down’!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI