Melewati Instagram bapa penyayang, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pastinya tidak terlepas dengan pelbagai perkongsian ilmu mengenai anak-anak.
Seronok melihat gelagat anak-anak yang sentiasa melakukan pelbagai aktiviti untuk merangsang diri mereka. Bukan hanya pada empat anaknya yang sudah besar, bahkan kini Dr Sheikh sentiasa merangsang dua bayi kembarnya.
Terbaru menerusi Instagramnya semalam, bapa kepada enam orang cahaya mata ini turut berkongsi cara untuk merangsang keseimbangan pada bayi.
Malah menurut kata Dr Sheikh lagi, aktiviti ini dilakukannya sejak bayinya kecil lagi. Pun begitu kata Dr Sheikh, aktiviti keseimbangan ini perlu dilakukan dengan lembut dan bukan menggoyangkannya.
“Kajian menunjukkan bahawa stimulasi dan rangsangan yang lembut melalui sistem vestibular dapat merangsang pertumbuhan otak. Kami dah mula melakukan aktiviti ini sejak anak-anak lahir lagi,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Dr Sheikh turut berkongsi cara untuk mengimbangkan bayi melalui sebuah videonya ketika mengimbangkan Emelia dan Eusoff. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.
“Ada banyak cara nak lakukannya. Mulakan dengan menggegarkannya di dada anda. Anda boleh juga gerakkannya secara bersebelahan. Boleh mengayunkannya ke atas dan ke bawah. Tapi ingat, sentiasa pegang leher mereka dengan lembut untuk mendapatkan sokongan,” tulisnya lagi.
Ads
Pun begitu kata Dr Sheikh, sebaiknya hanya mulakan dengan mengangkat dan menggoyangkan secara perlahan sahaja. Paling penting katanya lagi, jika bayi menangis atau mula rasa tak selesa, berhenti seketika.
“Mulakan dengan gerakan goyang perlahan. Tapi berhenti jika mereka menangis atau tak selesa.
“Kami biasanya buat dua kali sehari iaitu selama 10-15 saat. Tingkatkan jangka masa ketika bayi menyesuaikan diri dengannya. Lakukan aktiviti ni sebelum memberi makan,”kongsinya.
Bukan hanya mengimbangkan badan bahkan kata Dr Sheikh, aktiviti semacam ini juga merupakan salah satu cara untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan bayi malah bonding dengan anak pun makin erat.
Ads
“Ini juga merupakan kaedah yang baik untuk menjalin hubungan dengan bayi kita.
” Kami akan berkongsi lebih banyak petua untuk merangsang pertumbuhan otak bayi untuk menunjukkan potensi sebenarnya,”katanya lagi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata seluruh pengikut Dr Sheikh turut bertanyakan pelbagai persoalan mengenai aktviti ini dan apa kelebihannya pada bayi. Satu perkongsian yang begitu bermanfaat.
Ads
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan bahagia ini, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib ambil tahu!
Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 & 2022. Ibu bapa perlu alert kerana sistem pendaftaran dalam talian KPM (SPATKPM) bakal dibuka pada 1 mac ini. Jangan ada yang terlepas untuk mendaftar pula ya. Sebarkan pada ibu bapa lain.
Guideline nya begini :-
📌1) Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)
📌2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my
📌3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
📌4) Dokumen yang diperlukan
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
– semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
📌5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.
Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.
Bukan mudah menjadi ibu bapa. Apatah lagi untuk menjadi ibu bapa yang baik dan cemerlang. Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai tanpa sebarang usaha.
Untuk menjadi ibu bapa hebat, menuntut kita mencari ilmu dan melakukan banyak pengorbanan.
Bermula sejak dari awal kandungan, kelahiran dan sehinggalah mereka mencapai umur yang matang. Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan, bukan bermusim
Sebagai ibu bapa, cabaran sangat besar dalam membesarkan dan mendidik anak secara sempurna kerana ilmu parenting ini sangat luas untuk dikuasai.
Namun ia bukanlah mustahil. Untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak, kita perlu bersedia dengan:
Bagaimanakah anda boleh dapat dan belajar setiap ilmu parenting yang diperlukan dalam mendidik anak saya?
Proses pendidikan anak bermula sejak dari kandungan lagi. Ya, ia bermula sejak dari awal lagi.
Mempunyai anak bijak dan berakhlak adalah impian semua ibu-bapa. Ibu bapa perlu memberikan perhatian yang penuh pada bakal bayi yang bakal lahir
Bagaimana ia dilakukan? Semestinya perkara ini dimulai oleh ibu dan bapa itu sendiri.
Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung membawa impak besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan.
Walaupun Islam telah lama menekankan tentang pendidikan yang bermula sejak bayi dalam kandungan, tapi jarang antara kita mengambil perhatian tentang perkara tersebut.
Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam.
Antaranya adalah:
-Mengamalkan solat wajib dan sunat -Mengamalkan zikir -Membaca al quran -Membaca buku buku ilmiah -Berbual dengan anak dalam kandungan -Menjaga adab pergaulan dan emosi -Tidak tertekan atau stress -Lakukan kerja kerja ringan di rumah -Makan makanan yang baik dan halal serta suci -Buang segala perasaan dendam, dengki, menghasut dan sebagainya -Sentiasa senyum dan bersabar -Terdapat banyak penyelidikan mengenai kesan suara seorang ibu kepada anak yang dikandung dalam rahim.
Apabila seorang ibu membaca dengan kuat, suaranya mempunyai kesan menenangkan pada bayi yang belum lahir atau bayi yang baru lahir.
Adalah lebih baik, jika ibu itu dapat membaca ayat al-Quran untuk diperdengarkan kepada bayi di dalam rahim.
Ini kerana, bayi amat kenal dengan suara ibu mereka. Oleh itu, adalah disarankan untuk ibu yang sedang mengandung melazimi 7 Surah Amalan Ibu Mengandung Ini. Semua ini memberi kesan ke atas keperibadian anak.
Ibu yang baik akan melahirkan anak yang patuh perintah Allah.
Jika anda ingin melahirkan generasi pencinta agama dan taat pada ibu bapa, amalkanlah amalan-amalan mulia sepanjang kehamilan.
Selain daripada memberi manfaat kepada bayi dalam kandungan, amalan-amalan ini juga akan turut membantu kepada si ibu itu sendiri sepanjang proses kehamilan.
Ia secara tidak langsung akan membuatkan si ibu lebih tenang, kuat dan bersedia untuk menghadapi proses bersalin.
Sebagai panduan, anda boleh mengamal membaca doa mudah bersalin ini.
Bagaimana Mendidik Anak Dengan Betul Sepanjang Proses Pembesaran Mereka?
Sebagai ibu bapa kita pasti mahu membuat yang terbaik untuk anak-anak. Itu adalah pasti.
Mendidik anak bukan sekadar proses spontan yang berlaku secara semulajadi, namun merupakan amanah yang amat didorong oleh syarak.
Tidak dinafikan bahawa manusia secara semulajadinya mahukan anak mereka menjadi orang ‘baik’.
Walau jahat sekali pun seorang ibu bapa, hati kecilnya tetap mahukan si anak menjadi orang yang berguna dan taat.
Naluri semujadi manusia akan menggerakkan dirinya untuk mengasuh dan mendisiplinkan anak-anak.
Dalam Islam, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak bukan sekadar terbit daripada kemahuan naluri, bahkan ia adalah satu tuntutan agama.
Firman Allah:
Dan hendaklah engkau menyuruh ahli keluargamu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.. (Surah Thaha ayat 132)
Solat yang dinyatakan dalam ayat di atas menjadi simbol kepada tema pendidikan anak yang dikehendaki oleh agama.
Solat menjadi tapak kukuh kepada pembangunan kecemerlangan individu.
Dalam solat terkandung ketaatan, disiplin, kesabaran, kawalan perlakuan, penyucian jiwa, ketajaman tumpuan akal serta kepatuhan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sebagai panduan, terdapat beberapa cabang ilmu parenting dalam Islam yang harus kita ketahui:
-Pendidikan Akidah
-Pergaulan
-Jasmani
-Pendidikan Emosi
-Pembentukan Pemikiran
-Memupuk Adab & Akhlak
-Kita harus maklum bahawa soal pendekatan boleh berubah-ubah mengikut peredaran zaman, namun prinsip-prinsip asasi pendidikan anak tetap sama.
Secara Ringkas Mengenai Setiap Cabang Ilmu Parenting Ini:
1. Memberi Didikan Akidah
Perkara pertama dan utama dalam pendidikan anak-anak muslim adalah pendidikan iman.
Iman ialah teras pembangunan insan setiap manusia. Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Mencipta untuk menyinari jiwa makhluk-Nya yang bernama manusia.
Iman ialah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunya seorang insan bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.
Asas-asas keimanan meliputi keyakinan kepada Allah, rasul, malaikat, akhirat, kitab serta qadak dan qadar.
Pendidikan keimanan ini memerlukan pendedahan bijaksana dan ingatan berterusan, lebih-lebih lagi kerana melibatkan perkara-perkara ghaib.
Usah bertangguh untuk mendedahkan anak-anak dengan akidah dan iman.
Mereka sudah boleh menerima didikan iman sejak kecil mengikut tahap kemampuan mindanya.
2. Didikan Adab & Akhlak
Akhlak yang baik sebenarnya bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.
Anak yang bersopan menjadi penyejuk mata kepada ibu bapa dan orang lain. Tingkahlakunya mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya.
Bercakap dengannya akan menarik perhatian dan menggembirakan hati.
Antara adab-adab yang perlu diterapkan dalam diri anak adalah:
3. Didikan Membina Pemikiran
Keluarga Islam adalah keluarga yang mengutamakan ilmu.
Ibu bapa sebenar akan menjadikan ilmu sebagai elemen penting dalam pembentukan keluarga.
Akal fikiran anak-anak yang putih bersih memerlukan pengisian yang murni. Akal itu mendambakan kesungguhan ibu bapa untuk mewarnakannya dengan warna fitrah.
Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat.
Tidak dinafikan, ilmu akademik adalah penting dalam dunia hari ini. Namun sebaiknya kita mengisi jiwa anak kita dengan mengenal al-Quran terlebih dahulu.
Selain itu, anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif.
Pemikiran dan sikap proaktif yang perlu dibentuk oleh ibu bapa adalah:
Anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya
Setiap apa yang disuruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya
Mengajar anak-anak agar jangan cepat merungut dan menyalahkan orang lain
Dibentuk melalui latihan kepada anak-anak untuk membuat keputusan
Anak-anak perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap masa depan dirinya, tidak suka menuding jari menyalahkan orang lain dan berupaya untuk membuat keputusan sendiri.
Inilah sifat proaktif yang perlu disemai dalam diri mereka.
4. Didikan Kecerdasan Emosi
Selain daripada membina kekuatan pemikiran anak-anak, ibu bapa juga perlu serius untuk membentuk emosi cemerlang dalam diri anak-anak.
Antara perkara utama yang perlu dipupuk ialah pembinaan keyakinan diri anak-anak.
Keyakinan diri ialah perasaan yang teguh dalam dalam jiwa seseorang yang meletakkan kepercayaan tinggi bahawa dia boleh berjaya, lantas menjadikannya bersemangat dan berani untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Di sini adalah panduan untuk membina keyakinan diri dalam diri anak-anak:
Usaha pendidikan begini bukan sahaja untuk kebaikan ibu bapa itu, bahkan juga untuk maslahat ummah yang memerlukan penggerak dan pemimpin ummah yang berkesedaran serta cemerlang.
Kesimpulan: Kejayaan Mendidik Anak Juga Bergantung Bagaimana Anda Menjadi Role Model. Kejayaan dalam mendidik anak bukanlah bergantung kepada ilmu parenting semata-mata.
Apa yang paling penting adalah kita sendiri menjadi contoh atau role model, dan mengamalkan sendiri apa yang kita terapkan kepada anak-anak.
Sebagai contoh kita mahukan anak kita menjadi seorang rajin, tetapi kita sendiri sering menangguhkan kerja dan selalu menghabiskan masa dengan smartphone ataupun rancangan TV.
— Jika anda sendiri gagal mendidik diri, bagaimana anda boleh mengharapkan anak menjadi lebih baik dari anda?
Kelakuan kita adalah sumber utama pembelajaran anak kita.
Mereka akan meniru segalanya tentang kita, daripada cara bercakap sehinggalah apa yang kita bagaimana ke saat kita tidur. Segala baik dan buruk kita akan diserap oleh mereka.
Ibu bapa yang pintar sentiasa cuba menyesuaikan setiap ilmu parenting yang dipelajari dengan keperluan situasi anaknya, dan memperbaiki kaedah didikan mereka dari masa ke semasa.
Bila anak dah masuk umur 12 tahun, ada satu perkara penting yang ibu bapa tak boleh terlepas pandang iaitu permohonan MyKad 12 tahun. Berita baiknya, sekarang proses ini jadi lebih mudah kerana ia boleh dilakukan secara dalam talian, tanpa perlu melalui prosedur yang rumit seperti dahulu.
MyKad untuk kanak-kanak 12 tahun merupakan kad pengenalan pertama yang wajib dimiliki sebagai rakyat Malaysia. Jadi, ibu bapa atau penjaga perlu ambil serius tentang tempoh permohonan dan juga bayaran yang dikenakan supaya tidak dikenakan sebarang caj tambahan.
Dengan adanya sistem digital, permohonan MyKad 12 tahun kini lebih cepat dan efisien. Ibu bapa tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter seperti sebelum ini. Proses semakan juga menjadi lebih mudah kerana kebanyakan maklumat boleh diisi dari rumah.
Selain menjimatkan masa, permohonan secara dalam talian juga membantu mengurangkan kesilapan dalam pengisian maklumat kerana sistem akan memberi panduan langkah demi langkah.
Ini kadar bayaran yang perlu anda tahu sebelum membuat permohonan MyKad 12 tahun:
Perkara ini sangat penting kerana ramai ibu bapa terlepas pandang tempoh masa yang diberikan, menyebabkan mereka perlu membayar walaupun sebenarnya boleh mendapatkan perkhidmatan secara percuma.
Berikut adalah syarat-syarat asas bagi permohonan MyKad 12 tahun yang perlu dipatuhi:
Dalam proses permohonan MyKad 12 tahun, kehadiran penjaga yang sah sangat penting. Ini bertujuan untuk memastikan identiti dan keselamatan pemohon terjamin. Jika tiada ibu bapa, penjaga yang dibenarkan mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan yang jelas atau dokumen sokongan yang sah.
Untuk elakkan sebarang bayaran dan urusan jadi lebih mudah, sebaiknya ibu bapa buat permohonan MyKad 12 tahun seawal mungkin selepas anak cukup umur. Selain menjimatkan kos, ia juga memastikan anak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah untuk kegunaan sekolah, peperiksaan dan urusan rasmi lain pada masa akan datang.
Ramai yang tidak sedar bahawa kelewatan membuat permohonan boleh menyukarkan urusan penting seperti pendaftaran peperiksaan atau pengesahan identiti di sekolah. Oleh itu, tindakan awal sangat digalakkan.
Secara keseluruhannya, permohonan MyKad 12 tahun kini lebih mudah dan mesra pengguna dengan adanya sistem online. Ibu bapa hanya perlu peka dengan syarat, tempoh masa, dan dokumen yang diperlukan. Dengan perancangan yang betul, proses ini boleh diselesaikan tanpa sebarang masalah dan tanpa kos tambahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend squishy toy microwave bahaya kini viral dan menyebabkan kecederaan melecur serius kepada kanak-kanak. Ketahui risiko sebenar dan langkah pencegahan.