Konsep kekeluargaan merupakan satu intitusi kecil dalam masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa dan anak. Menurut kamus dewan keluarga ialah saudara dan kaum kerabat. Dalam pembentukan kekeluargaan ibu bapa merupakan salah satu yang perlu memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan. Sebagai ibu bapa pasti kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak dan kita akan pastikan didikan yang diberi adalah yang terbaik.

eating-people-concept-asian-happy-mother-daughter-having-breakfast-home_61243-219.

Dibawah ini ada beberapa tip yang boleh dijadikan rujukan untuk membentuk anak-anak mempunyai keyakinan diri yang lebih, berfikiran secara kritis, mampu menyelesaikan masalah dan lebih bertanggungjawab.


74627048_2637354053160486_6774605959277838336_n.

Tidak perlu melayan anak anda seperti anak kecil setiap masa. Ada kalanya anda perlu bertegas dan meminta mereka untuk membantu anda melakukan kerja rumah. Ajak mereka melakukan kerja rumah bersama-sama agar dia belajar tentang tanggungjawab. Ini dapat membantu mereka menjadi seorang yang teratur dan tahu menyelesaikan tugasan yang diberikan sekaligus mendidik mereka supaya lebih berdisiplin.


76693333_2637353936493831_4065969350698336256_n.

Biarkan anak anda melakukan kesalahan dan nasihati mereka agar belajar daripada kesilapan. Tidak apa jika melakukan kesilapan kerana lumrah setiap manusia akan melakukan kesilapan, tetapi tegaskan agar mereka belajar daripada kesilapan tersebut dan mengambil positif setiap perkara yang berlaku. Jika anda melarang anak anda daripada melakukan kesilapan ataupun memarahi mereka sehingga mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan, anda hanya akan membuatkan anak anda kurang keyakinan diri.


75610789_2637353889827169_8039434954200842240_n.

Beri peluang anak anda menjawab soalan daripada orang lain. Elakkan daripada menjawab soalan bagi pihak anak anda. Soalan daripada orang lain sebenarnya boleh melatih keyakinan dalam diri anak-anak untuk menjawab dan membuang rasa malu serta kurang yakin dalam diri mereka. Jika anak anda bersikap diam diri, minta mereka jawab soalan tersebut dengan cara anda ulangi kembali soalan itu, contohnya “Kakak tanya, umur awak berapa..jawablah sayang”


76710758_2637353659827192_5157791565380321280_n.

Situasi ini biasa kita lihat. Namun ramai ibu bapa yang tidak sabar dan terus membantu anak-anak. Beri anak anda peluang memakai kasut sendiri, memakai baju sendiri dan sebagainya sendiri. Perhatikan mereka, jika salah anda boleh minta mereka perbetulkan.


75419079_2637353743160517_1084778691654844416_n.

Sekali sekala bagi anak anda peluang untuk memilih barangan yang mereka suka. Anda juga boleh meminta pendapat mereka sebelum membeli buku ataupun baju. Bagi mereka peluang untuk memilih dan membuat keputusan. Ini akan melatih mereka untuk berfikir secara baik.

Sumber: Nepal Police School, Ghorahi, Dang
Artikel ini telah diolah mengikut kesesuaian pembaca